Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label buku majalah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buku majalah. Papar semua catatan

Malaysia Airlines My First Counting Book

Buku Fabrik Untuk Anak-Anak Kecil di dalam
beg uncang kuning yang gebu.
Gigit pun tidak apa! asal tidak dimakan...
Ada berapa ekor gajah? ada 3 1/2 ...
Ada berapa ekor buaya?
Ada penanda buku ikan yang comel lagi!
Koleksi Malaysia Airlines

Fighter Aircraft Collection - Spitfire

Koleksi Model  Replika Pesawat Pejuang
Model Kereta kebal pun iaryylr tidak terkejar, keluar
pula model pesawat pejuang untuk di kumpul bagi 
mereka yang berminat dengan dunia pesawat atau
dunia peperangan. iaryylr yang wajip kumpul edisi
pertama sahaja sebab faktor kos yang agak tinggi.
iaryylr berpendapat isu pertama berbaloi untuk dimiliki
kerana harganya yang berpatutan. RM9.90 amat sesuai
untuk dijadikan permainan bagi anak-anak, sebagai
permulaan untuk mendalami dunia pesawat tempur,
sebagai langkah untuk kita berfikir dan menilai sama ada
ingin meneruskan pembelian bagi isu seterusnya.
Model kapal terbang ini juga sesuai dijadikan perhiasan
eksklusif di rumah dan di pejabat. Beberapa tahun lalu
ada juga buku model seperti ini dikeluarkan, iaryylr
cuma dapat kumpul beberapa model sahaja. Bezanya
mungkin jenis kapal terbang dan saiznya yang lebih
kecil berbanding keluaran kali ini.
Untuk  isu pertama ini, sebuah model replika kapal
terbang tempur lagenda 'Supermarine Spitfire' dan
majalah dunia kapat terbang akan membawa anda
kembali ke zaman lampau....

DUMEX A Baby's Book

Buku untuk si manja anda....
"Ibu, Ayah, betul ke ikan lumba-lumba
berwarna merah dan ungu?"
Tak kisahlah ditanya bukan kita faham.
Asal dapat Souvenir dari Dumex :) .
Wah ada cermin keselamatan untuk
bayi anda melihat bagaimana tersenyum.
Ada 'target' pula untuk impian bayi anda.
Kalau ditekan pada titik hitam maka
akan mengeluarkan bunyi "pit! pit!"
Ada abjad dan bintang
Beginilah rupanya buku yang diperbuat dari
bahan fabrik, boleh untuk digigit agaknya.
Pun baru dapat juga semalam. Sesuai dijadikan
sebagai hadiah buat kolektor yang baru
jadi Ayah dan Ibu.

MAJALAH VARIASI

Majalah Variasi Jun 2004
Tajuk Utama
'Derita dipaksa Makan Najis Anak'
Antara kandungan lain yang menarik...
'Teknik Senaman Harimau'
'Anak Jadi Hantu Penanggal'

Membaca juga adalah salah satu hobi. Ramai diantara
kita memang suka membaca, dimana-mana juga
akan membaca dengan rela atau terbaca tanpa sengaja.
Baca surat khabar, baca bil elektrik, baca bil kad
kredit, baca buku atau buku baca kita sewaktu kita
tertidur waktu membaca, dan lain-lain yang boleh
dibaca termasuk pamplet pasaraya, atau sewaktu
membuang air besar ditandas awam yang berconteng
dengan berbagai contengan termasuk luahan rasa,
makian, kutukan, sokongan, teka-teki, maksud
tersirat dan sebagainya mengikut apa yang
dikehendaki oleh penconteng yang tidak ingin
dikenali kerana akan malu-malu sendiri.

Panjang juga 'intro' ini, maka dipendekkan entri,
sebenarnya saya juga sangat suka membaca majalah.
Cuma beberapa tahun ini agak kurang. Mungkin
kerana tiada cerita segar?, banyak cerita 'copycat'?,
beralih pada internet? atau gambar muka depan
sebenarnya yang tidak menarik hati? entahlah... .

Berkenaan Majalah Variasi di atas, selain kerana
tajuk utamanya yang segar, faktor lukisan
kulit muka depan yang menariklah yang
membuatkan majalah seperti ini disimpan.

BUKU RESEPI MILO NESTLE

Buku Resepi Milo Percuma Dari Nestle
Dari makanan hingga minuman, Milo boleh jadi peneman.
Perghh! bulan puasa, sungguh segar minum Milo Sejuk!

"Refreshing Recipes"
Minum Milo Badan Boleh Jadi Sihat Dan Kuat!
Foooh! segarnya!

TREASURES OF THE EARTH #1

The Mineral And Gemstone Collection
Collect - Explore - Discover
Sememangnya minat pada batu & mineral adalah
sudah lama cuma tidak aktif. Namun minat
berputik kembali bila nampak Set ini dipasaran
tidak silap pada bulan 5 yang lalu. Apa lagi?
belilah sebab isu nombor 1 berharga RM5.90.
Kira berpatutan sebab selain dapat batu kristal
Amethyst dalam bekas khas, dapat juga kanta
pembesar untuk telek batu. Ada juga peta asal
usul batu yang bersaiz besar.
Terdapat juga helaian-helaian bermaklumat
untuk dijilid dan dibukukan jika terus membeli
isu seterusnya.
Cabaran dalam membeli isu seterusnya selain
dari kos adalah untuk memilih batu yang cantik.
Ini kerana saiz dan potongan yang tidak sama.

2010 SCALE AUTO SPECIAL ISSUE

CONTEST CAR 2010
The Coolest Model-The Hottest Shows-The Best Builders
Replika, model, auto scale, mainan, die-cast atau
apa saja berkaitan kenderaan sememangnya saya
minat mengumpulnya. Walau tidak terlalu tagih
tetapi sikit-sikit lama-lama jadi koleksi.

Majalah Auto Scale edisi khas ini saya belipun
selepas harganya turun setelah lebih sebulan
dipasaran. Jimat sikit, kalau tidak memang
tidak belipun. Terdapat beberapa edisi khas
dikeluarkan, tetapi ini saja yang sempat saya beli
untuk rujukan. Edisi lain seperti edisi khas kapal
terbang dan lain-lain terpaksa dilepaskan
kerana kos. Asal ada satu kira o.klah.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.