Anai-anai, serangga yang diam-diam mendiami rumah jangan diabaikan, ada peluang ia bersarang maka rosaklah bahagian rumah dan isi rumah berkaitan.
Anai-anai akan terus mencari peluang untuk bersarang tanpa niat merosakkan kerana sifat semulajadi, namun itulah hakikat yang terjadi, kerosakkan yang kita lihat.
Membasmi anai-anai adalah secara berterusan, jika tidak ia pasti kembali ibarat gali lubang tutup lubang, lubang di gali anai anai, lubang ditutup manusia.
Topik anai-anai adalah berkisar rumah koleksi yg terletak di tingkat atas. Anai-anai, dari lantai ia naik, dari siling ia turun.
Bila laluan utara kita tutup, laluan baru dari barat ia datang, begitulah jika ia datang dari timur mahupun selatan.
Selepas melakukan pengintipan dan pembantaian, kerja-kerja pembersihan bagi melupuskan bukti dibuat dengan berhati-hati. Jika tidak berhati-hati maka senjata kimia mungkin secara senyap merosakkan diri seperti taktikal anai-anai. Bergantung pada keadaan adakalnya 3~4 hari diperlukan untuk pembersihan.