Halaman

HARTA KARUN PANTAI KELANANG

PANTAI KELANANG BERHARTA KARUN

Indah pemandangan Pantai Kelanang,
Suasana malam tidaklah gerun,
Tempat beriadah memberi ketenangan,
Punca rezeki dan harta karun...

Emm, pantai memang indah tetapi diperjalanan dan kepanasan
di bawah terik matahari boleh membuat kulit ibarat terbakar,
( sun burn ) jangan 'heat stroke' sudah.. pitam nanti.
Kalau kulit saya jadi gelap kena bahang sang suria memang
berbulan hendak pulih. Hari ke dua- ketiga mulalah pedih.

Saya dan isteri telah banyak kali ke Kelanang dan Morib.
Sama ada melihat pemandangan, sekadar serapan pagi,
makan malam atau saja-saja. Tetapi 2 minggu lepas terfikir
hendak melihat harta karun yang terdampar. Mana tahu
ada rezeki. Sebab dulu memang banyak botol old skool
di tepi pantai dan sungai, kalo berani pergi cari di perangkap
sampah sungai, kekadang penuh bertimbul spesis botol plastik
mencecah puluhan atau ratusan selain gabus, sampah sarap..
ada juga mayat.. errrghh. Berbalik di pantai bahkan semua
pantai, kekadang ada juga harta orang mati disitu.

Haa !, cuba lihat botol apakah ini?
Oh! botol pepsi lama rupanya, yang bawah ada sarung
hitam tu, emm kemek hancus keadaanya.. sayang.
Tutup botol dulu diperbuat dari logam, sekarang plastik.
Tertera Pepsi / Open & Reseal

Banyak botol sebenarnya tapi malas hendak ambil gambar
sebab banyak botol generasi baru dan arak, ada plastik ada kaca.. .

Salah satu botol arak....

Jadi jika anda beriadah, lihat-lihat lah sekeliling, mana tahu
bukan setakat botol , malah harta karun mungkin menjadi
milik anda.. ' harta itu Ahmad Albab Yang punya...! '.

3 ulasan:

  1. saya ambil tudung tu sudah, terfikir pulak mengapa tidak ambil botol tu sekali, kalo letak kat lapik kayu dan gantung di dinding , macam berseni juga...

    BalasPadam
  2. tak tau lak pantai kelanang banyak harta karun.kena pg nih.sy tinggal kat kanchong darat banting.

    BalasPadam