Halaman

MUG COLGATE UBAT GIGI ARNAB

GIGI ARNAB PUTIH DAN BERSIH
Ha! tengok arnab itu, pandai hendak gosok gigi...

Mengapa cawan besar ini berada ditanah? apa pun jawapan
disitulah tempat asal sebelum dialihkan ke dalam plastik.
Sebenarnya sewaktu lihat tanah bekas kebun yang telah
diratakan memang meninjau apa yang ada sebab tanah yang
ditambak adalah campuran dari bahan buangan binaan seperti
batu-batan,kayu,besi,kaca,tembikar dlln.Gambar foto memang
tidak cantik sebab camera h/p sudah kelabu asap. Dalam
tinjauan ada jumpa pinggan lama tapi dah pecah, botol minyak
wangi, bateri national, botol plastik dlln, cuma bateri national &
mug saja yang saya ambil sebab itu yang tertarik. Ada juga
terjumpa anak ular tedung sepanjang 3 kaki, baru hendak hempap
dengan batu.., toleh saja sudah ghaib.., mungkin jin agaknya...,
atau anak ular itu telah menyusup ke dalam tanah yang tidak rata
tanpa disedari. Emm, bila direnung-renung gigi arnab itu saya rasa
mungkin mug itu ditanah sebab ada kaitan dengan
arnab yang suka korek tanah....?.
( hobi & koleksi Julai 2010 )

2 ulasan:

  1. Harta karun moden he he Cantik Mug tu..

    BalasPadam
  2. hi hi hi!, harta karun moden, entah bila punya keluaran mug nie pun saya tidak tahu...

    BalasPadam