Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

CERMIN LAMA & HANTU CERMIN

CERMIN LAMA
Cermin serbaguna & mudah alih ini memang top dan praktikal
suatu ketika dulu. Ianya boleh letak di mana sahaja atau
digantung. Digunakan sewaktu menghias diri, terutamanya pada
bahagian muka, menyikat rambut, sapu bedak, memicit jerawat,
mencukur misai, jambang mahupun ketiak dan lain-lain.
Cermin ini terdapat dengan beberapa saiz dan tema dibelakang
cermin seperti gambar bunga, taman, istana & lain-lain.
Yang dalam simpanan saya ini bersaiz 8 inci.
Saya terkejut kucing melihat cermin seperti ini, sudahlah
retak 2, berkarat... dijual pula RM30 di sebuah kedai.

Sebut objek cermin, adakah Anda pernah mendengar akan....
Hantu Cermin?
"Jangan biarkan hidup Anda diselubungi Misteri....."
Hi! hi! hi! hi!!!!
hobby & collection 20 July 2010

LINGKARAN NYAMUK FUMAKILLA VAPE GAJAH

LINGKARAN NYAMUK FUMAKILLA
( entah apa-apa punya koleksi )
Lingkaran nyamuk seperti ini biasa kita sebut ubat nyamuk.
Entah mengapa racun disebut ubat. Lingkaran anti nyamuk
ini memang menjadi kemestian suatu ketika dulu. Dulu, saya
sering menyalakan lingkaran nyamuk cap ikan. Ianya
dinyalakan pada waktu mahgrib atau sebelum tidur.
Berbalik pada ubat nyamuk di atas, ianya adalah lingkaran
nyamuk lama. Bandingkan saja dengan kotaknya di kedai.
Jika tidak silap, ianya dikilangkan pada 1998.

hobi dan koleksi Julai 2010

MISS MALAYSIA / WORLD 2010 eh.. 2002 laaa

COCA-COLA MISS MALASIA / WORLD 2002
COCA-COLA LIGHT
Kurang dari 1 kalori
membeli sambil menderma....
hobi & koleksi coca-cola

SUNQUICK GLASS - YOUR HEALTH DRINK

Gelas Minuman Dari Sunquick
Gelas Kontot
Your Health Drink - Real In Taste - Rich In Vitamin C
hobi & Koleksi Gelas / 14 Julai 2010

GELAS FAJAR KONTOT

GELAS FAJAR
Kelihatan Kucing Pandu Kereta Teko
hobby & collection / glass / 14 July 2010

MAMEE MONSTER STATIONERY SET

Set Alat Tulis Mamee Percuma!
Dengan setiap pembelian 'Combo Pack' istimewa.
Collect All 4 Design Now!
Every stationery set contains one unit of eraser, pencil,
pencil case, ruler, sharpener, timetable & 2 pcs Sticker
Pembelian yang berbaloi rasanya kerana bernilai lebih
kurang RM3 lebih, snek pun dapat 9 bungkus dengan
set alat tulis. Bagi diri saya snek Mamee memberi banyak
kenangan dan pembaharuan dalam industri makanan
ringan kerana, dari mula diperkenalkan, setiap pek pasti
ada sesuatu yang percuma. Antaranya pelekat, mainan,
hadiah misteri,buku pengumpul, dan lain-lain. Mamee
juga secara tidak langsung mendidik kanak-kanak bukan
sahaja suka makanan ringan tetapi juga mendidik tabiat
berhobi dan berfikiran kreatif dengan setiap 'free gift'.
'Mamee.. Ranggup & Menyelerakan!'
hobi & koleksi / alat tulis / 15 Julai 2010

CARI BARANG LAMA 14 JULAI 2010

Hasil pencarian santai, jalan atas lantai, jauh dari pokok petai
Cari-Cari di kedai barang terpakai, pasaraya & kedai
dapat juga sedikit-sebanyak barang untuk tambah
koleksi. Dapat juga gelas, kole, pelita, bekas minuman
dan mangkuk. Kalau tidak cari macam ketagih pula
nanti.. dapat 1,2 pun jadilah. 15 & 16 Julai pun saya cari
barang-barang baru yang percuma. Ada yang saya perlu
beli untuk dapat barang percuma, yang tidak payah
beli barang tapi tetap dapat barang pun ada juga. Ada juga
cara tanpa wang tapi sambil dapat minum dan isi perut
sikit, kalau isi banyak nanti tambah buncit pula saya.. .
Akan saya ceritakan hobi yang mungkin sudah dibuat
orang ini, di catatan akan datang... .

KOLE 7-UP 2010 PERCUMA !

MUG 7-UP 2010 EDISI TERHAD PERCUMA !
Minggu lepas saya pergi Pasaraya Gergasi tiada pula promosi
7-UP, kelmarin 14 julai, setelah keluar selepas membayar
barang dibeli, bergegas saya masuk semula selepas mendapati
terdapat kole 7-up di costumer service. Itu pun sebab isteri
perasan, jika tidak melepas. Sebenarnya Kole ini ada dua biji
di situ, tetapi tinggal satu sahaja kerana tangkainya pecah.
Untuk mendapatkan ini kole secara percuma, Anda perlu
membeli 3 botol 7-Up 1.5 liter dan tunjuk resit bayaran.
Tetapi adalah lebih baik bertanya dahulu pada petugas di pusat khidmat
pelanggan pasaraya atau jenguk jika ada dipamer di rak barang percuma.
Kalau tahu awal-awal, Raya nanti sudah tentu minum 7-up saja... .

MUG POWER ROOT PEARL CAFE

MUG PEARL CAFE KAUM HAWA
Percuma! Sementara stok masih ada, dengan pembelian
Pearl Cafe Premium Gold - with Columbia Arabica
Kopi Pracampur dengan Oligofruktosa dan Kolagen
Terdapat dua warna merah & biru. Jika dicampur Mug Ali Cafe
bermakna kesemuanya ada tiga mug grafik berbeza.. .
Kelmarin 16 julai, singgah pasaraya gergasi untuk cari barang
koleksi , fuyoh! power root rupanya ada tawaran promosi untuk
produk alicafe & pearl premium gold dengan harga lebih kurang
RM10... biasa RM13 lebih... apa lagi sambarlah untuk dapat mug
Ali cafe lagi dan mug Pearl cafe merah , sebab warna biru sudah
habis. Tetapi lupa pula sampai bila tawaran harga rendah,
semalam di Aconmart pun masih harga rendah dari biasa... .
Untuk pengetahuan,setiap pek mengandungi 15 peket kecil x 20g,
Kalau mug boleh jual RM5 bermakna saya berbelanja RM5 sahaja.
Kononnyalah......
http://hobby-collection.blogspot.com

COCA-COLA DI TGV

FREE COCA-COLA FIFA WORLD CUP LANYARD
WITH EVERYBIG BLAST SET

TOY STORY 3 & FRASER & NEAVE DI TGV

TOY STORY 3
Masih ditayangkan di pawagam, tetapi tidak pasti
masih adakah pop corn combo untuk pengumpul fraser and neave.
Kalau promotion di ioi puchong untuk tawaran
'COLLECT LIMITED EDITION "TOY STORY 3" PREMIUMS!'
beberapa minggu lepas semua dah habis.. .

FRASER & NEAVE GLASS - SAF DISPLAY

GELAS F&N LAMA
Gelas lama tapi baru dapat bulan ini. Ada sesiapa tahu
apa itu 'SAF DISPALY'?, adakah 'Special Action Force' ?,
atau 'Singapore Armed Forces'?, 'Ssaintt Arabian Farms'?
'Stand Alone Films'?,'Sydenham Arts Festival'?,
'Sukan Antara Fakulti'?... ngatuklah fikir!.
hobby & collection / gelas fn / 7 julai 2010

BOTOL SUSU KACA

BOTOL SUSU KACA LAMA JENAMA EVENFLOW / BOTTLE CONFIG
Botol susu kaca ini adalah botol susu lama?, tetapi saya tidak tahu usianya.
Ukuran isipadu untuk botol ini adalah sehingga 240' cubic centimeters'
atau sehingga 8 'ounce'. Botol susu kaca Jenama Evenflo ini adalah buatan
Amerika. Keluaran botol susu jenama Evenflo terkini lebih bewarna-warni,
namun demikian pengeluar produk ini mementingkan kesihatan bagi
penyusuan bayi. Sebenarnya bukan semua Botol susu kaca itu barang lama,
Ini kerana botol susu yang diperbuat dari kaca masih dikeluarkan hingga kini.
Evenflow juga masih mengeluarkan produk botol susu kaca.
Sila rujuk http://www.evenflo.com/category.aspx?id=44 .
Kalau hendak tahu, mungkin putingnya boleh dijadikan rujukan... .
Sayapun tidak kisah lama atau baru, asal kaca, nak lagi lama nanti
ada juga botol susu pisang dan kapal selam dipasaran barang lama.
Ada juga botol susu plastik jenis yang unik, cuma belum saya miliki.

TIN ROKOK SAAT - JENAMA MALAYSIA

BEKAS ROKOK MODEN
EDISI KHAS
Bekas Rokok Baru - Akhir 2009 ~ 2010, keluaran Jenama Saat.
Tertera Amaran 'Rokok Penyebab Penyakit Gangren'.
Ini adalah tin rokok yang telah disumbangkan kepada saya,
dulu memang saya hendak kumpul 1 set tapi tidak dapat juga.
Tidak bersungguh & Kekadang banyak alasan sebenarnya... .

MUG GAS UNION

MUG GAS UNION
Bersaiz seperti cawan minum berlapik tetapi yang ini saya
tidak tahu sama ada ianya berlapik atau tidak.
Oleh kerana sudah ada cawan gambar tong gas, maka lepas
ini saya hendak cari sedikit sebanyak barang berkaitan gas ... .
Kesian cawan ini tiada kawan nanti.. .
hobby & collection / mug / 11 July 2010

PEMETIK API ALLADDIN PIALA DUNIA siri 2

Maka dengan ini lengkaplah kesemua 10 pemetik api...
The Ultimate Goal - The Road To Glory

PEMBUKA TIN DAN BOTOL JENAMA AYAM BRAND

PEMBUKA TIN DAN BOTOL JENAMA AYAM BRAND
Pembuka tin tangan mudah
Saya tidak tahu bila ianya dikeluarkan
Selain boleh digunakan sebagai pembuka tin sardin boleh juga
buat buka botol minuman jenis tudung. Pada sesiapa yang ada
tabung Ayam Brand 50th Merdeka, boleh juga buka tin
dengan pembuka tin ini. Ada sesiapa ada info?
hobi & koleksi / pembuka tin & botol / 9 Julai 2010

GELAS MOTOSIKAL YAMAHA

Gelas Lama Tema Motosikal
Gelas ini saya beli di Arcopmall, ada kira-kira 6 gambar
motor yang berbeza seperti moto guzzi, Yamaha, Suzuki dan
lain-lain. Tetapi saya beli satu sahaja.
hobi & koleksi / gelas / 11 Julai 2010

MARLBORO ASHTRAY

BEKAS HABUK ROKOK BERJENAMA MARLBORO
Sewaktu saya meninjau di Lan Antique Collection, saya pun
terpikat dengan tempat habuk rokok ini, cuma fikir-fikir
untuk buat keputusan sebab saya bukan perokok. Tetapi
apakan daya, saya suka barang lama.Apa lagi, sambarlah.. .
hobi & koleksi/ashtray/11 julai 2010

DULANG TEMBAGA 'RING BRAND'

Dulang Tembaga 'Rings Brand'
Dulang ini 'made in Hong Kong'. Berada dalam simpanan lebih
15 tahun. Dulang ini boleh dijadikan hiasan atau apa saja.
Saya kurang menjaganya sebab itu kondisinya kurang baik.
Dulang ini ada beberapa jenis, tetapi tidak tahu kemana perginya.
Ayah dapat dari pemberian majikan, tidak tahulah majikannya
sudah simpan berapa lama... .

TABUNG SARDIN AYAM BRAND 50TH MERDEKA

TABUNG TIN SARDIN AYAM BRAND
apa jenis ikan pun kita panggil ikan sardin juga...
Ikan Mackerel Dalam Sos Tomato
Setelah Tabung Ayam Brand, keluaran khas buat pengumpul dan pengguna
produk Ayam Brand, sempena 50 tahun Negara Merdeka dari penjajah
1957-2007. Dipersembahkan oleh pengumpul2 diblog masing-masing
sebagai info berguna kepada semua, maka kini giliran saya pula
menghangat kembali. Ya, tabung ini saya baru dapatkan dari
Lan Antique Collection pada ahad lepas bersamaan 11 Julai 2010.
Saya memang idamkan tabung ini agak sekian lama.
Sardin Ayam Brand juga termasuk dalam barang koleksi kerana
ianya jenama yang dipercayai sejak 1892. Waktu dulu mungkin 2
jenama ikan sardin tin sahaja dipasaran, tidak seperti sekarang.. .

Sebut pasal ikan sardin tin ini, teringat saya keluaran ikan sardin tin jenama
SUDI, yang tidak lama berada dipasaran pada tahun 1992 . Jenama itu
menjadi ingatan kerana tidak silap saya ianya keluaran syarikat penyanyi
terkenal yang tidak asing lagi dan telah kembali ke rahmatullah. Beliau
yang saya maksudkan adalah Allahyarham Dato'Sudirman Hj. Arshad.
Pada tin sardin itu tertera wajah beliau sama seperti di Tin Soda Sudi
yang meletup dipasaran. Bangga saya minum air Sudi.
hobi & koleksi / tabung / 11 Julai 2010

BATERI LAMA NATIONAL

NOSTALGIA BATERI LAMA
Bateri jenama National dan lain-lain pernah saya kumpul, tetapi
bila fikir bahaya dan perlukan penjagaan, saya membuangnya.
Kini terdapat cara menjaganya tetapi Jenama ini sudah tiada lagi.
Namun hasrat hati ingin mendapakannya termakbul juga walau
kondisinya 35% rosak. Bateri jenama ini sering digunakan pada
lampu suluh atau radio, kalau saiz AA pada jam atau walkman.

Dulu tidak banyak jenama bateri seperti sekarang, dan sekarang
bateri sebegini pun tidak selaku dahulu. Pasti anda ada nostalgia
atau terpalit kenangan bersama Bateri National... .

PEMETIK API PISTOL GUN & ROSES

PEMETIK API GENERASI LAMA
Pemetik Api lama memang berseni, selain rekaannya yang unik
dan ada gaya, juga teknikal teknologi pembuatanya.
Pemetik api atau 'lighter' lama ini masih boleh didapati
dikedai pekan kecil atau kampung. Saya beli bulan 6 yang lepas.
Ada banyak lighter lama yang menarik sebab semuanya boleh
buat tangan gatal hendak membukanya seperti pistol automatik.
Kanak-kanak kalau bapa atau atuk tiada, dia buat main pistol-
pistolan. Best ooo!.., tempat sumbu tu konon-kononnya tempat
peluru, tapi jangan batu pemetiknya hilang.. hilang pun tidak
apa kalau ada gantinya, sebab memang ada dijual.
Inilah bentuk sebenar, kecil sahaja.
Menarikkan? kepada bloger lain, kalau ada lighter lama
atau baru, posting lah, boleh juga saya buat rujukkan.
Sebab pemetik api memang menarik perhatian.
hobi dan koleksi / pemetik api lama/ Jun 2010

HARTA KARUN PANTAI KELANANG

PANTAI KELANANG BERHARTA KARUN

Indah pemandangan Pantai Kelanang,
Suasana malam tidaklah gerun,
Tempat beriadah memberi ketenangan,
Punca rezeki dan harta karun...

Emm, pantai memang indah tetapi diperjalanan dan kepanasan
di bawah terik matahari boleh membuat kulit ibarat terbakar,
( sun burn ) jangan 'heat stroke' sudah.. pitam nanti.
Kalau kulit saya jadi gelap kena bahang sang suria memang
berbulan hendak pulih. Hari ke dua- ketiga mulalah pedih.

Saya dan isteri telah banyak kali ke Kelanang dan Morib.
Sama ada melihat pemandangan, sekadar serapan pagi,
makan malam atau saja-saja. Tetapi 2 minggu lepas terfikir
hendak melihat harta karun yang terdampar. Mana tahu
ada rezeki. Sebab dulu memang banyak botol old skool
di tepi pantai dan sungai, kalo berani pergi cari di perangkap
sampah sungai, kekadang penuh bertimbul spesis botol plastik
mencecah puluhan atau ratusan selain gabus, sampah sarap..
ada juga mayat.. errrghh. Berbalik di pantai bahkan semua
pantai, kekadang ada juga harta orang mati disitu.

Haa !, cuba lihat botol apakah ini?
Oh! botol pepsi lama rupanya, yang bawah ada sarung
hitam tu, emm kemek hancus keadaanya.. sayang.
Tutup botol dulu diperbuat dari logam, sekarang plastik.
Tertera Pepsi / Open & Reseal

Banyak botol sebenarnya tapi malas hendak ambil gambar
sebab banyak botol generasi baru dan arak, ada plastik ada kaca.. .

Salah satu botol arak....

Jadi jika anda beriadah, lihat-lihat lah sekeliling, mana tahu
bukan setakat botol , malah harta karun mungkin menjadi
milik anda.. ' harta itu Ahmad Albab Yang punya...! '.

MUG COLGATE UBAT GIGI ARNAB

GIGI ARNAB PUTIH DAN BERSIH
Ha! tengok arnab itu, pandai hendak gosok gigi...

Mengapa cawan besar ini berada ditanah? apa pun jawapan
disitulah tempat asal sebelum dialihkan ke dalam plastik.
Sebenarnya sewaktu lihat tanah bekas kebun yang telah
diratakan memang meninjau apa yang ada sebab tanah yang
ditambak adalah campuran dari bahan buangan binaan seperti
batu-batan,kayu,besi,kaca,tembikar dlln.Gambar foto memang
tidak cantik sebab camera h/p sudah kelabu asap. Dalam
tinjauan ada jumpa pinggan lama tapi dah pecah, botol minyak
wangi, bateri national, botol plastik dlln, cuma bateri national &
mug saja yang saya ambil sebab itu yang tertarik. Ada juga
terjumpa anak ular tedung sepanjang 3 kaki, baru hendak hempap
dengan batu.., toleh saja sudah ghaib.., mungkin jin agaknya...,
atau anak ular itu telah menyusup ke dalam tanah yang tidak rata
tanpa disedari. Emm, bila direnung-renung gigi arnab itu saya rasa
mungkin mug itu ditanah sebab ada kaitan dengan
arnab yang suka korek tanah....?.
( hobi & koleksi Julai 2010 )

PEMETIK API ALLADDIN PIALA DUNIA

ALLADDIN LIGHTER'S
10 REKA BENTUK EDISI KHAS ALLADDIN PIALA DUNIA FIFA
Tetapi saya baru dapat 5 sahaja... .

Boleh didapati di semua Pasaraya Giant di Seluruh Negara.
( hobi & koleksi 2010 )

'CALIPER' ALAT UKUR LAMA

PENGUKUR DIAMETER LUARAN & DIAMETER DALAMAN
Diperbuat dari logam tembaga, berusia lebih 20 tahun.
Sumbangan Sifu Supervisor yang telah pencen... .
( hobi & koleksi 2009 )

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.