Bila kita membeli, sememangnya kita perlu
meneliti produk terlebih dahulu, namun pasti
ada juga yang terlepas pandang.
Kerosakkan pengilangan adalah sesuatu yang
merugikan pengeluaran. Adalah lebih malang
jika dibeli pelanggan. Pelanggan yang tidak
kisah maka pengeluar bertuah, pelanggan yang
cerewet maka bagaimana pula? lebih-lebih lagi
kolektor dan bukan sekadar kanak-kanak yang
hanya membeli atau dibelikan untuk bermain.
Terus terang saya katakan adakalanya saya
begitu lama berada di rak
Hot Wheels untuk
memilih dan mencari. 2011 sememangnya
banyak pekara yang tidak menarik dalam
membuat pemilihan, sama ada disebabkan
pengilang atau penjual.
Pengilang / Pengeluar
Terdapat kerosakkan kecil seperti warna
yang tidak sekata, pelekat logo yang rosak,
penyambungan tidak sekata, pemasangan
tidak sempurna, retak, calar, dan apa lagi?
Penjual
Kotak dipotong, dilipat, di stapler, di pin,
harga tinggi, Plastik kemek, pelekat harga
di bahagian depan dan sukar ditanggalkan
dan apa lagi?
Mungkin selepas ini saya terpaksa juga
memilih dan terpaksa membeli tanpa
berpuas hati untuk memiliki
Hot Wheelsjika disebabkan pekara-pekara di atas :( .
Namun jika dapat percuma saya tidak
kisah, he! he! he!
Apapun saya berharap agar kualiti
Hot Wheels dapat dipertingkatkan.
Tentang operator pengeluar, QC, QA, dan
lain-lain, itu semua urusan Syarikat dalam
meningkatkan mutu pengeluaran, imej dan
pencapaian, atau asal
Hot Wheels ada
pembeli / kolektor perlu lebih berusaha... .
Namun jika dapat percuma sesiapa pun
tidak kisah, he! he! he!