2012 PUNYA CERITA
Pinggan Coke CINTA yang menjadi buruan
hanya pada waktu yang singkat. Selepas itu
pinggan coke CINTA mula bersepah di serata tempat.
Kini kesemua corak pinggan ini masih boleh
didapati di beberapa kedai bundle, baru dan
terpakai seperti Merah Tua dan Kuning biru pada
harga RM8.50 ke RM10?. Walau pun harga agak
mahal?, namun masih ramai yang membelinya.
Di pasar karat dan jualan garaj juga pinggan
Coca-Cola ini masih terdapat di jual.
Ada yang membeli hanya pinggan coke CINTA,
ada yang membeli ketiga-tiga corak, ada yang
menambah koleksi, ada yang sebab baru
mengumpul, ada yang hendak pinggan snek
atau makanan ringan yang unik dan ada yang
mencari kerosakkan atau kesilapan pembuatan.
Bila dapat yang berbeza tentu lagi jarang ditemui.
Seperti contoh tone warna yang tidak sama,
cetakan yang senget dan sebagainya.
Walau sudah lama melengkapkan set, dari membeli
banyak air coca-cola untuk mendapatkan
banyak air coca-cola untuk mendapatkan
pinggan secara percuma, memburu, jember, pukat,
jaring, membeli di pasar karat dan jualan
garaj, namun baru-baru ini iaryylr mendapatkan
beberapa keping lagi di sebuah pasaraya.
Mana tidak? beli sebotol dapat sekeping pinggan.
Memandangkan stok air gas pun sudah habis,
Belilah beberapa botol selagi sempat.
Bayangkan 1 tahun telah berlalu namun
pinggan coke ini masih ada dimana-mana.

























