Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label balang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label balang. Papar semua catatan

BALANG KACA FERNLEAF

BALANG KACA BISKUT & KEROPOK RAYA FERNLEAF
Barang Baru Stok Lama Masih Belum Guna.
Boleh juga buat isi hantu jika mahu.... .
Pada mulanya saya nampak dikedai CashConverter tetapi
saya tidak berminat atas sebab kondisi, tetapi bila nampak
tersusun disebuah kedai diSungai Buloh ( tidak silap )
pada tahun lepas... , dan ada 1/2 dozen apa lagi? belilah.
Tetapi beli 2 sahaja, entah ada lagi atau tidak.
Balang atau botol jenama Susu Fernleaf ini memang tebal.
Terbayang pula muruku & kacang dalam balang ini.

BALANG NESTLE COFFEE MATE

BALANG NESTLE COFFE MATE
Dulu-dulu memang unik dan menarik bekas isian produk
serbuk minuman. Tidak seperti sekarang.. semuanya
semakin mudah & tidak menarik. Jika harga murah &
ada pemberian percuma baru fikir hendak beli, he he he!.
Selepas habis kandungan coffee mate, biasanya balang ini
di guna sebagai isian kuih muih, gula, serbuk kunyit
dan sebagainya. Bekas serbaguna memang menarik!.
koleksi balang iaryylr

TANG ORANGE JAR

'A Jar Of Orange Tang'
Balang atau panggilan mesranya botol, bernombor 3/8/1272
tertera pada bahagian bawah adalah nombor pengenalannya.
Walau ada nombor pengenalanya, tetapi tiada maklumat
dapat dikemas kinikan melainkan jenama 'Tang' tertera
jelas pada penutupnya yang berwarna merah.
Tang untuk Oren tetapi bertutup merah?, mengapa ya?
Label juga sudah tiada, jika tidak tentu ada maklumat yang
berguna untuk semua.
Memang unik penutupnya....

BOTOL LAMA HORLICKS

BOTOL HORLICKS LAMA ?
Botol saiz kecil ini saya minta dari Nenek Raya lepas. Ianya
tidak berpenutup lagi. Penutup yang berwarna coklat itu
sebenarnya adalah penutup lagenda botol Nescafe.
Botol ini kilat bersinar selepas dicuci. Kilauannya memukau
mahluk-mahluk yang bergentayangan seperti 'UFO'.
Tertera pula nombor ekor berhantu 6923...., jangan beli tau!

BOTOL COCA-COLA BOTTLE

BOTOL COCA-COLA LAMA @ BARU ?
Botol Coca-Cola
Ini bukan botol Coca-Cola untuk diminum tetapi botol
bahan untuk buat air coca-cola seperti yang tertera diatas
penutup - CONCENTRATE ( part 2 )
Koleksi Coca-Cola
Botol begini dipanggil balang, boleh buat isi biskut Raya.

Botol anak Balang ini saya beli di pasar pagi Stadium
Shah Alam tahun lepas. Botol ini memang susah didapati.

Minggu lepas pergi lagi, hendak membeli gelas coca-cola
lama, tetapi semua penjual sudah habis stok.
Itulah Saya waktu banyak pejam mata .

Gelas coca-cola lama berharga antara RM15 ~ RM30.
コカコーラ・コレクション
hobby-collection

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.