Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label kfc. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kfc. Papar semua catatan

Bingkaikan Mug Milo Percuma

Beginilah caranya untuk memasukkan 4 Mug
Milo ke dalam bingkai gambar.
koleksi milo
Koleksi Mug Milo
Minggu ini adalah minggu ke tiga untuk anda
mendapatkan mug Milo percuma di KFC.

ดินสอ KFC KIDS FUN CLUB

Sudahkah  Anda sertai KFC KIDS FUN CLUB ?
Pensil Kuning "KFC That's Where I Want To Be"
Jika Anda sudah melebihi had umur, daftarkanlah anak,
adik atau anak saudara anda sebagai ahli 
"KFC KIDS FUN CLUB"
 - ดินสอ -

Pensil dalam bahasa...
Spanish : lápiz - Russian : карандаш - Dutch : potlood
Italian : matita - Crotian : olovka - Turkish : kalem
Portuguese : lápis - Bulgarian : молив

Doremon KFC

Hari ini nak lengkakan set Doremon KFC, tapi malang sebab kakitangan KFC kata ada dah bayar cari tiada, nasib baik raya ke 2, kalau raya ke 20 tentu tak boleh sabar :-) . Hari ini cuma dapat 2 rekabentuk iaitu 'Doremon Smart Ruler' dan 'Doremon Funny Crayon'. Walau dah lama tidak kumpul barangan KFC, namun set Doremon ini menarik minat seban ianya adalah set alat tulis unik.
- Entri Talipon Bimbit -

7-UP KFC

7-UP dan KFC
Bersatu dengan dalam satu gelas plastik
atau tumbler yang slumber
Tumbler dwi lapisan yang menarik!
2 lapis oh! untuk kesan khas istimewa!
karektor fido-dido dengan 3 gaya ceria!
Fido dido beritahu KFC Bagus!
Atuk KFC kata bak setin!
Minum KFC lah sambil sulam dengan air 7-up!
Koleksi 7-up & Koleksi 7-up Fido Dido

Kopi Panas KFC

Minum Kopi Panas di KFC
Dapat bawa balik cawan kertas untuk minuman
panas, siap berpenutup untuk mengekalkan
suhu. Tak cukup! boleh tambah lagi....

2011 Hot Wheels Battle Force 5

Hot Wheels Battle Force 5
Kereta Hot Wheels Siri Battle Force Dari Pakcik....

Kereta Nombor 4 : Saber
Kereta Nombor 5 : Buster Tank
Kereta Nombor 6 : Zelix
Semua masih dalam bungkusan.
Antara 3 ini, Buster Tank paling Best!

KFC Spot & Win

Stiker Cermin KFC Spot & Win
Pada 24 Jun sehingga 4 Ogos 2011, KFC telah
mengadakan peraduan mudah tanpa borang
'Spot & Win'. Bagi mereka yang ingin
mengambil bahagian, cuma perlu membeli
produk ayam KFC minima RM 20 dan menampal
pelekat cermin 'Drive-Thru CEO' yang
diberikan pada cermin kereta.

Inilah rupa stiker cermin itu...

Jadi? semakin banyak stiker kfc ini pada kereta
peserta maka semakin cerah peluang untuk
mereka terpilih atau di spot penyepot. Namun
jika peserta melalui laluan yang tiada penyepot
maka jangan harap kereta akan di spot...
tiada cerah maka mendunglah jawabnya... .

KFC TRANSFORMERS - OPTIMUS PRIME

Optimus Prime "Yehaaa! Jom jom! mari sini!"
( dengan riangnya mereka menjemput! )
"Tengok badan aku ada lampu! lip lap lip lap!"
"O.klah! saja nak tunjuk kat Bumblebee sebelah ni
sebab dia cuma ada sistem bunyi sahaja! he he he"
Bumblebee "Pigidah Optimus! itu pun mau eksyen!"

'Robot Transformers KFC'
Pada 21 Jun 2011, maka lengkaplah set robot
Transformers yang terdiri dari
Starscream, Bumblebee, Ironhide & Optimus Prime.
Apa yang menarik, keluaran permainan Robot kali
ini adalah lebih menarik dari yang terdahulu.
Walau tidak boleh bertukar, namun ianya boleh
digerakkan dan ada lebih fungsi untuk dimainkan.
Robot yang diatas itu anak buah yang punya,
Saya punya dalam plastik lagi, he he he!.

BIRTHPLACE OF KENTUCKY FRIED CHIKEN

Colonel Harland Sanders
Koleksi Mug Lama
Mug Kfc pandangan sisi
Mug Kentucky Fried Chicken
Mug Collection
Mug ini dipercayai adalah mug peringatan atau
keluaran sempena ulang tahun kfc yang entah
keberapa tahun. Menurut sumber hanya ada 2
jenis yang dikeluarkan. Satu seperti diatas,
dan satu lagi Pemandangan
'Sanders Court & Cafe Kentucky' pada 1940.

MALACCA KFC MUG?

KOLE KFC MELAKA
Ya, sememangnya kole ini dari negeri Melaka.
Dapat percuma bila isteri ikut berkunjung ke
Melaka pada 4 April 2011, bukan ini saja, dapat
juga dikorek mug Milo, Ogawa & G'day secara
percuma! barang percuma jangan ditolak.... .

JULANGKANLAH PEMAIN BADMINTON NEGARA

CD julangkanlah... "Making the heroes of tomorrow"
CD lagu ini dibeli sewaktu promosi KFC, mungkin
sebelum pada 2004. Ianya dibawakan oleh
ntv7,KFC dan Pizza hut bersama Persatuan
Badminton Malaysia.
CD lagu ini menampilkan penyanyi Krisya untuk
vokal versi bahasa melayu & bahasa inggris dan
Zhao Bo Hwa untuk versi bahasa Mandrin untuk
lagu 'julangkanlah'
Hanya satu lagu dalam 3 versi terdapat pada cd ini.
CD muzik ini dikeluarkan adalah kerana '"ulangkanlah"
mencerminkan semangat dan impian untuk
mengembalikan kegemilangan badminton Malaysia.
Ianya menyuarakan galakkan, harapan dan
tekad untuk membina impian baru dan generasi
baru wira badminton untuk masa depan.

K
oleksi CD iaryylr

GELAS PLASTIK PEPSI KFC WARNA MERAH

PEPSI DAN KFC YANG BERSATU
Sebelah Logo Pepsi Lama
Sebelah Logo KFC
Bersama dimana jua!
koleksi gelas plastik pepsi & kfc 2010

TUMBLER PEPSI KFC BLUE

TUMBLER GABUNGAN PEPSI & KFC WARNA BIRU
Sebelah logo KFC
Sebelah Logo Pepsi Lama
Gelas plastik ini ada beberapa warna, agak lama rasanya
telah dikeluarkan. Seronok juga mencarinya.
hobby-collection.blogspot.com
plastic cup, tumbler,plastic glass,drinking cup, collection

KENTUCKY FRIED CHICKEN

MUG KFC LAMA ENTAH KELUARAN BILA?
Kentucky Fried Chiken, macam tulisan cakar ayam saya dulu.
Mug mahal tapi dapat murah he he he!
Align CenterPemandangan Sanders Court & Cafe Kentucky 1940
Koleksi KFC iaryylr

TABUNG KFC UNTUK DIMILIKI

TABUNG KFC
Untuk mereka yang ingin menabung & pengumpul tabung,
pengumpul barangan kfc dan sesiapa saja yang berhajat...
Tabung Seramik KFC Tiada Yang Percuma
Tabung KFC 2010 ini dibeli tunai RM7.90 sebab bukan
ahli kelab, jika ahli ada diskaun tidak silap seringgit.
Dibeli pada minggu lepas waktu pulang kerja.

KENTUCKY FRIED CHICKEN - MATCHES

"KENTUCKY FRIED CHICKEN - It's finger lickin' good"
'sehingga menjilat jari!'
Bahagian Depan menunjukkan bangunan KFC pertama?
Belakang pula tulisan cina, mungkin maksudnya sama... .
Head Office : 120 Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur Malaysia
Tel: 85436


Kotak mancis keselamatan ini dari KFC, untuk mendapatkannya
memang susah lagi payah, manakan tidak?...saya terpaksa kembali
ke era tahun 70'an dimana KFC pertama dibuka di Jalan Tuanku
Abdul Rahman iaitu pada tahun 1973. Saya kembali dengan
menggunakan ilmu batin meraga masa, peringkat diploma
kejuruteraan teknologi kuantum daun ketum kira-kira 15 tahun
yang lalu, nampak seperti cerita rekaan..tapi sebenarnya kisah ini
memamg benar-benar direka sedemikian ceritanya , he he he.... .
Yang betul cuma kotak mancis itu memeng terlalu lama.....
( koleksi mancis lama iaryylr )

PEPSI CUPS - KFC WORLD CUP

LIMITED EDITION KFC PEPSI PAPER CUP
edisi terhad tanpa had.....
#11 DROGBA & #8LAMPARD
Poster percuma dengan pembelian 'Kombo Pesta Bola'
KFC juga tidak ketinggalan menghangatkan pesta bola piala dunia
dengan paper cup Pepsi seperti edisi terhad tetapi lebih had dengan
sebarang pembelian air sejuk.Setelah mendapat info pepsi terkini di
http://chentapepsi.blogspot.com,
esoknya saya bergegas ke KFC membeli KFC untuk mendapatkan
paper cup tersebut. Tanya kaunter sama ada turut menjual poster
pepsi kfc combo pesta bola, tetapi tidak dijual seperti kebiasaan
permainan yang boleh dibeli asing.Lain kali saja beli combo,
tidak habis makan berdua nanti.

koleksi Pepsi iaryylr 2010 http://hobby-collection.blogspot.com

PEPSI KFC PAPER CUP - COLD REFRESHING

PEPSI KFC PAPER CUP - COLD REFRESHING
ECO FRIENDLY PAPER & DISPOSBLE CUP
'Paper cup' KFC PEPSI ini lebih istimewa sebab dengan logo lama
PEPSI. Cawan kertas ini walaupun mesra alam dan pakai buang,
namun saya tidak buang semua, ada sedikit saya simpan untuk
koleksi dan tatapan penatap. Disini saya sertakan spesifikasi
ukuran yang dipercayai 99% tepat...
450 ML Paper Cup
* Volume: 450 ml* Bottom diameter: 60.5 mm
* Top diameter: 86.2 mm* Height: 119 mm* Capacity: 15 Oz

PEPSI PLASTIC CUP - KFC 35TH ANNIVERSARY

PEPSI PLASTIC CUP - KFC 35TH ANNIVERSARY
'Plastic cup' 35 tahun KFC ini tidak silap saya dapat pada tahun
2008, waktu itu promosi ayam kari dan nasi ayam buat kali pertama.
Logo PEPSI & KFC ulang tahun yang ke 35th jelas kelihatan.
* Volume: 450 ml* Kapasiti : 15 Oz
Dibawah adalah ukuran yang diukur dengan pita ukur kain.
Diameter Bawah : 64 mm
* Diameter Atas : 93 mm* Tinggi : 118 mm

MUG @ CAWAN KFC

CAWAN ATAU MUG KFC?
KENTUCKY FRIED CHICKEN

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.