Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Minuman Soya Yeo Hiap Seng

Musim panas kembali, tekak pun asyik kering
sekering ikan kering yang bergantungan.
Apa yang di cari selain air tebu & air kelapa?
Sudah tentu air soya yang menyegarkan...
Jom minum sebotol air soya!

Mug KOPIKO Brown Coffee

Mug Kopiko 2011
Mug Kopiko ini iaryylr dapat pada Disember 2011.
Namun minggu lepas masih ada di pasaraya.
Memandangkan stok kopi pun sudah habis,
maka belilah lagi sebungkus Kopiko.
Yang menariknya, kali ini dapat 2 mug pula.
( Koleksi Mug )

Mug Super Power 'Soy Milk'

Kole 'Super' Percuma dengan pembelian
Susu Soya Segera 'Soy Milk'.
Mug kaca yang jernih ini agak retro
bentuknya, juga sedikit pelik.
Dengan ini sesiapapun boleh tahu apa yang
anda minum, dan anda lebih tahu apa yang
sedang anda nikmati...

Kellogg's CORN FLAKES

Setelah mendapat info dari Blog Bro Spallan,
maka iaryylr pun telah berjaya mendapatkan
4 Keping Kellogg's Fridge Magnet edisi terhad
Untuk di simpan bersama kotak edisi terhad.
Sayang sekali tiada kotak yang sempurna,
memandangkan pelekat tambahan yang
akan merosakkan jika ditanggalkan.

Apa pun yang penting adalah souvenir
nya yang menarik untuk dikumpul.
Ada 4 keping kesemuanya disertakan sekali
dengan pembelian 2 kotak Kellogg's.
Tidak silap ini hasil tahun lepas, 2011 :) .

Maggi Extra Delicious Fridge Magnet

'Maggi Xtra Delixious'
Memo pad bermagnet dengan pen istimewa.
Pen Maggie yang kuning berseri :)
dengan dakwat hitam yang boleh dipadam :)

Vending Machine Placement Proposal

Ada sesiapa perlukan mesin air layan diri?
Dengan banyak pilihan rasa...
Tetapi ada terma dan syarat.
Jom minum!

NESTLE MILO GO FUTHER!

Papercup Milo - Go Futher!
Papercup ini dapat dari kedai minum di pasaraya.
Kalau minum 2 kali pasti perut tidak menyanyi.
Tema : Nestle Milo Go Futher!
Kod : 3 / Golden Cup / DPE16

Beg Sukan Milo

Beg Sukan Milo
Energise your day!
Beg sukan sebegini tidak silap iaryylr
hanya ada 2 dalam simpanan. Cuma yang
ini lebih besar tetapi sama mantap!
Kita bandingkan dengan mug milo.

Sebekas 1 Sen Dari Alam Nyata

Sewaktu 1 sen di era kegemilangannya,
di dalam bekas inilah empunya menyimpan
setiap 1 sen yang diperolehi .
Tidak kira 1 sen dari baki bil api, baki bil air
atau baki dari berbelanja apa saja.
Bekas ini bagai anak kecil yang sentiasa
ingin bermanja untuk disuapkan.
Apa pun kisah lalu, kini ianya telah menjadi
milik iaryylr dengan maharnya segelas
minuman sejuk yang berperisa.

Terima Kasih En.Shamsi.

Beg Bola Hotlink

Beg Kasut dah dapat, Beg Bola pun dah punya.
Ini hasil promosi yang lalu, sudah tidak
Hot lagi.... Mungkin akan lebih Hot
kalau iaryylr dapat free dari Hotlink
dan tidak perlu bersusah-payah terkejar
sana dan sini, beli dan jual semula top-up
untuk mendapatkan souvenir.
Maxis Hotlink 2011

KONFEKSI SEJUKBEKU, NAMA BAND MILO?

"Konfeksi Sejukbeku" sebenarnya bukanlah nama
kepada band muzik alternatif yang di asaskan
oleh peminat Milo walau nama tersebut sesuai
dijadikan sebagai nama kepada band muzik.
Konfeksi Sejuk Beku Milo sebenarnya adalah
Aiskrim Milo berperisa Milo yang sedap
dimakan pada sebarang waktu selagi
ada keinginan dan boleh menikmatinya.
iaryylr simpan bekas aiskrim ini sebagai koleksi
'paper cup' memandangkan ianya silih berganti.
Bekas aiskrim ini untuk kandungan 3.5 oz.
Paper cup dan lid kadbod ini dibuat oleh Aladdin.
Kalau Anda hendak kumpul 'paper cup' pun
boleh, kumpul bekas aiskrim pun sama,
kumpul milo pun menarik juga :) .

NeStLe MiLo NuGgEtS

Nuggets Milo Dari Nestle
100 tahun Nestle di sisimu ...
Ada lagi gelas plastik berkaki atau tumbler
Milo Nuggets, tetapi yang ini tidak bertutup.
Hasil selepas dapat info dari Bro Nikths.
Paten seperti ini memang pernah dikeluarkan
tidak lama dulu, cuma yang ini agak
besar dan lebih mantap.
Buat milo sejuk dan campurkan nugget
milo ke dalamnya. Untuk lebih 'kick'
taburkan serbuk milo di atas minuman.
Maka tenggelam timbul kesemuanya
dengan ais batu yang menyejukkan... .

Sempena 100 Tahun Nestle Di Sisimu

Milo Nuggets Buat Hal Pula!
Ya! Bekas Milo Nuggets 8" tinggi x 5" lebar
Untuk anda tersenyum lebar
dan mengurangkan wajah hambar.
Pakej 3 dalam 1, Kotak khas , Nuggets Sedap
& Bekas Nuggets yang serbaguna, boleh
buat isi jajan, isi air atau isi apa-apa saja.
Bekas dari bahan plastik yang tidak
elastik tetapi sungguh fantastik.
Sememangnya Souvenir Milo sentiasa
lain dari yang lain, itu yang menarik
dan buat tertarik sebab ada daya penarik.
Cuma yang ini seperti berpelekat.

Nescafe Latte Style

Nescafe Kopi Susu Baharu!
Tudung Hitam Nescafe...
Memang sedap minum kopi ais Nescafe
'Latte Style' ini, cukuplah sebotol kerana
harganya setaraf rasanya, hu! hu! hu!

Scott's Emulsion

Adik-adik suka Scott's Emulsion Tak?
Pernah nampak botol kaca Scott's Emulsion Tak?
Tidak mengapa sebab hari ini Abang merangkap
Cikgu Lukisan ingin mengajar Adik-adik
melukis, mewarna dan bergembira....
Tetapi sebelum itu Adik-adik perlu pastikan
memiliki pensil warna krayon Scott's Emulsion.
Mempunyai buku mewarna 'Scott's Emulsion
World Colouring Fun Book'.
Juga Puzzle Scott's Emulsion
Juga tidak ketinggalan set pelekat Scott's Emulsion.
Jadi jika Adik-adik tidak ada keperluan diatas,
bagaimana Abang merangkap Guru Lukisan
dapat mengajar Adik-adik mewarna?

Beg Maxis Broadband?

Beg Pinggang Maxis
Boleh buat isi h/p dan sebagainya.
Sungguh bergaya digayakan di khalayak
ramai serta majlis keraian & di mana jua
anda berada asal jangan tiada :).

DUIT ROSAK DARI MAYBANK

Duit Rosak Dari Maybank
Selalukah anda dapat duit rosak dari
mesin ATM? Amboi! kalau lusuh sikit
pandai pula mesin memilih :)
Yang Pasti saya sudah lebih 6 kali. Yang ini di
Shah Alam... kesilapan manusia dan bukan
mesin. Dulu lagi cantik, di ATM Maybank
klang, beberapa keping not 50 koyak yang
telah di tampal. Memang mudah orang
cakap tukar saja di bank, tapi sedia
maklum. Takkan sebab sekeping 2
kita nak bersusah payah... . cuma harap
kemana duit ini seterusnya berlegar.
Kedai kampung dan pekan susah nak
terima duit rosak. Mungkin pasaraya
sahaja yang boleh terima :). Sepatutnya
pertukaran wang kertas yang rosak lebih
mudah di uruskan pihak bank sebagai
satu perkhidmatan?.

MALAYSIA AIRLINES

Pemasangan Kapal Terbang MAS?
Teringin terbang di awan biru?
awan kelabu bagaimana?
Gambar berbingkai dari sebuah kedai. Dulu
pun iaryylr pernah nampak gambar seperti ini,
tetapi entah di mana, oleh itu jadilah ia sebahagian
koleksi yang menarik dan bernostalgia.
Ya! kita gantung saja di dinding rumah.

Keganasan Untuk Semua...

Keganasan Untuk Semua...
Hotwheels Sting Rod
Kenderaan bersenjata dan berperisai
yang menggila dan ditakuti ramai,
Andailah ini kenderaan rasmi polis?
Pasti sekatan jalan raya pun tidak
mampu menghalang...
Kenderaan bersenjata buatan Malaysia
Kereta lengkap bersenjata dengan
mesin gun, peluru berpandu
dan bom jalanan...
inilah keganasan berganda yang
sungguh membahayakan nyawa.
Hot Wheels Sting Rod 2
Inilah Hot Wheels 2011 siri
'HW VIDEO GAME HEROES'
226/244
'STING ROD 2'
Ya! keganasan untuk semua!

"Jangan berani-berani hendak
memotongnya di jalan raya, kelak
anda yang akan merana..."

Ancasa Hotel - Ancasa Resort - Ancasa Spa

Ancasa Hotels & Resorts Malaysia
Pensil Hotel & Resort
Pensil berwarna hijau dan belum
di asah pastinya lebih tahan lama.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.