Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label pelekat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelekat. Papar semua catatan

Hari Kantin Dutch Lady

Hari Kantin Dutch  Lady
"Sewaktu kita bersekolah rendah dan menengah,
pasti kita ikuti acara Hari Kantin di sekolah."

Dulu, masing-masing perlu membawa makanan
dari rumah, atau setiap kelas perlu menyediakan
makanan pilihan untuk di jual pada Hari Kantin.
Hasil kutipan semua masuk tabung sekolah.
Waktu di sekolah rendah iaryyl sering terfikir,
mana peruntukkan? mengapa perlu banyak aktiviti
untuk menyedut duit. Terfikir juga mungkin semua
itu untuk membayar gaji para guru dan perbelanjaan
sekolah seperti air dan elektik. Nak bertanya, takut.

O.k! sekarang bila sudah tua, iaryylr terjumpa pula
buku ini di jual di sebuah kedai runcit.
Souvenir Dutch Lady
Wah! rupanya sebuah Buku Memo Hari Kantin.
Hari Kantin Buku Memo
 Mengimbau kenangan alam persekolahan yang ROCK.
Sekarang Hari Kantin Bersama Dutch Lady
 Nak tulis memo apa ya?
Kotak lucu Dutch Lady
Nak conteng apa ya?
Wah! ada jadual lagi di sediakan!
Jika berpuluh tahun yang lalu, pasti menarik jika
dapat buku memo ini.
Lebih seronok berpuluh tahun yang lalu bila dapat
pelekat untuk di lekatkan pada buku memo hari kantin.
Lebih bahagia jika dulu dapat susu kotak Dutch Lady.
Dulu zaman Dutch Baby.
Apa pun Selamat Hari Kantin :) .

Marlboro Adventure Team

Marlboro Adventure Team 1997
Presented By Marlboro World Of Sport

Kumpul Dan Menang Milo

Kumpul Dan Menang Milo
Tak masuk, nak sticker saja, boleh ke macam itu?

Koleksi Milo

Pelekat Milo
Beli air Milo kotak untuk ambil pelekat kumpul dan menang .

tanabe racing development

Dulu suka beli dan kumpul sticker...
tapi entah mana-mana. Kemas semalam terjumpa
pula beberapa sticker, esok  bolehlah buat tampal
motor skuter sym tu dari kosong saja rupanya.

Bumper Raya UJang 2012


Beli UJang isu Bumper Raya
dapat sticker Roadtax dan sticker Kereta
juga DVD Kisah Keluarga Pak Usin

Scott's Emulsion

Adik-adik suka Scott's Emulsion Tak?
Pernah nampak botol kaca Scott's Emulsion Tak?
Tidak mengapa sebab hari ini Abang merangkap
Cikgu Lukisan ingin mengajar Adik-adik
melukis, mewarna dan bergembira....
Tetapi sebelum itu Adik-adik perlu pastikan
memiliki pensil warna krayon Scott's Emulsion.
Mempunyai buku mewarna 'Scott's Emulsion
World Colouring Fun Book'.
Juga Puzzle Scott's Emulsion
Juga tidak ketinggalan set pelekat Scott's Emulsion.
Jadi jika Adik-adik tidak ada keperluan diatas,
bagaimana Abang merangkap Guru Lukisan
dapat mengajar Adik-adik mewarna?

KFC Spot & Win

Stiker Cermin KFC Spot & Win
Pada 24 Jun sehingga 4 Ogos 2011, KFC telah
mengadakan peraduan mudah tanpa borang
'Spot & Win'. Bagi mereka yang ingin
mengambil bahagian, cuma perlu membeli
produk ayam KFC minima RM 20 dan menampal
pelekat cermin 'Drive-Thru CEO' yang
diberikan pada cermin kereta.

Inilah rupa stiker cermin itu...

Jadi? semakin banyak stiker kfc ini pada kereta
peserta maka semakin cerah peluang untuk
mereka terpilih atau di spot penyepot. Namun
jika peserta melalui laluan yang tiada penyepot
maka jangan harap kereta akan di spot...
tiada cerah maka mendunglah jawabnya... .

KUNGFU PANDA 2 & FERNLEAF SOLIVITE

Sekali sekala Saya minum Solivite keluaran Fernleaf
agar dapat saguhati edisi khas. Sekadar memiliki.
Pemberian percuma kali ini adalah sempena filem
animasi 'Kungfu Panda 2' berupa 1 set pelekat dan
1 penanda buku. Terdapat 5 set kesemuanya
yang memaparkan watak-watak utama.

Untuk set 1 ini saya dapat penanda buku watak
monyet atau 'MONKEY'.
Bolehlah minum untuk nikmat, hobi dan koleksi.

TRANSFORMERS 3 DARK OF THE MOON

Gegar Transformers Dengan Mamee Monster !
Percuma Stiker Dispenser !
Ada 80 sticker untuk dikumpul!
setiap pek ada 8 sticker dan 1 'dispenser'
Sekarang baru ada 24 pelekat....

COCA-COLA STICKER

PELEKAT COCA-COLA
ANYTIME - ANYPLACE - ALWAYS REWARDING
Pelekat ini rasa sudah lebih 9 tahun agaknya terlekat
di almari tempat kerja, mungkin akhir 90an atau awal
tahun 2000 ianya dikeluarkan. Tahun lepas saya cabut
saja kerana yakin pelekat asli. Jika sesiapa ada info
bolehlah kongsi-kongsi disini ya! terima kasih!

STIKER HOTLINK

Stiker Hotlink bersaiz besar
Pelekat ini baru dapat waktu cari barang dekat area
simpang 3 menuju ke Morib, entah apa nama kawasan.
Ada beberapa kedai kayu dah hampir roboh. Mungkin
beberapa tahun lalu telah ditinggalkan. Cuma deret kedai
batu saja yang masih ada tapi kedai runcit cuma 1.
Uncle bagi percuma.
Maxis Sticker

FERNLEAF SOLIVITE DORAEMON STICKER

Percuma Stiker Doremon Dengan Pembelian Pek Promosi
Terdapat 5 set stiker yang ditawarkan
Saya baru ada satu!

PELEKAT COCA-COLA

STICKER "Merdeka Ala Coca-Cola"
Pelekat yang saya beli sewaktu Buy & Trade 8/8/2010
Baru ada 2 pelekat dalam simpanan, ha ha ha!.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.