Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label mug. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mug. Papar semua catatan

TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION #1

"TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
Bilakah peperangan ini dapat ditamatkan?
Perang robot atau mahluk asing?
Cukuplah semuanya angkara manusia....
"TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
"TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
 Kerana manusia juga robot rebutkan ubat gigi!
Walau robot tidak bergigi!.
Kita ada gigi, ada gosok gigi atau tidak?
TRANSFORMERS "AGE OF EXTINCTION"
 Atau beli ubat gigi semata-mata nak dapatkan
KOLE TRANSFORMERS PERCUMA!
Koleksi Kole "TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
Kole EDISI TERHAD ini adalah
PERCUMA!, dengan pembelian 2 kotak ubat gigi
Darlie Enamel Protect 200 gram.

iaryylr baru dapat 1 kole sahaja buat permulaan.
Mug "TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION" Mug
Ada dua pilihan antara Bumblebee dan Optimus Prime,
iaryylr pilih "OPTIMUS PRIME"
Promosi Darlie "TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
Promosi untuk kole ini dipercayai hanya di pasaraya terpilih,
ini kerana terdapat 3 lagi corak kole TRANSFORMER
di lokasi lain yang turut mengancam kolektor, kaki mug,
TRANSFORMER dan souvenir.

Di sebuah pasaraya besar, sekejap sahaja 3 kotak kole
"TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
habis di tebus pembeli ubat gigi Darlie 


Apapun rehat dulu, tak mahu tergesa-gesa untuk
melengkapkan set, mana tahu esok lusa terjumpa
di pasar karat, tak ada ubat gigi untuk souvenir tak apa
asal dapat minimakan kos. 

FRISKIES PIALA DUNIA 2014

"FRISKIES"
Satu Cawan Si Comel
Bagai sempena deman bolasepak,  semuanya tentang bola.
Tidak ketinggalan Frikies dengan souvenir cawan atau
mug berbentuk kucing dengan tema bolasepak.
Ada 3 reka corak yang ditawarkan, mungkin
Si pengadil, Si pemain bola dan Si peminat yang
mengganggu sewaktu perlawanan berlangsung!.
Koleksi Friskies / Mug
"Saya bukan masuk padang nak minta tandatangan pemain!,
tetapi nak tandatangn Encik pengadil yang comel!"

Itu dia! baru dapat satu sahaja, cukuplah dulu, bajet.
Mug ajaib atau dua alam, diterbalik jadi mug,
"Koleksi Mug"
Diterbalik jadi Kucing!
Friskies Cawan Si Comel
 Sudah diterbalik jadi kucing betina, maka Si kucing jantan
belaan pun mula datang nak berkenalan.
Koleksi Demam Piala Dunia "FIFA WORLD CUP"
Memang menarik!, sebab berkotak, benilai, kurang
risiko untuk disimpan dan cantik untuk dipamer.

"Koleksi Mug"

Mug INDOCAFE Merah

Kole Merah Ramping
Mug Indocafe edaran di Malaysia
Kole ini adalah adalah keluaran promosi hujung tahun 2013.
Dapat seperti biasa dengan pembelian produk Indocafe.
Tak dapat dipastikan adakah cuma satu warna atau
sebaliknya. Tentu menarik jika pelbagai warna.

Julie's FREE Big Mug #4

'Baked with LOVE'
Kole percuma, siapa tidak mahu?
Percuma dengan promosi dari Julie's
4 kole besar dengan corak bertema kekeluargaan
untuk dikumpulkan. Setiap satu percuma dengan
pembelian satu tin biskut beraneka.
Selagi Stok Masih Ada!.
Bukan sahaja dapat Kole percuma, malah
tin biskut ini juga boleh dijadikan koleksi!.
Tin Biskut Julie's
Tawaran ini telah dicetak terus pada tin biskut,
mungkin sebagai daya tarikan dan memastikan
souvenir tersebut sampai kepada pembeli.
Tiada pelekat atau iklan tampal seperti biasa.
Koleksi Mug Kole Julie's
 iaryylr baru dapat kole ke empat yang boleh
menyentuh perasaan..., nampak?.
Koleksi Tin
 'Sang Suami mendukung Sang Isteri'
'Ceria walau hakikatnya berat'
Koleksi Mug Berair mata
Nak kumpul semua pun sukar apabila bukan
semua pasaraya mengambil bahagian dan
terdapat kesemua empat mug tersebut.
Tetapi harganya berbaloi.

Mug Plastik Milo Fuze

Promosi pada tahun lepas?, dapat pada tahun ini?
'Mug Plastik Milo Fuze'
Biar lambat asal untung!
Mug, Kole Plastik Milo Fuze

Mug seperti ini pernah di keluarkan tidak lama dulu,
yang membezakannya adalah perkataan 'Fuze'
yang tertera di bawah logo Milo.
Mug Milo Fuze dari Nestle
Pada punggung mug ini juga terdapat logo Milo.
Mug Nestle Milo
Mug ini adalah percuma dengan pembelian satu
pek Nestle Nestum 3 dalam 1, minuman bijirin
berkhasiat baharu yang terdapat produk persampelan atau
pek sampel Nestle Nestum Baharu yang mengandungi
1 sampel Nestum 'American Gingseng dan 1 sampel
Nestum 'Dang Gui' di dalam pek bunkusan nestum
yang menawarkan mug Milo Fuze ini.

MiTV Change Yor View...

Pengendali Televisyen Berbayar mitv
Hanya sementara di persada hiburan.
Tetapi souvenirnya masih bertahan.
Mungkin ini satu atau salah satu
souvenir dari MiTV yang menghiburkan.

WASHINGTON 75th ANNIVERSARY

Ulang Tahun Ke 75 Epal Washington
1937 ~ 2012
Tidak perlu ke Amerika untuk menikmatinya.

Koleksi Mug - Munchy's LEXUS

Munchy's LEXUS, Biskut yang sering menceriakan!
Tak kering dengan idea souvenir yang pelbagai... .
Mug dari Munchy's Lexus ini adalah percuma dengan
pembelian sebungkus biskut Lexus keluaran Munchy's.
Promosi selagi stok masih ada ini telah bemula awal bulan yang
lalu di K4 Shah Alam. Mungkin masih ada atau menyusul
di pasaraya-pasaraya lain yang mengambil bahagian.
Apa yang menarik selain 4 reka corak, adalah jenis mug
ini adalah mug bertingkat. Mug yang boleh disusun secara
menegak, sekali gus mesra ruang kerana mudah disusun.
Pada akhir bulan lalu iaryylr telah berjaya melengkapkan set ini.
Harga mug kosong pun RM2.50  ke atas, ini pula mug Munchy's.

Koleksi Mug 2013

unijoy KING CAT Tattoo Fruitty Gum

unijoy KING CAT Tattoo Fruitty Gum
Raja Kucing
Adakah anda masih ingat akan gula-gula getah KING CAT?,
atau tidak pernah melihatnya?, yang pada pembungkusnya
ada kertas bergambar untuk main buat tattoo sementara.

Sungei Palas Tea Gardens, Malaysia

Kole BOH  Sungei Palas
Kecerian bagi penggemar teh jika menggunakan mug
ini pada bila-bila suka.
Teh Boh
Mug yang menarik ini mungkin menggambarkan nikmat
kesegaran teh bagai tanpa sekatan dan tapisan.
Koleksi Kole
Minum teh tanpa gula lagi menyihatkan.
Koleksi Teh Boh / Koleksi Mug
Boh ada 'umphhhhhh!'

Maxwell House Instant Coffee

'Lagenda Budak Kopi'
Kopi Segera Maxwell House dengan souvenir eksklusif
kole keluaran claytan genuine stoneware.
Sungguh istimewa...
http://hobby-collection.blogspot.com/
Claytan Genuine Stoneware
Mug ini walau sudah berusia, namun tiada retak seribu
dimakan cuaca, rasa ingin menggunakan tapi sayang
cuma ada satu dalam simpanan, Baru tapi stok lama.
http://hobby-collection.blogspot.com
Maxwell House Instant Coffee
Bila ada gelas cari botol, begitu juga mug ini, nampaknya
kena cari botol Maxwell House lama sebagai peneman.
Rasanya di Malaysia dulu botolnya berbentuk balang.
Jom ke blog Blues Riders untuk lihat contoh balang
Maxwell House lama yang sesuai digandingkan.

Koleksi Produk Kopi - Koleksi Mug

Iaryylr nak beri berapa markah bintang dari 5 bintang?
Tema dan Jenama : 5 Bintang
Daya Tarikan : 4 Bintang
Cap Dagang : 5 Bintang
Nilai Pembelian : 5 Bintang
Markah Bintang Keseluruhan : 5 Bintang
Markah bintang Anda?

NESPRAY 'STEAM COACH' by GURNEY 1827

Vintage Pottery
'STEAM COACH' by GURNEY 1827
Kole dengan gambar lukisan klasik kenderaan wap ini
adalah keluaran lama,souvenir dari pembelian susu Nespray.
Kole ini adalah buatan dan keluaran Oriental Ceramics.
'STEAM COACH' by GURNEY 1827
Gambar lukisan pada mug ini pula adalah hasil lukisan yang
 juga terdapat pada pinggan dan kole vintaj luar negara.
Mungkin kerana ianya lukisan kenderaan wap popular,
maka ianya menjadi pilihan pengeluar luar dan dalam negara.
Mug Susu Nespray
Teringin nak jadi budak semula dan minum susu Nespray.
- Koleksi Mug Lama -

KOLE LAMA NESPRAY

Mug Nespray dengan gambar sepasang
kekasih bermain buaian di taman bunga.
Mug ini adalah mug seramik keluaran Oriental Ceramics
Jom minum susu!

JABATAN KESIHATAN SELANGOR

JABATAN KESIHATAN SELANGOR
 "Perpaduan Sendi Kekuatan"
Majlis Mesra Makan Malam di PREMIRE HOTEL
18 MEI 2012
JABATAN KESIHATAN SELANGOR
Siapa yang tidak hadir?

ANMUM

"MILK DRINK FOR PREGNANT WOMEN"
High in FOLATE and MILK CALCIUM
Product Of New Zealand
Susu Minuman Untuk Ibu Hamil
Tinggi Folat Dan Kalsium Susu

Rasa menarik tengok mug ini, boleh habis ke minum susu
engan gelas sebesar itu?, betulke tengah mengandung?,
kalau ada anaknya umur berapa?, ... ahhh! tentu seronok
kalau anak tengok gambar ibu pada mug dan past ada
celotehnya sendiri.

KOLEKSI MUG LAMA JENAMA NESPRAY

Mug Nespray dengan gambar kereta kuda salji.
 Mug ini adalah mug seramik keluaran Oriental Ceramics.
Mug Klasik ini hanya untuk pamer, nak guna pun tak boleh
sebab ada satu, lagipun lapisannya dah retak.
Retak seperti pinggan mangkuk lama, tapi masih boleh
digunakan jika mahu, harap masih ada yang sempurna
diluar sana, kalau ada pasti menarik!.
Mug ini adalah corak yang kedua ada dalam simpanan.
Mug yang pertama dengan gambar Bot Stim Natchez.
Ini kalau kita naik kereta kuda sebegini yang tidak
menariknya kalau kuda ini kentut prot! prot! proooot!,
tapi tak tahulah bunyi kuda kentut bagaimana
sebab tak pernah dengar.... .

KOLEKSI MUG DARLIE Y2K

Mug Darlie yang dikeluarkan sempena tahun 2000
Menampilkan Mickey Mouse sebagai karektor.
Kalau ada Mickey tentu ada Minie kan?
Ada cerita menarik menjelang tahun 2000? Y2K?

LKIM LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA

LKIM LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA
Sebuah Organisasi 
Sepakat Membina Kualiti
Sambutan Hari Kualiti & Produktiviti LKIM.

Sewaktu kecil, kalau dengar 'lembaga', pasti mengaitkannya
dengan hantu atau kejahatan, biasalah dengar atau terbaca
berkenaan  lembaga misterilah, lembaga hitamlah, kelibat
lembaga dan bermacam kisah misteri berkaitan lembaga.
- Koleksi Mug -

Blackmores - Vitamins and Dietary Supplement

Blackmores The Best Of Health
Blackmores adalah vitamin dan suplemen makanan
yang terkenal, Jenama ini telah pun berusia 80 tahun.
Sejarah Korporat bermula di Queensland, Australia
pada tahun 1930. Ia adalah wawasan dan semangat
naturopath perintis Australia, Maurice Blackmore.
http://www.blackmores.com.my
Mug ini iaryylr beli beberapa minggu lalu, dapatlah
berjimat dari perlu membeli vitaminnya. Tidak silap
ianya percuma dengan pembelian 2 botol produk
BLACKMORES pada beberapa tahun lalu?.

SUPER POWER KACIP FATIMAH DAN COLLAGEN

Adakah Anda Cukup Power? Nak Power?
Kacip Fatimah an Collagen Super Power
Super Power Kacip Fatimah Dan Collagen,
Kopi pracampur dengan Kacip Fatimah.
Khas Untuk Wanita ya!.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.