Halaman

KIPAS TANGAN

Kipas Tangan Hasil 19 Disember 2010
Sudah lama saya ingin mengumpul kipas tangan. Dulu memang
ada Kipas tangan lama baldu bersulam dan bernostalgia yang
diguna pada majlis perkahwinan Ibu & Ayah, tetapi sudah
lebih 23 tahun hilang. Mungkin telah terbuang sewaktu ubah
suai rumah. Ingat lagi saya pada kipas itu yang bewarna
merah dari kain seperti jenis baldu, bersulam corak
menggunakan benang bewarna emas dan ada bulu-bulu
lembut. Kira kipas kahwin dulu-dululah.
Bila teringat kipas dalam seminggu dua ini, ada juga saya
jumpa beberapa kipas tangan dikedai lama atau baru. Ada satu
diperbuat dari kayu wangi tetapi coraknya lebih kurang di
kedai RM2 atau yang kini dibeli mereka sebagai cenderamata
majlis. Maka tidak jadi dibeli. Jalan punya jalan jumpa
pula kipas angin baru yang unik dan berkotak. Bila balik
baru sedar kipas angin ini adalah seperti pemberian percuma.
Yang saya dapat ini kipas baru sebenarnya.
Kena cari 22 lagi kipas berbeza.., baru namanya koleksi.
Jika anda ada memiliki kipas tangan bernostalgia, sudilah
buat entri diblog agar dapat juga ditatap sebagai contoh
dan info. Dapat kipas ajaib Mat Sentul pun ok Juga!.

2 ulasan:

  1. Salam, kipas tangan pulak. Nanti teman cari kipas tangan lama kot ada kat Istanbul nih.

    BalasPadam