Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label dakwat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dakwat. Papar semua catatan

DOCTOR WRITING INK

DAKWAT DOCTOR NO:301 50ml Warna Merah
Tulisan cina bawah logo Doktor itu bermaksud
'Doctor Writing Ink'
Bentuknya agak unik, botol dakwat merah bertutup hitam.
Emboss pada bawah botol 'SHANGHAI HERO CO.LTD 50ml'
Menyimpan dakwat agak mudah diurus sebab saiz bekasnya
yang kecil dan saiznya hampir sama.
Koleksi dakwat entah apa-apalah...

DAKWAT PILOT ROYAL BLUE INK 30CC

Dakwat Pilot Royal Ink
No sediment -Smooth flowing - Keep pen from rust
The Pilot Pen (T) Co.,ltd.
Dakwat yang dijual diMalaysia ini dipercayai adalah
buatan Thailand berdasarkan sebaris ayat dalam
bahasa Thai dan (T).,ltd.
Kod Emboss T6752 dibawah botol
Botol dakwat 30cc ini bersaiz & kecil bertutup biru
Do not mix 'pilot' with other ink as its
Quality changes chemically
Koleksi Dakwat apa-apa saja...

KIN'S INK LIQUID BLACK

CECAIR DAKWAT HITAM KIN'S NOMBOR 29
QUAN PAI TRADE MARK - SHAGHAI FACTORY CHINA
Sesuai untuk pen dakwat basah atau berus tulisan cina.

Sudah lama dan dibeberapa kedai saya nampak ada menjual
dakwat jenama Kin's ini. Terdapat juga dipasaraya. Tetapi
baru saya beli tahun lepas. Walaupun masih ada dipasaran,
namun kebanyakkannya dari adalah bekas plastik. Bekas
botol plastik tidak semenarik botol kaca.

Saya berminat menyimpan dakwat lama @ baru kerana
jenama, usia, dan keunikkan botolnya yang perbagai dan
mudah disimpan atau disusun diruang yang kecil. Lagipun
ianya semakin dipinggirkan pengguanaannya kerana
keperluannya yang semakin berkurang.

Kedai-kedai antik juga turut menjual dakwat sebagai
barang jualan, sudah tentu ramai pemain-pemain
barang lama, botol & lain-lain yang berminat juga.

BOTOL DAKWAT 'HERO INK'

BOTOL DAKWAT HERO INK
Dakwat hitam tutup biru...
Lama mahupun baru, Hero Ink masih terdapat dipasaran.
Cuma yang ini berbeza dengan yang ada dipasaran lebih
12 tahun yang lalu, Dakwat ini saya dapat di kedai lama.
Tidak diketahui masih ada lagi stok atau tidak disana.
'HERO INK' buatan China dan diproduksi di Shanghai.
Menurut tuan kedai, sudah terlalu lama dakwat ini berada
dikedainya, kalau tipu dia maka tertipulah saya. Tuan kedai
ini telah berniaga lebih 30 tahun dan mungkin tutup kedai.
Apa yang membezakan botol ini dengan dengan botol
dakwat milik boss saya dipejabat yang dibelinya mungkin
11 tahun yang lalu adalah 'emboss' pada bawah botol.
Memang sedikit sama tapi tidak serupa. Ada juga saya nampak
berbulan yang lalu di sebuah kedai buku terkenal bertimbun
dakwat sebegini tetapi sekejap saja tinggal beberapa botol , entah
siapa beli, tapi yang pasti tiada 'emboss' pada bawah botol.
Saya pun tidak faham apa maksudnya, he he he!

Kedai antik di Amcorp Mall juga ada menjual botol dakwat
sebegini, cuma tiada 'emboss'.. entahlah... .
Ada sesiapa boleh bantu dan kongsi cerita tentang dakwat?

Saya suka entri berkaitan botol dakwat di Blog Blues Riders
'Pen & Dakwat Super Quink Blues...'

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.