Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label gelas fN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gelas fN. Papar semua catatan

Gelas FN 2012

Gelas FN Emboss 2012
Gelas ini ramai yang sudah ada, iaryylr dapat
pun pada bulan Jun yang lalu setelah dapat
info dari Bro Spallan ...dah masuk kotak .
Sayang sekali Pasaraya Hijau Kuning disini
asyik belum ada promosi walau sudah lama
tersusun di rak. Yang ini iaryylr mendapatkannya
di Cheras, dan biasa dah dapat iaryylr akan
longgokkan di satu tempat di rumah.
Gelas ini menarik kerana embossnya dan
berkotak bagai keluaran khas adanya.
Raya nanti bolehlah guna gelas ini.
Jika hendak melihat Gelas ini dengan lebih
jelas bolehlah berkunjung ke blog Bro edilelly



Gelas Permata Junker Ipoh

Gelas Permata Junker Ipoh
Hasil dari Garage Sale Anggrik Mall
hujung bulan Januari 2012.
Gelas F&N yang menarik kerana
tapaknya yang lain dari yang lain.
Seperti Permata Bunga Heksagon

F&N Cordial - Gelas Kordial F&N

Gelas yang ditunggu-tunggu akhirnya dimiliki
jua, ada merah, ada biru dan kini kuning.
Dapat pada akhir tahun 2011. Memang
menarik dengan emboss F&N di tapak.
Sudah lama tidak minum kordial F&N :)
Anda bagaimana?

GELAS F&N FRUIT TREE 2011 !

Gelas F&N Fruit Tree Percuma ! Bukan 1 untuk
Anda, tetapi 2 Gelas Sekaligus Dalam 1 Kotak !.
"Nikmatilah Kebaikan Setiap Hari"

Memang menarik pemberian percuma kali ini.
Kemas dalam kotak, cantik untuk dipamer dan
sesuai juga dijadikan sebagai hadiah.

Gelas F&N ini percuma dengan pembelian 2 botol
besar 'Fruit Tree' dipasaraya terpilih.
Dapat 2 gelas sekali gus boleh juga buat minum
bersama pasangan. Kalau Anda bersepakat untuk
gelas rasmi keluarga, Anda perlulah beli lebih.
Memang Menarik!, baru dapat semalam sebenarnya
dipasaraya hijau kuning. Masih banyak Lagi!.

GELAS F&N ORANGE

Gelas Fraser & Neave Gelas F&N Orange
Entah mana gelas ini menyorok....

GELAS LAMA FRASER & NEAVE

GELAS LAMA FRASER & NEAVE DENGAN 8 F&N
Gelas F&N ini saya dapat lagi diBotologi Hi Tea yang lalu.
Harganya mungkin RM15 jika tidak silap.

GELAS F&N ICE CREAN SODA

GELAS PLASTIK F&N ICE CREAM SODA
Soda Glass
Siapa ada cerita tentang ice cream soda? jom kongsi!

GELAS F&N SUSU PEKAT MANIS

GELAS FRASER AND NEAVE SUSU PEKAT MANIS
Hasil merayau bulan 12 2010. Mulanya kelabu, lepas cuci
berkilat pula. Gelas ini gelas baru tapi stok lama.

GELAS F&N BUNGA BIRU

GELAS F&N VERSI BUNGA BIRU
Berbulan sampai kebulan akhirnya dapat juga gelas F&N
selain warna merah yang telah dimiliki iaitu bunga biru.
Gelas ini saya baru dapat pada 6 November 2010.
Nampaknya setakat ini saya cuma ada versi bunga warna
merah dan biru, cuma tinggal hendak dapatkan gelas versi
bunga kuning seperti milik Bro B.R Blues Riders . Variasi
warna setakat ini yang saya nampak adalah merah,kuning
& biru. Jika ada warna lain kenalah memburu guna Bazooka.

Emboss pada bontot gelas , basah sebab baru cuci ambil gambar.
Gelas versi bunga merah yang pernah diterbitkan dulu
seperti milik Bro Spallan 'dah masuk kotak...' ,
Gelas ini mungkin pemberian percuma dengan pembelian
sebarang pembelian kordial F&N suatu ketika dulu. Ianya
sesuai digandingkan dengan botol kordial lama milik
Bro Fitri di Koleksi Fitri Barang Old Skool.

Jika anda ada info berkaitan gelas ini, sudilah berkongsi
maklumat disini.

GELAS KORDIAL F&N FRASER & NEAVE

GELAS LAMA FRASER & NEAVE
Gelas F&N Kordial
Selamat Hari Raya!, dulu top juga minuman kordial di musin perayaan.
Pada 15 September 2010, saya Beraya buat kali kedua di rumah nenek.
Sebelum balik saya minta buah tangan barang lama dari nenek . Kira o.k
dari minta duit Raya. Banyak juga barang lama di rumah nenek, tetapi
saya ambil yang dikira nyawa-nyawa ikan sebagai koleksi dan kenangan
dari nenek. Sebab barang lama yang lain bagi pendapat saya adalah
barang warisan nenek untuk anak-anak. Berbalik pada gelas kordial ini,
sebenarnya saya ambil dari almari lama diluar rumah nenek, gelas yang
berhabuk ini saya cuci hingga bersinar-sinar bak bintang Kejora... .
Dengan adanya gelas yang saya percaya lahir pada era 80-an
ini maka diharap beranak pinaklah gelas F&N nanti... .

Mari lihat Entri berkaitan di Blog berikut....
Koleksi Fitri Barang Old Skoll / Botol Kordial FN Lama
Blues Riders / Gelas FN Bunga Kuning
Dah Masuk Kotak... / Gelas FN Bunga Merah

hobi & koleksi gelas 15092010

GELAS F&N FRASER AND NEAVE

GELAS F&N
Gelas ini masa dapat kondisinya memang kelabu asap, bila dicuci
teranglah sedikit, tetapi kalau dapat yang yang berkualiti seperti
baru alangkah menariknya.

GELAS F&N FRASER AND NEAVE

GELAS F&N
Gelas ini nikmat diguna buat minum teh tarik...,
Anda bagaimana?

FRASER & NEAVE GLASS - SAF DISPLAY

GELAS F&N LAMA
Gelas lama tapi baru dapat bulan ini. Ada sesiapa tahu
apa itu 'SAF DISPALY'?, adakah 'Special Action Force' ?,
atau 'Singapore Armed Forces'?, 'Ssaintt Arabian Farms'?
'Stand Alone Films'?,'Sydenham Arts Festival'?,
'Sukan Antara Fakulti'?... ngatuklah fikir!.
hobby & collection / gelas fn / 7 julai 2010

FRASER & NEAVE - TRADITION MAKE BETTER

GELAS LAMA FRASER & NEAVE - TRADITION MAKE BETTER
Gelas lama tapi belum guna ini begitu berkilat dan memancar
cahaya ibarat silauan lampu disko bila disuluh cahaya kerana
seni rekanya yang unik dan kreatif. Gelas tua tapi awet muda.
( hobi & koleksi iarylr )

GELAS F&N LAMA - KOLEKSI GELAS IARYYLR

GELAS LAMA JENAMA F&N
Terdapat pelbagai jenis gelas F&N lama tetapi
saya cuma ada satu , ada duit baru boleh tambah
gelas , harga pasaran dijual antara RM15 ~ RM30bergantung pada keadaan dan persetujuan bersama.
Ada juga yang bernilai tidak sampai RM0.50sen
atau dibawah RM10, tetapi untuk mendapatkannya
perlu berusaha bertanya dan mencari dimana pasti.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.