Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label gelas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gelas. Papar semua catatan

Gelas Muzik Munchy's

Gelas Munchy's Muzic Emboss 2013
glass,munchy,limited edition,collectible,collectable,koleksi,gelas
munchy's muzic Cubes - Chocolate Hazelnut Maestro
Dunia gelas kaca dengan logo atau aksara emboss
bagai telah kembali  menyinar.
Gembira rasanya hati kerana munchy's turut mengeluarkan
gelas kenangan, cenderamata kepada penggemar atau
pembeli bertuah ( selagi stok masih ada ) di lokasi terpilih.
Lebih menarik dengan gelas emboss ini adalah kerana
aksara yang timbul begitu jelas.
glass,munchy,limited edition,collectible,collectable,koleksi,gelas
Koleksi Gelas - Gelas Kaca Emboss
 Terdapat dua warna yang di tawarkan, Seperti di atas
berwarna jernih kelabu atau biru seperti pada pelekat
promosi pada pek di bawah.
glass,munchy,limited edition,collectible,collectable,koleksi,gelas
Biskut Munchy's keluaran Munchy Food Industries
Rasa begitu berbaloi mendapat souvenir ini kerana
sudah pasti ianya benar-benar edisi terhad dan
bukan terhad tanpa had?.

Tinggi Gelas : ~135mm
Percuma dengan sebungkus biskut! 

- Koleksi Gelas -

Royalex Malaysia

'Royalex'
Juga jenama gelas dan kole yang popular di restoran
atau kedai makan di Malaysia.

'Strengthened  Heat Resisting Toughened Glassware'
Royalex, Geng Gelas Lama 
Gelas kaca ini di beli 1/2 dozen bukan untuk di jual
atau di simpan, tetapi untuk di gunakan.
Gelas bersaiz besar ini tampak klasik dan teguh.
Amat sesuai untuk minuman sejuk dan panas.
Royalex Glassware Malaysia
Restoran - Kedai Makan - Warung
Kini penggunaan gelas seperti ini telah berkurangan?.
Untuk minuman panas, gelas dan kole yang lebih
kecil menjadi pilihan, manakala untuk minuman sejuk,
gelas plastik atau kole pula menjadi gantinya. 

Rasa tak sabar nak menggunakannya!.

Koleksi Gelas - Mobil

Gelas lama kuda terbang Mobil
'Vintage Mobil gas Glass'
Koleksi Gelas Lama
Setakat ini iaryylr cuma ada 3 jenis gelas kuda terbang.
2 berwarna jernih dan yang ini berwarna coklat.
Tidak pula diketahui berapa jenis kesemuanya.
Pejam celik dan celik pejam sekejap sahaja masa
berlalu, entri terakhir gelas pun pada 2 bulan yang lalu.
Ada yang belum sempat dikongsikan dan banyak lagi
yang belum dimiliki. Apapun masa terus berlalu.... .
- Gelas Mobil -

Koleksi Gelas - Darlie

Gelas Darlie Tapak Emboss
Gelas kaca berombak berwarna biru laut.
Siri gelas gelas emboss...

GELAS LAMA SINALCO KICKAPOO

Gelas Dwi Jenama Sinalco dan Kickapoo
Campur saja jadi dwi rasa dan minum...
Aduh kepala kok pusing....
kok! kok! kok! kokkkkkkkk! petok! petok! petokok!

Gelas Nescafe Classic

Gelas Klasik Nescafe
Dari pemerhatian, nampaknya ini adalah antara gelas lama
yang kembali dan menyerang pengumpul-pengumpul
gelas dan jenama Nescafe, betul ke? oh! ioko?.
Kebetulan iaryyylr ada lebih, bolehlah hantar untuk
dijual di tapak  pasar karat tak pun sebagai tukaran
untuk barang lain bagi yang berminat.

Gelas Dumex Di Bawah Bayu

Gelas Lama Dumex
Gelas yang sempat dikorek di perantauan...

Berkat Supermarket ( Butterworth ) SDN. BHD.

Gelas Berkat Supermarket ( Butterworth ) SDN. BHD.
Rekabentuk gelas lama sebegini yang juga pernah dilihat
yang berwarna hijau dan coklat 
Berkat Supermarket tidak silap adalah nama lama
bagi Fajar Supermarket. Sekarang tak tahulah
Pasaraya Fajar ini ada lagi ke tidak?

HACKS Collection

Gelas 'Hacks Collection' warna biru
Koleksi Gelas Lama
Ada beberapa warna tetapi iaryylr
baru ada warna merah dan biru.
Gelas Hacks
Biar lambat asal dapat...

Kisah 2 Ekor Beruang Panda di Malaysia

Mineral Pot "The Water Of Vitality"
- BEIJING XI ASIAN GAMES -
The Official Dringking Water
Temasya Sukan Asia ke-11 telah diadakan di Beijing China
pada 22 September 1990 sehingga 7 0ktober 1990.
Maskot pilihan Tuan Rumah sempena Kejohanan tersebut 
adalah Panda yang diberi nama PanPan.
Pada kejohanan yang berprestij itu
Malaysia telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas,
2 pingat perak dan 4 pingat gangsa.

Gelas Hacks

Gelas Hacks Ceri Strawberi Rasberi
Walau yang sebegini iaryylr sudah miliki, namun istimewanya
yang ini iaryylr dapat di Kota Kinabalu sebagai kenangan.

Gelas FN 2012

Gelas FN Emboss 2012
Gelas ini ramai yang sudah ada, iaryylr dapat
pun pada bulan Jun yang lalu setelah dapat
info dari Bro Spallan ...dah masuk kotak .
Sayang sekali Pasaraya Hijau Kuning disini
asyik belum ada promosi walau sudah lama
tersusun di rak. Yang ini iaryylr mendapatkannya
di Cheras, dan biasa dah dapat iaryylr akan
longgokkan di satu tempat di rumah.
Gelas ini menarik kerana embossnya dan
berkotak bagai keluaran khas adanya.
Raya nanti bolehlah guna gelas ini.
Jika hendak melihat Gelas ini dengan lebih
jelas bolehlah berkunjung ke blog Bro edilelly



HARD ROCK AMBASSADORS OF ROCK

AMBASSADORS OF ROCK!
35 Tahun asyik Rock di Hard Rock...
Hard Rock ke?, Rock Kapak ke?, The Rock ke?
Asal dapat gelas Hard Rock untuk kali pertama
pun sudah kira baik dengan harga menarik.

Labu Kaca Koja Air

Labu Kaca Koja Air
Macam-macam rupanya labu kaca yang ada di Malaysia,
tetapi iaryylr cuma ada yang jernih, Dapat pun di
sempadan selangor, bolehlah sebagai permulaan.
Iaryylr pun tidak pernah cuba guna lagi untuk
menikmati air yang di katakan lebih nyaman.

Gelas Edisi Terhad Shahir AF

Gelas Kabus Percuma!
Gelas Edisi Terhad Shahir AF
Brand's untuk tenaga minda yang hebat!
Ada 3 gaya dari Shahir, tapi iaryylr cuma
dapat gaya nombor 1 sahaja.
Dapat pada tahun lepas. Samalah
beli gelas percuma pati ayam.

Gelas Sushi King

Gelas Sushi King
"Raja Ikan Bermahkota Delima Merah"
Sedap dimakan begitu saja...

Ericsson Sebelum Sony Ericsson

Gelas Seramik Ericsson
'Taking You Forward'
( Kehadapan bersama SONY )
Gelas 'Ericsson Racing Team'
Tinggalan Ericsson dalam dunia perlumbaan.

GELAS LAMA WINCARNIS

Gelas Lama Dan Unik Wincarnis
Wincarnis
Gelas yang berbeza dari kebiasaan.
Koleksi Gelas Lama
Hanya 1 jenis sahaja dalam simpanan.
Drinking Glass Collectible
- Seni Gelas Kaca -

Gelas Royal Crown Cola Botologi

Drink Royal Crown Cola
Gelas lama? RC Cola!
Gelas lama memang menarik :)

Gelas Berkaki Motif Bunga

Gelas Retro Bernostalgia...
Dengan tema bunga yang menceriakan :)
Gelas lama begini kalau dulu popular sebagai
hadiah di Majlis Perkahwinan. Mungkin
sebab itu ramai yang tidak sanggup atau
jarang sekali menggunakannya.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.