Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label tin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tin. Papar semua catatan

WD-40

"WD-40"
MULTI-USE PRODUCT
INVENTION 60 YEARS INGENUITY
wd-40
WD-40 Malaysia - MADE IN USA
Tin WD-40, lain dari yang lain. Produk serbaguna yang
tidak perlu diperkenalkan lagi.

Jelly Belly

Jelly Belly
Gula-gula aneka rasa.

 Jelly Belly 9.5 oz Bean Tin - 49 Assorted Flavors

Gula-gula ini juga adalah dari jenama yang popular
di Amerika. Jika tidak silap banyak jenis rasa yang
dihasilkan termasuk rasa yang pelik-pelik.

Tin gula-gula berbentuk kacang ini di beli sewaktu
bercuti di Pulau Langkawi.

Walaupun ianya gula-gula Amerika namun yang ini
di kilangkan di Thailand, manakala tin ini pula
adalah buatan China. Nak makan tak berani.

Untuk keterangan lanjut sila berkunjung ke
https://jellybelly.com/


Tin Bas Oreo

Dari Biru ke Kuning.
Tin Biskut Oreo Malaysia 2013
Pasti ramai yang sudah memilikinya!.
Bukanlah terhad sangat, cuma jika minat jangan
di tangguh. Nanti habis juga.
Masih ada di pasaraya terpilih, cuma pilihan
harga yang menarik jika hendak membeli lebih.

Julie's FREE Big Mug #4

'Baked with LOVE'
Kole percuma, siapa tidak mahu?
Percuma dengan promosi dari Julie's
4 kole besar dengan corak bertema kekeluargaan
untuk dikumpulkan. Setiap satu percuma dengan
pembelian satu tin biskut beraneka.
Selagi Stok Masih Ada!.
Bukan sahaja dapat Kole percuma, malah
tin biskut ini juga boleh dijadikan koleksi!.
Tin Biskut Julie's
Tawaran ini telah dicetak terus pada tin biskut,
mungkin sebagai daya tarikan dan memastikan
souvenir tersebut sampai kepada pembeli.
Tiada pelekat atau iklan tampal seperti biasa.
Koleksi Mug Kole Julie's
 iaryylr baru dapat kole ke empat yang boleh
menyentuh perasaan..., nampak?.
Koleksi Tin
 'Sang Suami mendukung Sang Isteri'
'Ceria walau hakikatnya berat'
Koleksi Mug Berair mata
Nak kumpul semua pun sukar apabila bukan
semua pasaraya mengambil bahagian dan
terdapat kesemua empat mug tersebut.
Tetapi harganya berbaloi.

TIN MILO 50 TAHUN MILO

"TIN ULANG TAHUN Ke-50 MILO"
"50 TAHUN MALAYSIA BOLEH!"
Asal usul percuma kole MOM, DAD, BOY & GIRL!
Tin ini MILO ini bertarikh luput pada April 2003, iaitu
kira-kira 10 tahun yang lalu. Ianya mungkin di kilangkan
pada tahun 2001~2002. Pada tahun tersebut, pembeli
akan mendapat 1 kole percuma dengan setiap pembelian.
Nampaknya 4 tin perlu dibeli untuk melengkapkan set.
Pada penutup tin milo ini, ianya  bertemakan 50 tahun
MILO. Selain terdapat gambar medal MILO 50 YEARS,
terdapat juga gambar pelumba basikal negara iaitu
Atlit Negara Saudara ROSMAN ALWI serta
tandatangan beliau yang unik.
Tertera juga ucapan...
"Selamat Ulang Tahun Ke 50 MILO, SYABAS!"


Tidak dapat dipastikan adakah ini penutup sebenar bagi
tin ini memandangkan saya dapat dari kedai lama.

Tin munchy's Oat Krunch

Tin munchys Oat Krunch, ada 3 warna untuk dikumpulkan.
Macam mana menarik tak? tapi harga naik sikitlah?.
Makan biskut, simpan tin, buat tambah koleksi tin dan
jenama munchy's dalam simpanan.

Tin Susu Tepung Rancangan Makanan Tambahan

Susu tepung penuh krim rancangan makanan tambahan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Penuh krim...
Tidak sesuai bagi bayi yang berumur di bawah 6 bulan.
Nampaknya memang tidak ada gambar apa-apa.

Tin Bedak AGNESIA

Bedak Agnesia
Bedak lama Jenama Agnesia ini kini dalam bekas plastik,
 yang ini bekas tin, iaryylr import dari Sabah, keh! keh! keh!.
Tapi ianya buatan Malaysia.
Setakat ini iaryylr nampak satu lagi corak bedak Agnesia
Klik link di atas untuk lihat....
Tin ini jadi kemik sebab simpan dalam beg bagasi.
Biasalah campak-campak.... .
Arghhhhh! masih banyak yang perlu dicari.... .

Tin Jacob's Percuma Beg!

Promosi Jacob's Percuma Beg Kitar Semula
Ini mungkin keluaran akhir 2010.
Tarikh luput pada 21.09.2011 yang lalu.
iaryylr ada satu corak beg sahaja dalam
simpanan berdasarkan 1 tin yang disimpan.

Tin Milo Negaraku Juaraku 50 tahun kejayaan

Tin Milo Malaysia Boleh!
Tin Milo Negaraku Juaraku 50 tahun kejayaan
Inilah salah satu tin milo dalam koleksi milo
yang mana terdapat gambar pada penutup tin.
Tin milo 'Sanjungan Kepada Juara 1990 - Kini
Selain gambar atlit, tandatangan turut di cetak.
Minum Milo Makan Milo Kumpul Milo 

Tin Milo One Voice For Gold 1.7kg

Tin Milo 1.7kg Sempena Sukan Olimpik 2008
 Tin Milo Nestle dengan semangat kesukanan.
 Tin milo 'One Voice For Gold'
Kumpul Tin Milo Selepas Makan Serbuk Milo...

TIN MILO Pada 125 Tahun Nestle

Adakah Kita Sempat Meraikan 125 Tahun Nestle?
Jika iaryylr masih ada pada 25 tahun akan datang,
maka pada 25 tahun akan datang mungkin tin
ini akan mengimbau kenangan 100 Tahun Nestle.
Apa cerita geng-geng kolektor pada waktu itu?
Pasti apa yang berlaku pasti akan berulang... .
Kolektibel juga akan berkitar seperti apa yang kita
lalui sekarang, cuma kita tidak boleh menjangka
apa yang terjadi seterusnya.... .

Tin Libresse

Tin Libresse Emboss Menarik
Tin Serbaguna yang stylo. Menarik untuk
dijadikan koleksi jenama Libresse atau
menambah koleksi tin yang ada. Ini adalah
kerana Libresse sering menawarkan
Souvenir percuma yang begitu  menarik.
Untuk tin ini ada 6 corak untuk di rebutkan.
Tinggal 2 lagi untuk lengkapkan set.
Agak sukar nampaknya, apapun cuba
Kumpulkan 6 kesemuanya!

TIN MILO REJECT?

Tin Milo Reject, Dimana Silapnya?
Mana tema tin Milo ini? dimana grafiknya?
oH Ho!, dalam Milo ada Milo?
Yehaaa! Selamat Minum Milo!
Milo sedari kecil....

TIN LAMA KOPI CAP BAS DARI KAMPONG JAVA

'CHUAN HOE CO COFFEE FACTORY'
'KOPI LAMA CAP BAS LAMA'
'This Powder Contains Coffee, Butter and Sugar'
50% kopi 50% gula, majerin dan gandum ?
Didalamnya masih ada serbuk kopi!
'Bus Coffee Powder'
Mungkin dengan menggunakan cap bas dapat
menggambarkan kopi ini dapat menguatkan
peminumnya jadi kuat, gagah dan bertenaga.
Maklumlah, bas adalah pengangkutan awam
yang amat penting suatu ketika dulu.
Badan bas dahulu juga mungkin 5 kali kuat
dari badan bas sekarang dan lebih laju dari
basikal, beca mahupun motor 70cc & 90cc.
Lebih besar dari kereta dan van milo.

'CHUAN HOE COFFEE FACTORY'
Bertulisan tamil, inggeris, cina dan jawi.
Beralamat di 20-A Kampong Java Road, Klang
Nombor Telefon : 31327

( 20A Jalan Kampung Jawa Klang Selangor )

'Masa untuk minum kopi!'
Cerita pasal kopi, dulu muda-muda 1 teko kopi
pun boleh habis sebelum tidur. Kalau tiada kopi
teh pun boleh juga. Memang sedap minum Kopi.

BAD INFLUENCE SNOOTY AND HIS FRIENDS

Minat betul saya dengan motosikal berkuasa tinggi.
Walau saya tidak tinggi namun 'superbike' lama
diatas yang menjadi pilihan untuk bergabung
dengan koleksi alat tulis.

Inilah bekas alat tulis, bekas pensil yang diperbuat
dari tin yang kelihatan 'simple' tapi sudah berusia?.
apa-apa sajalah he he he!... .

Minute Maid Pulpy Dari Coca-Cola Company

Bekas Tin Kedap Udara Minute Maid Pulpy
"Orange Fruit Drink"
Percuma dengan membeli produk Minute Maid,
A&W dan entah apa lagi bernilai RM20 ke atas.
Tanda dibawah tin kedap udara.
Memang syok dapat tin ini, kalau ada lebih boleh
buat simpan gula-gula raya nanti, he he he!.

KELLOGG'S VINTAGE TIN

Kellogg's Corn Flakes Classic & The Original And Best
Fortified With Vitamins And Iron
Kok! Ko Ko Kokkkkkkkkkkkkkk!
Nampaknya makin meriah dunia tin ini, ada saja
pemberian percuma atau bungkusan semula
menggunakan tin dari pelbagai jenama.

KELLOGG'S VINTAGE TIN

Kellogg's Corn Flakes Classic & Toasted Corn Flakes
Battle Creek Toasted Corn Flake Co.
- Hasil mengendap di blog Bro Spallan -
"Kerana hendak cepat di pasaraya, Saya tidak perasan
tin ini ada kemik pula pada bahagian tepi!"

CADBURY'S ASSORTMENT

'Cadbury Assortment'
Khasiat Coklat Nikmat Coklat Rasa Coklat
'Cadbury's Assortement' adalah coklat campuran
Buah Badam, Kacang Hazel & Kismis Disaluti
Dengan Coklat Susu Cadury Dairy Milk TM.
Berat Bersih 300gram, Kod Material : 21658927 Status: Halal

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.