Halaman

MUG GUARDIAN HIJAU

Mug Guardian 2010 Percuma? Pada 24/12/2010
Mug no 1 : Mug Think green! Live green!
Mug ini ada 4 corak dengan tema alam sekitar.
Mug no 2 : Recycle today for a better tommorrow.
Mug no 3 : Reduce - reuse - recycle Save our earth!
Mug no 3 : Make a change go green today!

Untuk mendapatkannya percuma perlu berbelanja diGuardian.
Caranya lebih kurang jika tidak silap , berbelanja RM200
dalam 1 resit, Kedua, beli barang jenama Guardian dengan nilai
RM40 dalam 1 resit .Anda juga boleh membelinya dengan harga
kira-kira RM5.98 setelah anda berbelanja diGuardian dengan
jumlah minima RM100 untuk apa jua barang jualan.
Kalau nak beli begitu saja RM19.90
Mug no 1 : think green! live green!
Grafik mentol ini mungkin bermaksud kehijauan memberi
cahaya @ harapan, selagi alam sekitar dijaga selagi itu
ianya menjadi antara faktor kehidupan yang selesa,
maka semakin bersinarlah mentol itu! he he he!.

Bagi pendapat saya mug ini agak mahal kerana ianya 'simple'
Dengan kata lain mug ini seumpama mug biasa dipasaran.
Walau yang demikian mesejnya jelas dan tidak berat. Pilihan
warna secara am bersesuaian tema tetapi sedikit kurang
menonjol, mungkin kerana grafiknya terlalu halus.
Mungkin juga kerana konsep 'ambil berat' membuatkan anda
perlu lebih dekat untuk meneliti apa yang ingin disampaikan.
Kelebihan pada mug ini adalah kerana ianya keluaran
eksklusif dan kemas kerana berkotak.
Terpulang pada pandangan dan individu pada mug ini,tetapi
saya suka mug yang pelbagai jenama dan bentuk. Tiada yang
khusus dan asal ada. Jika mug yang ditawarkan 4, cukuplah
ada 1, perlahan-lahan kayuh dapatlah saya lengkapkan.
Poket pun koyak kalau hendak dilengkapkan sekali gus.
RM19.90 jika beli begitu saja....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan