Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label pepsi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pepsi. Papar semua catatan

RATOR

Bukan Rator tapi Nator...
Satu lagi SLURPEE NATOR ON BOARD
Dari 7-Eleven dan Pepsi
hobby hobbies collectible collectable collection
Pepsi / 7-eleven SLURPEE NATOR ON BOARD
Kadang-kadang otak beku dibuatnya seketika SLURPEE
yang sejuk terlebih di sedut, bagai dari mulut naik ke otak!.
Pernah Brain Freeze? Jom SLURPEE!
"RATOR"

MAKE WAY FOR SLURPEE NATOR

Biasa kita nampak penanda 'Baby On Boards' pada
cermin belakang atau tepi kereta, tapi yang ini
macam nakal, lucu dan menakutkan sikit.
PEPSI ~ 7-ELEVEN ~ SLURPEE NATOR
Slurpee Nator On Board Signs / On Board Signs For Cars
Bayang Hitam yang ceria!
PEPSI ~ 7-ELEVEN ~ SLURPEE NATOR

SLURPEE NATOR ON BOARD

SLURPEE NATOR ON BOARD
dari 7eleven dan Pepsi
"yang melekat dan bergerak-gerak pada cermin kereta tu!"
SLURPEE, 7ELEVEN, PEPSI ON BOARD SIGN
SLURPEE NATOR ON BOARD
SLURPEE NATOR ON BOARD
Kerana benda ini penanda pada cermin, perlulah
buka label baru pada pada koleksi "ON BOARD".
On Board ini tak silap promosi pada tahun lepas.
iaryylr dah terlepas, cuma dapat satu saja.
Mujur pada tahun ini iaryylr dapat lengkapkan
3 kesemuanya bila singgah di sebuah 7E yang
masih punya baki promosi. Kadang susah nak
dapat souvenir promosi, kalau lewat di kira tiada.

Mug Pepsi Thierry Henry 2006

'Fifa World Cup 2006 - Pepsi Football Superstars'
Mug Pepsi Thierry Henry
 Mug ini  adalah keluaran Pepsi sempena Piala Dunia 2006.
Menampilkan Thierry Henry sebagai Superstar Pepsi
Pepsi... ada lagi!
( pepsi-sammlung )

Pepsi Music World

Pepsi Music World
Dapat CD ini di Sabah, terpakai. Tidak tahu Ori atau tidak?.
Bawa saja pulang dari dibuang,

Mug Pepsi David Beckham

Mug Pepsi David Beckham
"Seperti yang pernah di paparkan di blog Pak Haji"
Mug Bola Sepak
Sempena Musim Bola
Masih banyak mug Pepsi yang iaryylr belum dapat,
pelan-pelan kayuh harga pun makin naik, tetapi
ada juga kadang-kadang jumpa juga.

YO-YO PEPSI 2010

Yo Yo Master, Ada Tidak Main Yo Yo Pepsi ?
Yo-Yo Pepsi 2010 ini, terkejar mendapatkan
setelah mendapat info dari Bob Pepsi.
Bayangkanlah Pepsi mengadakan promosi
di beberapa stesen minyak di minggu
yang berlainan dan dengan pemberian
percuma yang berbeza. Memang meletihkan
namun menceriakan setelah memilikinya :) .

PEPSI KEYCHAIN

RANTAI KUNCI EDISI TERHAD PEPSI 2011!
Cepat Sebelum Terlambat! Dapat Sebelum Terlewat!
Memorabilia Pepsi Keychain
Jom kita Zoom dekat-dekat agar mata boleh pakai lama...
Rantai kunci Pepsi ini diperbuat dari bahan besi, ditempa khas
sebagai edisi khas bukan sahaja buat kaki pepsi, malah kaum
kerabatnya seperti 7-up, Revive, Mountain Dew & Mirinda.
Iaryylr agak terlewat sebab baru dapat katalog semalam,
sedang promosi ini telah bermula dari 14 oktober lagi sehingga
3 November 2011... Dapat 1 dari 2 yang ditawarkan.
Rantai kunci ini telah ditempa dengan logo pepsi pada bahagian
depan dan belakang 1 aksi Drogba dan 2 aksi Toress.
Lihatlah saiznya yang agak besar dari syiling 50 sen Malaysia.
Berbaloi rasanya & ada untung jangka panjang....
Best Bro! Best Bro!
.
Koleksi Pepsi - Koleksi Rantai Kunci - Collection Of Key Chains
collezione di portachiavi - Auflistung von Schlüssel-Ketten - Pepsi Koleksi

BEKAS KOTAK ROKOK PEPSI

Bekas Kotak Rokok Pepsi
Sungguh Bergaya.... Pepsi logo lama...
Koleksi Pepsi...

PEMETIK API PEPSI

Pemetik Api Pepsi
Keciknya! kita besarkan sikit! Zoom Sikit...
Ya! inilah pemetik api Pepsi.. ori ke? tidak ke? asal Pepsi!
Pergh! Pepsi pun kena sambar Petir!

TIN MINUMAN PEPSI BAHARU

Tin Keriangan Pepsi 2011
Riang Ria Pepsi 2011


Tin Minuman Pepsi 2011
Selagi boleh riang!
Selagi boleh ria!
Riang Ria Pepsi!
Selagi masih boleh ceria!
Selagi masih boleh bergembira!

Dibawakan khas dari Pattaya & Chonbori Thailand

Sampul Duit Raya Pepsi & Revive

Sampul Duit Raya Dari Aznil
Hari Raya nampak sampul ini dah kronyok
di tepi jalan yang tidak sesak tetapi berhabuk.
Pandang sekejap ke atas fikiran, "mana budak
budak nie dapat? ... ambil isi saja tahu?".
Raya ke empat beraya di 7e, nampak Aznil
tersenyum riang dalam peti Ais!
'Kalau nak dapat Pak Anil kena beli 2 botol
Air pepsi atau revive tau!'
Apa lagi? belilah 2 botol untuk mendapatkan
beberapa keping Pak Aznil dalam palstik lagi!
itulah cerita saya... hu hu hu hu!

GELAS MERINDA PEPSI 5 TINGKAT

GELAS KACA PEPSI DAN MERINDA
Sebelah Pepsi...
Sebelah Merinda...
Mengapa 5 tingkat ya? oooo sebab jalur tu.... .

PEMBUKA BOTOL BERANTAI KUNCI PEPSI

PEMBUKA BOTOL & RANTAI KUNCI PEPSI
Gaya Pepsi!

GELAS PLASTIK PEPSI KFC WARNA MERAH

PEPSI DAN KFC YANG BERSATU
Sebelah Logo Pepsi Lama
Sebelah Logo KFC
Bersama dimana jua!
koleksi gelas plastik pepsi & kfc 2010

TUMBLER PEPSI KFC BLUE

TUMBLER GABUNGAN PEPSI & KFC WARNA BIRU
Sebelah logo KFC
Sebelah Logo Pepsi Lama
Gelas plastik ini ada beberapa warna, agak lama rasanya
telah dikeluarkan. Seronok juga mencarinya.
hobby-collection.blogspot.com
plastic cup, tumbler,plastic glass,drinking cup, collection

GELAS PEPSI 'A NEW GENERATION'

GELAS PEPSI 'A NEW GENERATION'
Gelas yang diperbuat dari plastik ini saya dapat pada bulan
Julai 2010. Waktu dapat dulu memang ada lebih dijual tetapi
3 ini saja antara yang masih cantik & kurang kusam.

PEPSI JEPUN 500ML

AIR TIN PEPSI JEPUN 500ML SETINGGI GUNUNG FUJI
Perbandingan dengan tin Pepsi Malaysia 325ml
Bahagian belakang tin Pepsi Jepun 50oml
Pepsi Jepun ini masuk koleksi waktu membeli-belah di Jepun,
konon saja , sebenarnya beli di Kedai 100 Yen, iaitu kedai
barangan Jepun yang bertapak di Malaysia. Bukan saja Pepsi,
malah barangan air soda lain seperti Coca-cola Jepun pun ada.
Rasanya untuk minum 2 orang bolehlah kalau seorang minum
sampai habis mahu berlubang perut.. tapi orang Jepun O.k saja.
hobi & koleksi Pepsi September 2010

GELAS PEPSI-COLA

Gelas Pepsi-Cola Kontot
Bahagian Depan
Bahagian Belakang
Gelas memang menarik! saya suka kumpul gelas dan adik-beradiknya
seperti cawan & kole. Tidak mengenal plastik, kertas, seramik, kaca...
asal hati sudah tertarik dan poket cukup isi dengan duit. Kalau tidak
cukup duit kenalah tangguh dulu, Tidak akan hendak pinjam Along atau
Ceti. Kadang-kala serentak barang depan mata kenalah pilih-pilih,
fikir-fikir,tenung-tenung sampai juling otak baru dapat keputusan.
Kadang-kala tertanya juga, 'mengapa boleh terjebak dengan hobi ini'.

PEPSI KEY CHAIN - 7-UP WORLD CUP

PEMEGANG KUNCI PEPSI
'PERCUMA!DENGAN PEMBELIAN 2 BOTOL 7-UP REVIVE 600ml!'
Pemegang Kunci percuma berbentuk bola ini ada ditawarkan
dengan 2 warna, biru & putih, tetapi saya dapat warna biru saja.
Ceritanya balik kerja, lepas isi minyak motor di petronas hendak
cari botol pepsi di kedai mesra sempena world cup untuk
melengkapkan set, tetapi terpandang pula iklan tawaran 7-up
yang terselit dalam peti sejuk, apa lagi sambar 4 botol dapat 2
pemegang kunci sebagai penambah koleksi... .
ChentaPepsi tentu suka keychain ini!

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.