Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label cawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cawan. Papar semua catatan

CAWAN KOPITIAM NATIONAL

Set Cawan National sahaja sebenarnya.
Koleksi cawan dan jenama National.
 Bukan berkaitan atau khas untuk kedai kopi.
Tetapi sebagai penyeri dan penambah koleksi.

Cawan Kopitiam

Cawan Kopitiam Dari Negeri Melaka
"Hasil jalan-jalan ke tempat bersejarah..."
Salah satu jenis cawan Kopitiam yang terdapat di Melaka
juga di negeri-negeri lain yang sama waktu dengannya.
Walau tiada berkait dengan nama mana-mana produk
kopi atau teh, namun asal berkait dengan nostalgia dan
bajet pun cukup, maka dibawa pulang sebagai buah
tangan untuk siapa lagi kalau bukan untuk diri sendiri :).
Ada pekedai yang menjual dengan harga biasa dan ada
yang menjual dengan harga yang lebih tinggi kerana
sememang ianya barang carian pencinta barangan kopitiam
dan pencinta pinggan mangkuk lama. Harganya akan lebih
meningkat dipasaran jika ianya ada tanda niaga atau sukar
didapati, juga faktor kos mendapatkannya atau nilai
sentimental yang membuatkan pemilik peribadi yang liat
menjualkannya akan ditawarkan harga yang lebih tinggi
oleh pembeli kerana kefahaman akan nilainya pada pemilik.
Bagi iaryylr buat masa ini, masih yang biasa-biasa sahaja.

CAWAN KOPITIAM ROYAL CLASSIC

Cawan Kopitiam ROYAL CLASSIC
Hasil carian di kedai lama pada minggu lepas.
 2013 ini nampaknya selain membeli, perlu juga memanaskan
badan dengan mencari barang hobi dan koleksi di serata tempat.
Maksudnya bukan sahaja di kedai hobi dan koleksi, kedai barang
terpakai, bundle, internet dan pasar karat tetapi di kedai di mana
asalnya barang ini sebelum ke pengguna, yakni pembeli.

Cawan Kopitiam Indocafe Terbaru

"Indocafe Zodiac Cup And Saucer" Percuma!
Baru dapat hari ini secara percuma!
Dengan pembungkusan istimewa 'Set Pemberian'
Promosi Virgo
dapat Gemini
Mungkinkah ada 12 set kesemuanya? arghhhh!
Sememangnya Cawan kopi lutsinar yang juga menarik!

CAWAN NESCAFE GOLD HITAM EMAS

Koleksi Cawan Nescafe Gold

Di tempat kerja sekarang iaryylr minum Nescafe Gold.
Mana tidak minum kalau Boss bawa sebotol.
Hari tu Boss ada bawa bekas susu Nescafe Gold,
tapi sebab iaryylr cuti, kawan lain sudah tempah.
Melepas pun tidak juga sebab 2 hari selepas itu 
iaryylr dapat bekas yang serupa termasuk cawan ini.

Cawan Kopitiam Kopi dan Teh 888

Set Cawan Teh Dan Kopi 888
Minum-lah, jangan malu-malu mahu!
Cawan 888 Kaya Kaya Kaya!
Cawan keluaran Claytan yang berharga!

Gold Eagle 3 iN 1

Cawan Tidak Berlapik Gold Eagle
Andai dapat helang emas... Pakcik Kayo!
'koleksi cawan April 2011'

THE NESCAFE GOLD COLLECTION

'Open Up for a wonderful surprise!'
Seperti yang tertulis diluar kotak hitam dibawah,
Percuma dengan pembelian Nescafe Gold 200g.
Percuma cawan berlapik Nescafe bewarna putih krim
dengan logo Nescafe Gold warna emas yang berkilau.
Cap dagang 'Nescafe'Gold yang tertera dibawah lapik
cawan, juga bewarna emas. Memang Emas Nescafe.
Berkemungkinan ini adalah pemberian percuma
yang dikeluarkan antara pada 2000~2004?.

Kata-kata manis dari Nescafe Gold

Memperkaya pengalaman di mana-mana, dengan Nescafe Gold.

Ini untuk kesempatan yang luar biasa! Anda sekarang
bangga pemilik salah satu eksklusif kami Nescafe Gold
premium - khusus dipilih untuk membuat kopi
saat-saat lebih mudah diingat. Ini milikmu, pujian
dari Nescafe Gold, dengan setiap pembelian Nescafe Gold

Enriching experiences everywhere... with Nescafe Gold.

Here's to wonderful opportunities! You are now the
proud owner of one of our exclusive Nescafe Gold
premiums - specially selected to make your coffee
moments more memorable. It's yours, compliments
of Nescafe Gold, with every purchase of a Nescafe Gold
200g jar at participating outlets. While stocks last.

CAWAN DARLIE HIJAU

DARLIE CUP & SAUCER
Cawan Darlie hijau bunga kuning yang menawan...
Lepas minum jangan lupa cuci cawan & gosok gigi sekali ya!

CAWAN KOPITIAM SUPER

Cawan Kopitiam Super Akhirnya Dimiliki.... .
Dulu beli kopi Super tapi tidak dapat cawan sebab lambat keluar
stok cawan baru. Tapi pekerja pasaraya beri alasan sudah
tamat promosi, katanya 'selagi stok masih ada'... . Mana hendak
ada stok dikaunter penebusan kalau stok tidak diletak disitu.
Sebenarnya yang ini Saya beli Nescafe Body Patner, tapi mug
nescafe hijau itu tiada di rak, jadi dapatlah tukar dengan cawan
ini. Hendak dicerita lagi, memang saya sudah tahu mug Nescafe
itu tiada di rak lagi, tetap beli dengan harapan dapat mug lain.
Lagipun dikaunter penebusan pada waktu itu ada penjaga
kaunter yang boleh bertolak ansur. Kalau orang lain sudah
tentu habuk pun tidak dapat. Sesudah pulang kerumah,
Isteri tanya pada saya, 'kenapa tidak minta mug biskut
Julie's? ', ialah... alamak!. Sudah lama saya keluar masuk
pasaraya tunggu mug julie's tetapi masih belum dapat!.
Tidak diketahui mug itu percuma dengan pembelian yang
mana satu antara pelbagai biskut. Tunggu sajalah... .
hobi & koleksi cawan 2 november 2010

NESCAFE GOLD LIMITED EDITION CUP & SAUCER

LIMITED EDITION CUP & SAUCER
Cawan Berlapik Edisi Terhad Nescafe Gold
'Percuma! dengan pembelian pek Promosi seperti ini'
Cawan yang bewarna hitam
Pada bahagian depan tertera ' Nescafe Gold'
Pandangan sisi Kiri
Cawan pada bahagian belakang dengan gambar cawan emas
Pandangan sisi Kanan
Cawan ini saya beli di Jusco iOi Puchong, nampak tinggal 4.

NESCAFE ALTA RICA

NESCAFE ALTA RICA


CAWAN KOPITIAM NESCAFE EDISI TERHAD

CAWAN NESCAFE PERCUMA!
FREE CUP & SAUCER ( Limited Edition )
Cawan ala-ala kopitiam ini bagi saya memang akan bernilai
dan pengumpul cawan kopitiam pun tentu berminat.
Kalau tidak minat, saya minat.. .
Cawan ini saya dapat dengan percuma dengan pembelian
Nescafe Menu 'Neslo' Kopi Pracampur, boleh juga dapat
percuma dengan Nescafe Menu 'Ipoh White Coffee' atau 'Tarik'.
Saya baru beli Semalam 28/6/2010.
Walau barang baru paten lama tapi akan datang jadi lama.
Kalau ada stok duit, ada setengah dozen boleh buat hidang
tetamu, tapi rasanya sudah gawat poket. Kalau Nestle
buat sumbangan o.k juga dapat Sedozen.. ha ha ha!.
( hobi & koleksi 28/6/2010 )

MUG @ CAWAN KFC

CAWAN ATAU MUG KFC?
KENTUCKY FRIED CHICKEN

CAWAN LAMA BIRU

CAWAN @ CANGKIR LAMA BERWARNA BIRU
UMPAMA DELIMA BIRU
Cawan @ Ada yang memanggilnya Gelas Bertangkai

Cawan bewarna biru ini waktu saya kecil tersusun dalam
almari ibu. Tetapi Cawan ini kini tinggal 4 sahaja, Sayang .
Cawan ini telah berusia lebih 30 tahun , era 70-an.

Kata : Gelas

Takrif : 1 bekas minuman yang tidak bertangkai dan
biasanya dibuat daripada kaca. 2 bahan yang keras tetapi
mudah pecah dan dapat dilantasi cahaya; kaca.

Sumber : Kamus Pelajar Edisi Kedua @ Klik disini

Kata : Cawan

mangkuk kecil bertangkai yang dibuat daripada tembikar
dan lain-lain untuk bekas minum; cangkir.

Sumber : Kamus Pelajar Edisi Kedua @ Klik disini

http://hobby-collection.blogspot.com

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.