Halaman

PEMETIK API PISTOL GUN & ROSES

PEMETIK API GENERASI LAMA
Pemetik Api lama memang berseni, selain rekaannya yang unik
dan ada gaya, juga teknikal teknologi pembuatanya.
Pemetik api atau 'lighter' lama ini masih boleh didapati
dikedai pekan kecil atau kampung. Saya beli bulan 6 yang lepas.
Ada banyak lighter lama yang menarik sebab semuanya boleh
buat tangan gatal hendak membukanya seperti pistol automatik.
Kanak-kanak kalau bapa atau atuk tiada, dia buat main pistol-
pistolan. Best ooo!.., tempat sumbu tu konon-kononnya tempat
peluru, tapi jangan batu pemetiknya hilang.. hilang pun tidak
apa kalau ada gantinya, sebab memang ada dijual.
Inilah bentuk sebenar, kecil sahaja.
Menarikkan? kepada bloger lain, kalau ada lighter lama
atau baru, posting lah, boleh juga saya buat rujukkan.
Sebab pemetik api memang menarik perhatian.
hobi dan koleksi / pemetik api lama/ Jun 2010

5 ulasan:

  1. dulu tahun 70an ada lighter rokok camel warna kuning dengan lambang nya di tengah2.
    Rupanya serupa macam linghter criket yang ada di kedai2 sekarang.
    Dulu tukar 6 kotak kosong rokok camel dapat satu lighter ni .. kalau tak silap lah.
    pakcik aku bangga dapat tunjuk pada kawan-2 nya masa tu.
    ada tak sapa2 simpan?

    BalasPadam
  2. betul tu bro jaki. BR pun pernah memiliki lighter tu. Dulu abang BR hisap rokok camel 'pendek' mmg bersepahlah lighter tu. kotak rokok pun penuh satu beg pakaian. tapi mcm biasalah, terlupa nk simpan..

    kepada ia, teruskan usaha mengorek harta karun hehe.. untuk tatapan anak cucu kini.

    BalasPadam
  3. Bro Jaki & Br, saya tidak pernah nampak lighter tu rasanya, sebab sekeliling saya tidak hisap rokok camel, lagipun saya budak lagi masih tengok kartun kapten future ke kapten o.. , ultraman hayata..

    BalasPadam
  4. kalau ada lebih jualkan kat saya satu

    BalasPadam
  5. Sekarang saya ada 1, tapi nanti kalau jumpa saya simpankan o.k,

    BalasPadam