Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label beg. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beg. Papar semua catatan

Koleksi Maggi - Koleksi Beg

Lagi souvenir beg Maggi percuma!
Koleksi Maggi dengan Beg Maggi yang menawan
Dengan pembelian Sos Perisa Tiram Maggi.
Sos Tiram Maggi Lebih Aroma Lebih Rasa!
Beg merah kuning Maggi Sajian Kebahagiaan!
Oyster Flavoured Sauce
Percuma selagi stok masih ada!
Juga nampaknya promosi sempena Raya berikutan
tema Raya pada pelekat promosi berupa gambar 
ketupat dan pelita.

Power Root Oligo

Minuman Kopi Power Root Oligo
'Penghadaman Seimbang Kunci Kesihatan'
Beg hijau yang menawan ini di beli di kedai
biasa saja. Kalau nak beli kopi sahaja semata
nak dapat beg pun adakalanya tidak berbaloi.
Stok kopi banyak-banyak di musim souvenir
pasti memeningkan kepala, adakalanya terpaksa
dilepaskan, tunggu sahaja mana tahu dapat baki
yang akan di beri percuma atau di jual.

Power Root Alicafe

Power Root Alicafe
Kesegaran Berpanjangan
'Kopi Power Root'
Beg pun kena beli kalau tidak mahu percuma.
Seperti hobi mengumpul setem, kalau nak
tunggu setem percuma memang payah, perlu
berusaha mencari atau membeli.

IRON MAN 3

MARVEL IRON MAN 3
"Jom kita tembak sebelah sana!"
Tak tonton filem lagi sudah dapat beg IRON MAN 3!.
Dapat bukan sebarang dapat, tapi dapat sebab dibeli.
Beli di pasaraya, kira keluaran khas juga kan?.
( Kamera : Telefon Pintar Adroid Samsung Galaxy Grand Duos )

ROYAL MALAYSIAN NAVY

Tentera Laut Diraja Malaysia
Kalau ada ole-ole mesti ada begnya baru syok! kan?

BEG NESCAFE 3 IN 1

Beg Nescafe Leher Atau Sandang
Koleksi Nescafe Dan Beg
Beg nescafe ini dibeli di Jualan Garaj Anggrik Mall.
Ianya boleh digunakan sebagai dompet atau tempat
simpan gajet seperti telefon bimbit atau pemain mp3.
Nampaknya kena beli lagi 1 untuk disimpan.

Nescafe Foldable Bag

Lagi beg boleh lipat Nescafe!
Beg membeli-belah yang boleh disimpan dimana sahaja.
 Tahun lepas dapat warna merah, tahun ini dapat Warna 
coklat dan ungu. Kesemuanya dengan corak berbeza.

'Nescafe Foldable Bag'
opvouwbare tas - opvouwbare tas - 折疊袋 
bolsa plegable - sklopiva torba - faltbare Tasche

Nescafe Foldable Bag

Beg boleh lipat Nescafe
Beg membeli-belah boleh lipat yang ringkas.
Mungkin diperbuat dari poliester, asal Nescafe!.

opvouwbare tas - opvouwbare tas - 折疊袋
bolsa plegable - sklopiva torba - faltbare Tasche

BlackBerry Curve 9320 atau BlackBerry Curve 9220?

Jom Kita Lihat Handphone Baru iaryylr!
ini dia BlackBerry Curve Terkini!
Dapat percuma siapa tiadak mahu!
"Stop Missing Out!"
Ya! benar, iaryylr dapat percuma BlackBerry Curve!
tetapi cuma dapat beg kertasnya sahaja untuk koleksi.
Beg pun beglah! asal BlackBerry...

Beg Mesra Alam Petronas

 Beg Mesra Alam Syarikat Minyak Petronas
Lama sudah di Petronas, tapi baru dapatkan.
"Plastic is so yesterday"
Mesra Alam , Mesra Pelanggan....

Beg Malaysia Airlines System

Beg MAS 'Is A Small Small World'
Boleh buat isi pasport dan sedikit duit
Gantung di leher dengan penuh gaya :)

Beg Sandang Mas malaysia AIRLINES

Petang tadi pergi bayar hutang...
 Mas - Malaysia AIRLINES, kadang-kala
tertanya, mengapa Malaysia 'M' jadi huruf 
kecil. Rasanya terlupa tanya cikgu.
 Beg sandang bersaiz kecil entah apa fungsinya.
sama ada asalnya ada isi atau kosong.
Beg ini baru dapat petang tadi, banyak kat kedai
baru dan terpakai, mungkin ada 40 lagi agaknya.
Terus angkut sebab kondisinya AAA.
Kalau lambat pasti tidak dapat Pak!

Beg Kertas Shell

Beg Kertas Shell Helix
- Revive Rejuvenate Refresh -
Beg Kertas Sumbangan Wak Shamsi
Beg yang menarik di buat koleksi.

Rockwell Automation

Rockwell Automation
"Rock you like a hurricane!"
Baru-baru ini iaryylr ada mengikuti seminar
Rockwell Automation, dapatlah beberapa
pemberian percuma selaku peserta
bidang terjun tanpa payung terjun yang
bertempat di One World Hotel Petaling Jaya,
Baru entri mug One World Hotel, sudah
dapat masuk One World Hotel.
Ingat hendak ambil botol mineral hotel
tersebut, buat koleksi tetapi terlupa pula.

Beg Sukan Milo

Beg Sukan Milo
Energise your day!
Beg sukan sebegini tidak silap iaryylr
hanya ada 2 dalam simpanan. Cuma yang
ini lebih besar tetapi sama mantap!
Kita bandingkan dengan mug milo.

Beg Bola Hotlink

Beg Kasut dah dapat, Beg Bola pun dah punya.
Ini hasil promosi yang lalu, sudah tidak
Hot lagi.... Mungkin akan lebih Hot
kalau iaryylr dapat free dari Hotlink
dan tidak perlu bersusah-payah terkejar
sana dan sini, beli dan jual semula top-up
untuk mendapatkan souvenir.
Maxis Hotlink 2011

Beg Maxis Broadband?

Beg Pinggang Maxis
Boleh buat isi h/p dan sebagainya.
Sungguh bergaya digayakan di khalayak
ramai serta majlis keraian & di mana jua
anda berada asal jangan tiada :).

Antara Beg Summer's Ave & Syiling 50sen

Antara Beg Summer's Ave & Syiling 50sen
Keduanya bersama disorok dulu dan kini
dikeluarkan untuk dikerjakan....
Sememangnya disimpan terlebih dahulu
untuk pelbagai tujuan berkaitan hobi :).

Ya! hendak segarkan mata, maka perlulah
ditugaskan untuk mencari antara duit
'Syiling Buruan 2011'
Seperti yang di entrikan oleh Depankanta.
akan syiling 50 sen 1967, 1968, 1969,
1971, 1979, 1985,1987 dan 1995 .
Walau memang ada set tersebut tapi
cari tak jumpa entah mana tersorok :)
kuang! kuang! kuang!
Jadi nak 'thrill' sikit minggu ini
maka sepanjang minggu ini iaryylr
memburu duit syiling di simpanan
sendiri, tabung isteri, tabung rakan
serta sumber kroni... .
Jadi jom kita lihat hasil dari dalam beg
'Summer's Ave' selain duit error...

Badang, Toyol si Avengers pun tak larat angkat!
4 Syiling 1985 & 5 Syiling 1987

ini pula mereka berdua?
2 Syiling 1871 & 3 Syiling 1979,
( opss! pembetulan, 1971 & 1979 )

UBAT GIGI SENSODYNE

Beg Sensodyne Watsons
Beg bewarna Hijau
- koleksi beg cenderahati -

BEG CADBURY KRAFT FOODS

Beg Berwarna-warni Souvenir Murni berguni-guni
Ada yang perlu membeli, perlu bersyarat...
ada yang dapat begitu sahaja dan ada yang
bermasam muka melihat ketidak-adilan
dalam mana-mana pemberian sebegini.
Namun yang ini iaryylr terjumpa pula...
Jadi, dari yang berguni-guni ditempah sebagai
pemberian percuma, jadi yang satu ini memang
benar-benar percuma!
- koleksi beg 2011 -

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.