Merahnya Mak Ngah! Macam zaman Dulu!
apa yang merah ini? teka teki teka tekuk pula....

Ada lagi promosi dari Jacob's rupanya, tetapi beli biskut
terlebih dahulu baru boleh dapat buah tangan.

Inilah klip bungkusan plastik atau kertas bersaiz
panjang keseluruhan 5"1/2. Klip ini direka agar
dapat mencegah biskut atau makanan ringan lemau,
dimasuki angin atau dimasuki serangga seperti lipas.

Terdapat 3 warna yang ditawarkan oleh Jacob's,
tidak silap Merah, Hijau dan Biru.

Berbaloi rasanya kerana klip ini bersaiz besar, lepas
makan biskut dalam plastik, klip sahaja tanpa mengisi
ke dalam bekas makanan, jimat masa & tahan lama.
koleksi Jacob's