Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label pad nota. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pad nota. Papar semua catatan

Hari Kantin Dutch Lady

Hari Kantin Dutch  Lady
"Sewaktu kita bersekolah rendah dan menengah,
pasti kita ikuti acara Hari Kantin di sekolah."

Dulu, masing-masing perlu membawa makanan
dari rumah, atau setiap kelas perlu menyediakan
makanan pilihan untuk di jual pada Hari Kantin.
Hasil kutipan semua masuk tabung sekolah.
Waktu di sekolah rendah iaryyl sering terfikir,
mana peruntukkan? mengapa perlu banyak aktiviti
untuk menyedut duit. Terfikir juga mungkin semua
itu untuk membayar gaji para guru dan perbelanjaan
sekolah seperti air dan elektik. Nak bertanya, takut.

O.k! sekarang bila sudah tua, iaryylr terjumpa pula
buku ini di jual di sebuah kedai runcit.
Souvenir Dutch Lady
Wah! rupanya sebuah Buku Memo Hari Kantin.
Hari Kantin Buku Memo
 Mengimbau kenangan alam persekolahan yang ROCK.
Sekarang Hari Kantin Bersama Dutch Lady
 Nak tulis memo apa ya?
Kotak lucu Dutch Lady
Nak conteng apa ya?
Wah! ada jadual lagi di sediakan!
Jika berpuluh tahun yang lalu, pasti menarik jika
dapat buku memo ini.
Lebih seronok berpuluh tahun yang lalu bila dapat
pelekat untuk di lekatkan pada buku memo hari kantin.
Lebih bahagia jika dulu dapat susu kotak Dutch Lady.
Dulu zaman Dutch Baby.
Apa pun Selamat Hari Kantin :) .

NESTLE MILO Breakfast Cereal

'NESTLE MILO Breakfast Cereal'
Sekotak Bijirin Serapan Milo, Percuma Buku Nota Beraktiviti Nestle.
Yang dikejar buku nota dan yang digendong kotaknya.
Ditelan bijirin sihat tubuh ditelan kotak sakit otak.... .
Ya! Jerung juga suka berserapan bijirin sarapan Milo campur susu! 
tabur saja atas laut macam tabur makanan ikan dalam akuarium.
Nestle Breakfast Cereals kali ini membawakan siri promosi terkini
'Discovery explore YOUR WORLD'
Di kotak bijirin serapan KOKO KRUNCH, Honey Star? dan Milo.
Untuk kotak siri bijirin serapan Nestle 170 gram, 3 buah buku
nota beraktiviti ditawarkan untuk diterokai kerana ada Aktiviti
Rekaan Menarik, Fakta Menarik dan Permainan Yang Hebat .
( Seperti yang dinyatakan pada kotak )
3 buah buku nota beraktiviti untuk anda berseronok sambil
berekplorasi di lautan, zaman pra sejarah dan angkasa lepas.
Dengan pembelian sekotak 'Bijirin Serapan Nestle Milo', iaryylr
dapat satu buku nota beraktiviti untuk menerokai 'Angkasa Lepas'.
Buku nota ini nampaknya cuma ada cop dagang Nestle sahaja, kan
elok dan lebih bernilai jika ada cop Milo dan lain-lain keluarga bijirin
serapan Nestle, tentu lebih menjadi rebutan. Mungkin akan datang
akan ada pula souvenir buku nota Milo yang baru, tentu syok!.
Salah satu aktiviti dalam buku nota ini adalah mencari perbezaan
gambar, jadi sambil makan bijirin serapan milo, minum milo,
makan milo, kita boleh segarkan minda dan tajamkan penglihatan.
Buku nota ini kecil saja saiznya, bolehlah asal percuma :).
Dapat kotak milo, dapat buku nota, dapan makan bijirin.

FN GEMPAKZ

Memang gempak punya souvenir ini, pasti dicemburui
teman sepejabat jika digunakan oleh Anda!.
Ianya adalah pad nota mini "Sticky note".
Ada 3 warna seperti yang diiklankan di kedai buku News,
percuma  satu dengan pembelian 2 botol F&N 500ml.

AMBANK GROUP

Note Box ke? Memo Box ke? asal merah bergaya.
Gaya gitu kotak merah berlogo Kumpulan Ambank.
 ( hobby's en verzamelingen )

Ambank Group

AmBank Group
Slip Pad Box - Memo Pad Box
Merah sungguh! sungguh-sungguh Merah!
Kertas nota pejabat dengan bekas istimewa!
Ada jenama lain tak? nak carilah...

PAD NOTA TWISTIES DAN GOSIP HANGAT!

Pad Nota Dari Makanan Ringan Twisties
Sempena Bola Sepak Piala Dunia 2010.
Twisties adalah makanan ringan kegemaran ramai.
Ianya salah satu Jenama popular keluaran Kraft.
Waktu dulu memang sedap makan Twisties
sebagai senaman mulut dan muka.
Sejak beberapa tahun ini, Twisties sering
memperkenalkan pelbagai perisa dan pembaharuan
didalam dunia makanan ringan seperti
dwi perisa, dwi warna sehinggalah pada teknik
pembungkusan dan tema grafik yang segar.
Apa yang lebih menarik adalah kegilaan yang
menguntungkan, seperti iklan terbaru yang
menduniakan jenama Twisties. Ada juga yang
agak nakal dengan Twisties ini seperti tindakkan
berani dengan mengeluarkan makanan ringan
khas yang meninggalkan kesan warna pada
lidah pemakan Twisties edisi khas.
Twisties semakin menceriakan penggemarnya
dengan sering mengadakan peraduan menarik
dalam beberapa bulan dalam setahun.

Syoknya Twisties! Syabas Twisties!

BUKU NOTA NESCAFE

Buku Nota Nescafe
Tidak silap ada 2 jenis, Saya cuma ada 1 saja.

BUKU NOTA DAN ALAT TULIS MILO NESTLE

Bila keluar buku nota atau 'note pad' Milo ini???
Ada pensil dan pemadam lagi! Fuyoooo!
Inilah dan pensil milo dan pemadam berlobang... .
Tulislah apa saja tentang milo didalam nya...
Ada banyak lagi kat kedai lama ....., beli lima saja... .

BUKU TELEFON HORLICKS

Buku Telefon Mini Horlicks
ho! ho! ho! Horlicks!
hasil korek juga!

BUKU NOTA KARANGKRAF 2010

Sempena Karnival Karangkraf 2010
Dapat Free...

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.