Van oh! Van Milo!
9 hari selepas kaunter penebusan dibuka, iaitu 6 hari
waktu bekerja, Van Milo Edisi Jun telah diwartakan
kehabisan Stok. Berita ngeri ini telah disampaikan
oleh Bro Rosly Jaafar pada saya menerusi panggilan
kecemasan yang saya sangkakan panggilan hangit.
Menurut beliau berita sedih itu diwartakan di koran
berita minggu .Melilau juga mencari koran yang
sudah terlalu lama tidak dibeli. Keluarlah RM2
semata mencari kesahihan dan kebenaran
di hutan kepalsuan.
Ya!, seperti yang dinyatakan pada salinan koran
di atas, Van Milo edisi Jun Kehabisan Stok!.
Malang bukan penghalang, maka terpaksa ambil
cuti 1/2 hari pada khamis 14 Julai 2011 untuk
ke Pusat Penebusan Serta Merta di Taman Mayang
Petaling Jaya. Hampir 2 jam tersesat baru tiba
di destinasi. Mujur ada 1/2 jam lagi sebelum
kaunter ditutup pada jam 5 petang.
Apakan nasib belum rezeki, sememangnya Van
Milo bulan Jun Sudah Kehabisan Stok!.
Mujur yang habis walau terkecewa cuma stok
van bersaiz besar, stok bersaiz mini masih
banyak lagi berlori. Hendak buat bagaimana?
Rembat sahaja van mini bagi melengkapkan set.
Dapat satu tut-tut Milo!.. saiz mini
Dapat 1 Van Milo!.. saiz mini
Saya pasti stok lori bulan Jun yang bersaiz besar
pasti ada lagi untuk penebusan tetapi cuma pada
bulan 8, ini memandangkan pusat penebusan
serta-merta di pasaraya besar belum lagi bermula.
Musykil rasanya bila memikirkan akan kolektor
di negeri-negeri lain bagaimana pula?.
Saya bertanya pada petugas bagaimana boleh
saya dapatkan lori bulan Jun yang bersaiz besar,
jawabnya dipusat penebusan di pasaraya... .
Masih ada peluang lagi nampaknya! he he he!
Jom tebus di pasaraya nanti! yehaaaaa!