Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label mancis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mancis. Papar semua catatan

Peninju Lagenda pernah singgah di sini...

Kembara Mancis kali ini membawa
Anda ke Negeri Selangor Dan Melaka...
SHAH'S VILLAGE INSTANT MALAYSIA
Koleksi Mancis Lama
SHAH'S GROUP OF MOTELS
PETALING JAYA / KUALA LUMPUR
SHAH'S VILLAGE MOTEL
THE HUT ( CULTURAL CENTRE )
TEL : 774444
inforama
"ALLAHYARHAM Tan Sri P.RAMLEE
dan SALOMA pernah menginap di sini"

"Peninju Lagenda, MOHAMMAD ALI
juga pernah singgah di sini...."
Kini dikenali sebagai
SHAH'S VILLAGE HOTEL
NO: 3 & 5 LORONG SULTAN
46200 PETALING JAYA SELANGOR
TEL : 03-79563922
MALACCA
REST HOUSE
SHAH'S BEACH MOTEL
TANJONG KLING
TEL : 201/2
Kini dikenali sebagai
SHAH'S BEACH RESORT
9km, TANJUNG KLING 76400 MALACCA
TEL : 06-3153121

THE ONE GROUP THAT HAVE THEM ALL
http://hobby-collection.blogspot.com
collection of old matches
SHAH'S VILLAGE, Dimiliki dan dinamakan
sempena Keluarga Dato' H.M. Shah.
Sebuah Mancis keluaran TAM Malaysia.

Persoalannya, bilakah mancis ini
dikeluarkan sebagai souvenir ?

Koleksi Mancis Hotel di Malaysia
Petaling Jaya / Tanjung Kling

6 BUAH HOTEL MERLIN DI MALAYSIA

HOTEL MERLIN MALAYSIA
Dengan 6 Nombor Telefon Istimewa!
( Merlin Hotels In Malaysia )
HOTEL MERLIN KUALA LUMPUR TEL : 203333
HOTEL MERLIN PULAU PINANG TEL : 23301
HOTEL MERLIN KUANTAN PAHANG : 22388
HOTEL MERLIN CAMERON HIGHLANDS TEL : 401
HOTEL MERLIN TIOMAN ( MERSING ) TEL : 83
HOTEL MERLIN FRASER'S HILL TEL : 60274
Wah! berapakah usia kotak mancis ini?
Mana satu pula yang sudah ditutup atau
yang masih gah dan menjadi lagenda.
Kalau boleh iaryylr hendak memiliki
Kotak mancis Hotel Merlin 'Malaya'
itu pun jika ada dan wujud.
Cuba lihat label lama di sini
dan label selepas itu di sini
Mancis ini adalah keluaran TAM Malaysia.
iaryylr masih tidak mendapat maklumat
tentang syarikat pengeluar mancis ini.

Setelah kembara mancis ke Serawak, Kedah,
dan K.L, Selepas ini kita ke mana pula ya?
JOM!
Teruskan bersama dalam rancangan.....
"Kembara Bersama Mancis"

Koleksi Mancis - Koleksi Hotel

HOTEL SAMILA ALOR SETAR KEDAH - Tel : 722344

Jom! Kita Ke Alor Setar Kedah pula!
Boleh menginap di Hotel Samila
27, Jalan Kanchut, Alor Setar Kedah
( zaman belum ada poskod! )
No Telefon Lama Pada Mancis : 722344 
No Telefon Baru : 04-3718888
Kini ada Poskod 05000
Agak uzur kotak mancis lama ini, sudah lama
simpan tapi baru masuk dalam plastik.
Rosak pun kena simpan juga, simpan mancis 
pun ada sasaran walau sekadai santai.

Koleksi Mancis / Barangan Hotel

Aurora Beach Hotel Bintulu Serawak - Tel : 31622

Aurora Beach Hotel Bintulu Serawak
Penginapan Yang Menawarkan kemudahan
*Aurora Coffee House
*Banqueting & Function Rooms
*Cocktail Louge
*Continental Restaurant
*Dip & Sip poolside bar
Aurora Beach Hotel
Beralamat di Jalan Tanjung Batu,
Bintulu Serawak Malaysia
Tel : 31622 ( 10 lines )
Cable : 'AURORA' Telex : MA 73150
Adakah Hotel ini masih beroperasi?

Koleksi Mancis Hotel & Resort
Mancis Malaysia - Keluaran Sincere Match

PARK HOTEL MIRI SERAWAK - TEL : 3761

Hotel Penginapan di Miri Serawak
PARK HOTEL Tel : 3761
Juga terdapat Restoran Kok Chee
dan Kelab Malam, yehaaaa!
Mancis Keluaran Syarikat TAM Malaysia
Melalui pencarian, hotel ini masih wujud dan
menggunakan logo yang sama.
Alamat Terkini
PARK HOTEL
Jalan Raja Miri Serawak
Tel : 6085414555
( Lama Dulu Tel : 3761 )

Hotel Malaya - PATA 1972

Hotel Malaya
Adalah salah sebuah hotel yang terkemuka di ibukota
dan mula beroperasi pada tahun 1966.
Hotel Malaya adalah 1 dari 3 buah hotel yang
terdapat di Kuala Lumpur pada tahun 60'an.
Ianya terletak di Jalan Cecil Kuala Lumpur
dan masih beroperasi hingga kini.
Klik untuk : Sejarah Hotel Malaya
No Telefon pada tahun 1972 Tel : 27721
No Telefon pada tahun 2012 Tel : 20727722
----------------------------------------------------
Suatu ketika dahulu...

Mancis adalah salah satu medium promosi
popular selain rantai kunci, kalendar dan sebagainya
bagi hampir kesemua jenis perniagaan di
seluruh dunia termasuk Malaysia.
Mancis juga telah menjadi salah satu tanda
eksklusif dan ukuran kemajuan perniagaan.
Manakan tidak? kerana mancis juga adalah
satu keperluan  yang tidak boleh dinafikan.

Kini...

Mancis bagai telah dipandang sepi dan hilang
populariti. Ianya tidak lagi mendapat tempat
3 teratas seperti sebelumnya. Semakin kemajuan
dan pembangunan dicapai serta faktor keselamatan
yang dipertingkatkan, maka semakin menurun
penggunaan mancis sebagai medium promosi.
Gaya hidup moden juga tidak lepas menjadi
punca penurunan penggunaan mancis.
-----------------------------------


Mancis Hotel Malaya dan PATA 1972
(Pacific Area Travel Association)
Mancis dua muka ini adalah mancis buatan
Malaysia dan keluaran Syarikat Mancis TAM.
Mancis ini dipercayai telah dikeluarkan pada
tahun 1971, iaitu sebelum persidangan PATA.
MUKA SATU
Tema Persidangan PATA Malaysia 1972.
Persidangan PATA di Malaysia begitu meluas
dipromosikan pada tahun 1972, ini kerana
Negara kita buat pertama kalinya telah diberi
kepercayaan untuk menjadi tuan rumah
persidangan PATA kali ke-21 yang berprestij itu.
PATA bermaksud 'Pacific Area Travel Association'
atau Persatuan Perlancongan Kawasan Pacifik.
Sempena PATA ini juga, Setem, sampul
surat dan syiling peringatan telah dikeluarkan
bagi memperingati hari tersebut.
MUKA DUA
Tema Bangunan Hotel Malaya
Bangunan Hotel Malaya tersebut kini telah pun
berusia 46 tahun. Mancis ini telah dikeluarkan
kira-kira 6 tahun kemudian, iaitu pada 4o tahun
yang lalu. Hotel Malaya, Adakah masih ada mancis?

WHITE HOUSE RESTAURANT PETALING JAYA

Restoran Kuda Putih Petaling Jaya Selangor
Beralamat di Jalan Sultan 32/4 Petaling Jaya
Ada kemudahan penghawa dingin.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan,
Sila hubungi Tel : 53736

Dreamland Merdeka Square

New Dreamland Snack Bar di Merdeka Square
Sejuk, ada air-cond lagi!, makanan dan minuman
sampai  beku, demgan pengunjung turut terbeku!.
Mancis Buatan Malaysia!
Jom kita ke sana!
Sama-sama, sejuk-sejuk dan beku-beku....

TAPIS PADI LAMA

Mancis Tapis Padi
Mancis Keselamatan
Sumbangan : K.K Leong
Tahun : 2009

IBIS HOTEL INDONESIA

Mancis Ibis Hotel Indonesia
Jenis : Mancis Keselamatan
Tema : Hotel
Harga : Free
Sumbangan : En.Hairol Karim

MANCIS BAYGON LINGKARAN NYAMUK

Mancis dari jenama lingkaran nyamuk memang menarik!.
Seperti minum Sarsi guna gelas Sarsi!
Juga dapat dari Amcorpmall pada 13 Feb 2011 RM2.00.
Minggu ini nampaknya entri barang baru dapat saja agaknya.
Hendak korek dalam rumah sendiripun nanti seperti tikus
membaiki labu. Ada ke tikus hendak baik labu? kesian juga
tikus jadi mangsa perumpamaan, he he he!.
hobi dan koleksi mancis Feb 2011

MANCIS ROKOK KENT

MANCIS ROKOK KENT
'NEW SMOOTHNESS CAN BE CHOSEN'
Mancis Keselamatan jenis buku atau 'Book Match'
Mancis jenis ini amat jarang dikeluarkan di Malaysia.
Kebiasaanya yang seperti kita lihat adalah jenis kotak.
Banyak pula lipatannya seperti kotak cd lagu pula.
Kalau dah sekali guna tentu tidak cantik dipandang.
Mancis jenama rokok sememangnya saya kumpul.
Tetapi baru cuma ada beberapa sahaja. Yang ini saya
dapat di Amcorpmall, bernilai RM2!. Masih baru
kondisinya & kalau diikutkan jenama rokok kebiasaan
lebih mahal harganya. Walau yang demikian adakalanya
soal harga bergantung pada budi bicara selain kondisi,
sumber, usia dan sebagainya. Adakalanya juga kita
boleh dapat percuma. Apapun bergantung pada bajet.
Bajet saya kecil pada seisi cari barang di Amcorp Mall
ahad lepas, jadi boleh dapat lebih barang yang seadanya.
hobi dan koleksi mancis Feb 2011

BUKIT TINGGI RESORT SAFETY MATCHES

MANCIS KESELAMATAN BUKIT TINGGI RESORT
Depan belakang pun hijau....
Sumbangan : Ibu Mertua / September 2010

MANCIS KESELAMATAN & LILIN DARI JEPUN

MANCIS DAN LILIN DARI JEPUN
Bukan lilin yang saya hendak, tetapi terpaksa beli pakej sebab
1 set 1 paket. Entahlah apa yang maksud tulisan Jepun yang
tertera, kena tunggu orang mereka yang arif sebab, kalau tidak
baik maksudnya buat apa hendak simpankan?. Saya beli di Kedai
Jepun di mana lagi kalau bukan rangkaian kedai Jepun yang
berada di Malaysia, iaitu Kedai 100 Yen. Macam-macam ada.
Mancis Merah, "Merahnya Mak Ngah! macam zaman dulu!"
hobi & koleksi mancis 14092010

MANCIS GERGASI

MANCIS GERGASI?
Inilah mancis gergasi....
Mancis keselamatan ini sememangnya mancis gergasi yang tidak
perlu dipertikaikan lagi. Walaupun kecil ianya tetap gergasi sebab
ianya mancis keluaran 'giant' sebuah pasaraya besar ... .
Dengan adanya mancis keluaran Pasaraya ini, maka bertambahlah
koleksi mancis baru saya. Bagaimana pula pasaraya lain?
hobi & koleksi 11 Ogos 2010

MARLBORO MATCH BOX

Mancis Marlboro Cowboy
Mancis bagi penggemar Rokok, sesuai buat bergaya
di majlis keramaian atau hari jadi. Lebih Mancho
Jika berpakaian seperti Cowboy... .

KENTUCKY FRIED CHICKEN - MATCHES

"KENTUCKY FRIED CHICKEN - It's finger lickin' good"
'sehingga menjilat jari!'
Bahagian Depan menunjukkan bangunan KFC pertama?
Belakang pula tulisan cina, mungkin maksudnya sama... .
Head Office : 120 Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur Malaysia
Tel: 85436


Kotak mancis keselamatan ini dari KFC, untuk mendapatkannya
memang susah lagi payah, manakan tidak?...saya terpaksa kembali
ke era tahun 70'an dimana KFC pertama dibuka di Jalan Tuanku
Abdul Rahman iaitu pada tahun 1973. Saya kembali dengan
menggunakan ilmu batin meraga masa, peringkat diploma
kejuruteraan teknologi kuantum daun ketum kira-kira 15 tahun
yang lalu, nampak seperti cerita rekaan..tapi sebenarnya kisah ini
memamg benar-benar direka sedemikian ceritanya , he he he.... .
Yang betul cuma kotak mancis itu memeng terlalu lama.....
( koleksi mancis lama iaryylr )

KUM LENG RESTORAN SDN.BHD

KUM LENG RESTAURANT
MALAYSIA KUM LENG RESTORAN SDN.BHD
AIR-CONDITIONED
ALAMAT UNTUK MAKAN MINUM
119,Jalan Pudu,Kuala Lumpur , Malaysia
Mancis : KUM LENG RESTAURANT
Warna : HITAM Saiz : P 55mm x L 35mm
Sumbangan : Ayahanda

Kum Leng Restoran Semakin Maju dan ini
kotak mancis selepas kotak mancis warna kuning.
( Koleksi mancis lama )

KUM LENG RESTAURANT LTD

Kum Leng Chinese Restaurant
Align CenterALAMAT UNTUK MAKAN MINUM
119,Jalan Pudu,Kuala Lumpur , Malaysia
Tel : 82430,83637, 868212
Mancis : KUM LENG RESTAURANT
Warna : kUNING Saiz : P 55mm x L 35mm
Sumbangan : Ayahanda

Mengikut ceritanya Restoran ini memang top di Kuala Lumpur
suatu ketika dahulu, selain terkenal dengan masakkan cinanya
tempat tersebut juga menjadi tarikan pengantin baru untuk
'Wedding Dinner' dan lain-lain. Kini Restoran ini dikenali
sebagai Golden Palace Seafood Restaurant @
Regal Restaurant? di 119 Jalan Pudu Saya tidak pasti adakah
nama tersebut bertukar sebab pindah hak milik lot kedai
tersebut atauatas sebab-sebab lain. Sesiapa ada info...
bolehlah berkongsi maklumat tersebut.
( koleksi mancis lama iaryylr )

BAJA KIMIA UNTUK PERTANIAN - GUTHRIES

KOTAK MANCIS GUTHRIES
Mempromosikan baja kimia jenama 'RED HAND'

"Dapatkan Baja2 Kimia Untok Prindastrian Dari Guthries"
'RED HAND BRAND'
Mancis keselamatan lama, memang lama.., tengok ejaanya..

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.