Halaman

Pinggan COKE 2012

2012 PUNYA CERITA
Pinggan Coke CINTA yang menjadi buruan
hanya pada waktu yang singkat. Selepas itu
pinggan coke CINTA mula bersepah di serata tempat.
Kini kesemua corak pinggan ini masih boleh
didapati di beberapa kedai bundle, baru dan
terpakai seperti Merah Tua dan Kuning biru pada
harga RM8.50 ke RM10?. Walau pun harga agak
mahal?, namun masih ramai yang membelinya.
Di pasar karat dan jualan garaj juga pinggan
Coca-Cola ini masih terdapat di jual.

Ada yang membeli hanya pinggan coke CINTA,
ada yang membeli ketiga-tiga corak, ada yang
menambah koleksi, ada yang sebab baru
mengumpul, ada yang hendak pinggan snek
atau makanan ringan yang unik dan ada yang
mencari kerosakkan atau kesilapan pembuatan.
Bila dapat yang berbeza tentu lagi jarang ditemui.
Seperti contoh tone warna yang tidak sama,
cetakan yang senget dan sebagainya.

Walau sudah lama melengkapkan set, dari membeli
banyak air coca-cola untuk mendapatkan
pinggan secara percuma, memburu, jember, pukat,
jaring, membeli di pasar karat dan jualan
garaj, namun baru-baru ini iaryylr mendapatkan
beberapa keping lagi di sebuah pasaraya.
Mana tidak? beli sebotol dapat sekeping pinggan.
Memandangkan stok air gas pun sudah habis,
Belilah beberapa botol selagi sempat.

Bayangkan 1 tahun telah berlalu namun
pinggan coke ini masih ada dimana-mana. 

12 ulasan:

  1. Ya itulah yang menjadi buruan di seketika lalu kerana kesukaran mendapatkannya :).

    BalasPadam
  2. berbulan-bulan menunggu dan mencari, sampai dah habis musim la... baru dapat jumpa pinggan coke "heart" tu, hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha ha! Biasalah begitu, adakalanya tunggu akhir musim lagi berbaloi, tak perlu beli banyak barang untuk tuntut hadiah :) !

      Padam
  3. Beberapa bulan yang lepas saya nampak set pinggan dengan rak kadbod sekali dalam Jaya Gading Jalan Bukit Goh..... masih dibalut dengan plastik...... gambar dalam link ini (bawah sekali)
    http://marketads-collections-my.blogspot.com/2013/06/contest-forms-shelf-talkers-todays-few.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mun Kit Tee,
      Kalau dapat best tu set kadbord sekali !

      Padam
    2. Mun Kit Tee,
      Kalau dapat best tu set kadbord sekali !

      Padam
    3. Mun Kit Tee,
      Kalau dapat best tu set kadbord sekali !

      Padam
    4. Mun Kit Tee,
      Kalau dapat best tu set kadbord sekali !

      Padam
  4. SAYA KURANG TERUJALAH BANG DENGAN COKE.. WALAUPUN ADA LAH SKIT BARANG COKE..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, mengumpul dari yang teruja itu hobi, tidak teruja juga tiada masaalahnya dalam berhobi :)

      Padam
  5. baru2 ni dkt pasaraya matahari taman datuk harun, pj plate bercorak sudu n garpu tu rm0.49 sekeping...

    BalasPadam