Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label kit kat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kit kat. Papar semua catatan

Dulang Kit Kat

Dulang Kit Kat September 2013
Kali ini, pasti ramai peminat dan kolektor yang telah
memiliki dulang tin Kit Kat yang begitu menarik.
Hendak  diguna dulang Kit Kat atau hendak disimpan?
terpulanglah pada pemiliknya, mana tahu ada peminat tegar
atau kaki coklat hendak menjadikan dulang Kit Kat
sebagai hadiah atau sebagai dulang hantaran?.

ADROID KIT KAT

Fridge Magnet Kit Kat

Pelekat Peti Ais Bermagnet Kit Kat
Coklat Kit Kat, Tak Kering Gusi!

ada 3 kesemuanya, tapi software problem
dapat update 1 dulu, dapat lebih kurang 2
minggu lalu kat pasaraya hijau kuning.
Kena main permainan dulu baru boleh dapat.
Isteri juga yang dapatkan untuk suami.
Promosi Kit Kat

Earphone Kit Kat Nestle Edisi Terhad

'Kit Kat Limited Edition Stereo Headphones'
Fon Kepala Stereo Kit Kat Edisi Malaysia
Setelah mendapat info terkini hiburan sensasi dari
blog '...dah masuk Kotak' iaryylr pun berusaha
untuk mendapatkannya, tapi isteri iaryylr yang
kena pergi dapatkan sebenarnya sebab iaryylr
sedang bertugas di sebalik perbatasan negara.
Maklumlah takut peluru tak bermata bolehlah
kurang waspada. Ahhh! layan lagu lama kejap!

Si Baju Hijau 

Si baju hijau
Sedang bertugas
Di perbatasan
Peluru tak bermata
Harus waspada

Datangnya ia
Tak kenal saudara
Lawanlah ia tentu
Dengan hati semangat waja
Tanda putra setia

Gagah perkasa
Bersedia
Siang dan malam
Di persada negara

Lirik di salin dari  http://www.ilirik.com 

dah menyanyi lagu lama kita sambung balik tengok
fon telinga kit kat ini dari jarak dekat pula.
7.20am     -    9.00pm
Pagi tadi nak entri, sampai ke malam baru dapat
sambung, biasalah agaknya bagi semua blogger.
Berbalik fon telinga Kit Kat ini, kalau kita cari
di internet maka kita akan jumpa fon telinga yang
sama tetapi dengan pembungkusan yang berbeza.
Tetapi itu untuk promosi Kit Kat di Singapura.

Kadang-kadang terasa promosi atau souvenir
di Singapura oleh Syarikat terkemuka lebih
menarik dari Di Malaysia. Jika demikian maka
peluang lebih cerah jika iaryylr berpindah ke
Singapura, Jadi pemain bola sepak di Singapura,
sertai kelab atau jadi pemain kebangsaan.
Kah! Kah! Kah! wah! kah! kah!
Kalau setakat main futsal pun iaryylr cepat
pancit macam tayar basikal bocor, ada hati
pula nak jadi pemain bola sepak handalan!
Kah! Kah! Kah! wah! kah! kah!
Kit Kat 100 Tahun Nestle Di Sisimu
Kit Kat oh! Kit Kat!
Merahnya Mak Ngah! macam zaman dulu!
Coklatnya sudah lama habis, tinggal bekasnya saja :)

Mug Kit Kat, Bunyi Gitar..., Irama Twist...

Beli Kit Kat dapat mug,
Dapat Mug lepas beli Kit Kat...
Beli Kit Kat dapat mug, dapat mug dapat gitar.
Dapat gitar lepas beli mug,
Dapat mug lepas beli Kit Kat...

Lirik Lagu : Bunyi Gitar

Oh bunyi gitar
Irama twist
Tidak sabar
Si gadis manis
Dengar lagu rancak gembira
Hatinya rindu tergoda
Ingin dapat teman
Menari suka ria

Sungguh merdu
Lagu ini
Siapa mahu
Boleh menari
Pilih satu teman sendiri
Ataukah si hitam manis
Kalau sudi mari, kita menari twist

Oh gitar berbunyi
Menawan hati sedang berahi
Oh rancaknya irama
Dapat mikat sukma
Gadis dan teruna
Mari cari teman gembira

Gitar solo
Dan melodi
Ikut tempo
Kalau menari
Sila adik, sila cik abang
Marilah kita berdendang
Irama gembira
Hati jadi riang

Lagu : Tan Sri P.Ramlee

Cop Mohor 100 Tahun Nestle Pada Coklat KIT KAT?

Agak Luar Biasa Coklat Percuma Dari
Stesen Minyak BP ini... tak sampai
hati hendak makan... :(
Ada cop 100 tahun nestle di sisimu,
ada cop Nestle Kit Kat... nak makan
juga ke atau tidak? anda bagaimana?
Coklat yang sedap mengapa hendak
disimpan dan tidak dimakan?
Kecualilah ianya memang tidak boleh
di makan! tidak boleh di makan!
Ya! inilah promosi terbaru dari Nestle
sempena ulang tahun ke 100,
di Stesen Minyak BP. Dengan pembelian
RM5 mana-mana produk nestle,
membolehkan anda membawa pulang
souvenir 'Anti Slip Pad' berbentuk coklat!.
( selagi stok masih ada! )
Yang menariknya ianya boleh di cuci
dan diguna semula.
( koleksi nestle 2012 )

Kalendar Nestle Kit Kat 2012

Kalendar Kit Kat 2012
Kelazatan Coklat Dengan Wafer Ranggup
Bila tengok kotak Kit Kat Nestle
'100 Tahun Nestle Bersamamu'
Nampak macam biasa sahaja...
Tetapi bila kita lihat pada bahagian belakang
kotak tersebut maka ada sesuatu untuk 2012.
Nak tak nak, kena beli juga ini, alang-alang
sudah ada sedikit koleksi Kit Kat boleh
tambah-tambah sikit, masaalahnya nak
potong atau simpan dengan kotak sekali?
'100 tahun Nestle di sisimu'

Kit Kat Fun Drumstick Pencils

Stik Drum Pensil Dari Kit Kat
Setelah sekian lama di entrikan oleh Bro Spallan,
baru semalam berjaya memilikinya. Baru sampai
disini agaknya. Nampak unik pensil yang belum
di asah ini di reka menyerupai stik drum.
Merah lagi mantap Bro!!!

MUG NESTLE KIT KAT 2010

Mug Sempena 75 Tahun Kit Kat
Sebaik sahaja mendapat info terkini dari Bro Spallan semalam, Saya pun
bergegas ke Jusco pada 8.30 malam. Sebaik tiba tiada sebarang iklan
promosi pula di rak kit kat. Jangan putus asa, mari periksa di kaunter
penebusan, wow! stok mug baru tiba 2 kotak rupanya, beli 3 paket
kit kat untuk 3 mug percuma!. Kalau ada 1/2 dozen pun cantik!.
Tapi poket mahu kering sudah... . Terima Kasih Bro Spallan.
Ini yang bestnya berblog atau belayar.
hobi & koleksi mug 6 Okt 2010

BEKAS TIN NESTLE KIT KAT 2010

PERCUMA DARI NESTLE SEMPENA 75 TAHUN NESTLE KIT KAT
Bekas tin ini adalah percuma dengan pembelian 1 pak coklat Kit Kat.
Saya mendapatkannya di pasaraya gergasi pada 9 Sept 2010.
Selain bekas tin sebagai promosi ulang tahun , di kedai Petronas Mesra
pula percuma beg mesra alam atau beg membeli belah Nestle Kit Kat
dengan pembelian produk nestle kit kat bernila RM 5 keatas. Namun
promosi tersebut adalah bagi bulan September 2010 sahaja. Tidak
diketahui jika ada promosi atau pemberian percuma lain , jika anda
ada info tambahan sudilah berkongsi maklumat disini.. .
Maka penuhlah coklat Kit Kat dalam peti ais... .
hobi & koleksi tin 09092010

FREE NESTLE KIT KAT SHOPPING BAG !

BEG MEMBELI BELAH 'KIT KAT' PERCUMA!
Sempena 75 tahun Kit Kat!
Untuk mendapatkan beg edisi terhad Kit Kat bewarna merah yang
menawan ini, Anda cuma perlu membeli produk Coklat Kit Kat
bernilai RM5 ke atas. Tawaran ini hanya di kedai Mesra Petronas
dan promosi bagi bulan September. Namun ada sesetengah Kedai
Mesra Petronas yang sudah kehabisan stok.
Saya dapat beg mesra alam ini waktu balik kerja pada 9 Sept 2010.
75 tahun ini sahaja ke Nestle Kit Kat?
laman sesawang Kit Kat..
KIT KAT MALAYSIA FACEBOOK / KIT KAT NESTLE MALAYSIA

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.