Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label permainan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label permainan. Papar semua catatan

DC SUPER HEROES - SUPERMAN

KOLEKSI FIGURA ADIWIRA
DC SUPER HERO
JUSTICE LEAGUE UNLIMITED
'SUPERMAN'
koleksi figura, figure collection
Justice League Unlimited - Superman
Superman bukan sahaja watak Adiwira yang
terkenal di seluruh dunia malah juga penuh
kontroversi bagi sesetengah pihak.
Apapun kita layan sebentar... .

Ini pula Senarai set lengkap figura Adiwira
Justice League DC Super Heroes Metal Collection
yang dikeluarkan oleh Mattel. Inc pada tahun 2006.
action figure collection
Action Figure Collection
DC Superhero 2006
Superman, Batman, The Atom, Green Arrow, Hawkgirl,
DR. Fate, Green Lantern, The Flash, Aquaman,
Martian Manhunter dan Wonder Woman.

Kadang-kadang bila tak lengkap set, rasa hendak
melepaskannya pula, tapi dah masuk koleksi pula.

( Koleksi Figura / figure collection )

Paper Accordion

AKORDION KERTAS
Permainan alat muzik untuk kanak-kanak.
Permainan lama yang kini tidak dikenali.
Caranya, pegang pemegang kiri dan kanan,
buka dan tutup untuk mengepam angin
bagi menghasilkan bunyi, sambil itu tekan
tutup lobang untuk menghasilkan melodi
yang anda kehendaki.
Anak gajah pun tahu main alat muzik!

Dapat dari Bro Fitri tahun lepas, tapi
baru cuba main akordin ini. Wah! masih
berfungsi dan menghiburkan!.


PERMAINAN DAM ULAR CADBURY

'Permainan Dam Ular Cadbury Tragedi Oktober 2010'
Setahun sudah berlalu...
Panjat tangga nak petik Mangga,
Tergelungsur jatuh badan pun calar,
Jatuh tangga ditimpa tangga,

Kaki pula dipatuk Ular...
Kadang-kala, barang yang baru dapat hendak sangat
di entri segera...., Namun pejam celik pejam celik
ianya mengambil masa yang lama untuk dikongsikan...

'Koleksi Dam Ular iaryylr 2010'

KFC TRANSFORMERS - OPTIMUS PRIME

Optimus Prime "Yehaaa! Jom jom! mari sini!"
( dengan riangnya mereka menjemput! )
"Tengok badan aku ada lampu! lip lap lip lap!"
"O.klah! saja nak tunjuk kat Bumblebee sebelah ni
sebab dia cuma ada sistem bunyi sahaja! he he he"
Bumblebee "Pigidah Optimus! itu pun mau eksyen!"

'Robot Transformers KFC'
Pada 21 Jun 2011, maka lengkaplah set robot
Transformers yang terdiri dari
Starscream, Bumblebee, Ironhide & Optimus Prime.
Apa yang menarik, keluaran permainan Robot kali
ini adalah lebih menarik dari yang terdahulu.
Walau tidak boleh bertukar, namun ianya boleh
digerakkan dan ada lebih fungsi untuk dimainkan.
Robot yang diatas itu anak buah yang punya,
Saya punya dalam plastik lagi, he he he!.

PENGGANTI PERMAINAN DAM ULAR!

PERMAINAN DAM DADU PERCUMA!
tetapi dadu kena beli sendiri.....
Wow! Jom main dam dadu makan dan minum, sekali sekala
kita ganti dam ular. Jika main dam ular asyik kena
panjat tangga & kena patuk ular, tetapi dam makan minum
ini pasti mengeyangkan perut dan menghilangkan dahaga?.
Pada dam ini terdapat bermacam jenis gambar
makanan & minuman segera seperti Twisties, Ribena,
Cadbury, Choki-choki, Vitagen, Snickers, Yupi, Chupa
Chups, Delite,Walls, Dutch Lady dan Belcube.

Saya dapat permainan dam ini dari majalah aktiviti
kanak-kanak edisi pertama "Wira Carrefour" yang diberi
percuma. Keluaran 12 hingga 31 March 2011. Bukan
saja permainan dam, malah terdapat peraduan mewarna,
peraduan "Spot & Win", kupon diskaun dan lain-lain
didalamnya. Percumakan? kaut sajalah... .
"Mars Needs Moms"
ada sesiapa yang dah tonton Filem ini?

YOYO BOLA MILO BRAZIL

YOYO BOLA BRAZIL MILO
Bahagian sebelah menunjukkan bendera Brazil
Bahagian sebelah pula menunjukkan logo Milo
Mungkin ini sebahagian dari 1 set yang tidak dapat saya
pastikan berapakah jumlah bendera yang dikeluarkan.

KERETA POLIS KENA KUNCI

KERETA POLIS PUN KENA KUNCI !
ya tapi mana kunci kereta polis ini?
Oooo! itu dia kunci kereta polis yang perlu diputar.
Kereta polis terbalik pula..., ada tayar tambahan pula!
Kereta mainan kunci yang diperbuat dari plastik.
Walau tidak semahal kereta besi 'tin toy' namun
cukup berharga bagi sesetengah orang.
Jom buat sekatan jalan raya!

CASTANET LAMA ?

Permainan Lama Atau Baru?
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
'Castanet', pertama kali saya bermain 'Castanet' pada tahun 1983,
ada warna merah dan biru, tapi Castanet diatas adalah buatan
Jepun. Menurut orang lama ianya permainan untuk budak-budak
dulu buat bising sahaja. Ianya diperbuat dari logam besi yang
ditempa dengan acuan dan pemetiknya seperti 'balling hoop'
yang dilapisi timah agar tidak berkarat. Terdapat berbagai
bentuk tetapi 3 ini sahaja yang saya dapat. Sebenarnya sayapun
tidak tahu apakah nama sebenar permainan diatas yang bila
dipetik maka ianya akan berbunyi seperti bunyi 'castanet'.
Jika sesiapa ada info, bolehlah kongsi maklumat disini... .

SPONGEBOB SQUAREPANTS - PLAY BUDDY

SPONGEBOB SQUAREPANTS - PLAY BUDDY
Figura Spongebob
SPONGEBOB - MR.CRAB - PATRICK

Hobby And collection - Hobi Dan Koleksi

SPONGEBOB

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.