Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label hot wheels. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hot wheels. Papar semua catatan

Hot Wheels - Batman Begins - BATMOBILE

HOT WHEELS BATMOBILE 2005
BATMOBILE - BATMAN BEGINS
 Dari Filem 'Batman Begins'
BATMAN BEGINS - BATMOBILE
 Ada 4 kesemuanya
HOT WHEELS
 Cuma ada satu
DC COMICS - WARNER BROS - HOT WHEELS
 Dalam simpanan.

Hot Wheels - First Editions - Custom '77 Dodge Van

Koleksi Hotwheels - 2008 First Editions
Custom '77 Dodge Van
07/40 007/172
Hotwheels - 2008 First Editions
 Van Kustom Ganas Berapi yang mengujakan!
Meninggalkan api di jalanan!
Koleksi Hot Wheels - First Editions
Kalau ada van begini di Malaysia pasti
ramai yang keluarkan kamera.
Custom '77 Dodge Van
Bawa pemeriksaan kenderaan di Puspakom
pasti tak lepas, kecuali jika ikut prosedur.

Hot Wheels - First Editions - BATMOBILE

HOTWHEELS DC COMICS SUPERHERO
2004 FIRST EDITIONS 69/100
CROOZE BATMOBILE
2004/069 SCALE 1/64
koleksi hotwheels,Collection, batmobile,batman,collectible
Crooze Batmobile keluaran Mattel Hotwheels
Keluaran pertama Crooze Batmobile oleh Hotwheels
ini di keluarkan pada tahun 2004 dengan skala 1/64.
Ianya adalah Kereta BUATAN MALAYSIA!. 
Kenderaan Adiwira Batman ini berwarna hitam
kegelapan dengan cermin tingkap berwarna oren
jernih; menampakkan kemasan dalaman yang
berwarna perak. Roda pula dengan Sport rim 5 jejari
pula tidak kurang menarik walau asalnya berjejari 10.
Almaklumlah nak mudahkan dapat alat ganti
dan kurangkan kos, he! he! he!.
koleksi hotwheels,Collection, batmobile,batman,collectible
Batman Mobile -Crooze Batmobile
Untuk lebih Jelas boleh rujuk disini
koleksi hotwheels,Collection, batmobile,batman,collectible
Hotwheels Malaysia
Kenderaan tempur Batman sememangnya menarik.
Rekaan logik akal.

( Koleksi Hot wheels / BatMan )

Team Hot Wheels Milo Nestla

Permainan Kereta Lumba Hot Wheels
Percuma dengan pembelian
bijirin serapan Nestle Milo
Dapat lebih kurang 2 minggu yang lalu.
Siri Team Hot Wheel Bijirin Sarapan
ini tidak salah iaryylr di mulakan dengan
cermin mata 3D, CD dan yang ke-tiga
adalah permainan kereta lumba.
Bila terlepas kotak Milo cermin mata 3D
maka yang satu ini di ambil dulu.
Di kawasan iaryylr untuk cermin mata 3D
Hot Wheels kotak Milo sudah tiada lagi,
yang tinggal hanya kotak Koko Crunch.
Ada 3 jenis yang di tawarkan, tetapi yang
ini paling sedikit di rak. Itu yang pilih
dulu sebelum yang lain. Kalau Sempat.
Mainan kereta lumba percuma ini
di reka dengan fungsi "tarik dan
lepas" agar anda lebih hangat bermain
selagi ianya belum rosak .
Apa tunggu lagi? Mari berlumba!

Dodge Challenger Mopar Drift Car

Inilah Kereta Drift Dodge Challenger
yang mengganas di dunia HotWheels,
Memang buat Tayar Panas!
Di datangkan dengan spoiler belakang
yang mengagumkan namun ianya
masih tidak membolehkan kereta
ini untuk diterbangkan.
Warna asas oren dengan tema Mopar
ini adalah keluaran HotWheels 2012.
HW Code Cars 12 - 4/22 - 229/247

Keganasan Untuk Semua...

Keganasan Untuk Semua...
Hotwheels Sting Rod
Kenderaan bersenjata dan berperisai
yang menggila dan ditakuti ramai,
Andailah ini kenderaan rasmi polis?
Pasti sekatan jalan raya pun tidak
mampu menghalang...
Kenderaan bersenjata buatan Malaysia
Kereta lengkap bersenjata dengan
mesin gun, peluru berpandu
dan bom jalanan...
inilah keganasan berganda yang
sungguh membahayakan nyawa.
Hot Wheels Sting Rod 2
Inilah Hot Wheels 2011 siri
'HW VIDEO GAME HEROES'
226/244
'STING ROD 2'
Ya! keganasan untuk semua!

"Jangan berani-berani hendak
memotongnya di jalan raya, kelak
anda yang akan merana..."

Hot Wheels 2011 HW PREMIERE '63 Studebaker Champ

Mengapa Bercermin Jernih Sedang
Gambar Bercermin Hitam?
Memperkenalkan Trak Lama...
'63 STUDEBAKER CHAMP
Model No:29 dari 50 Model bagi
siri '2011 HW PREMIERE'
Hot Wheels Keluaran Tahun 2011
No: 29 Dari 244 Model
Wah! kuningnya trak lama ini!
Menarik sekali trak ini dengan
kombinasi tayar 'Good Year Eagle'.
Cuma dalam gambar bercermin
hitam, yang ini bercermin jernih.
Mengapa ya jadi begini?...
Hasil pemeriksaan iaryylr mendapati
Hotwheels Malaysia tidak mendapat
kelulusan JPJ kerana ianya
menyalahi peraturan undang-undang
jalan raya dan jalan denai.

Hot Wheels 2011 Night Burnerz 11 - Porsche 911 GT2

PORSCHE 911 GT2 CKD
Model No:9 dari 10 Model bagi
siri 'NightburnerZ'
Hot Wheels Keluaran Tahun 2011
No: 119 Dari 244 Model

Apa Pendapat Anda?
Bagi pendapat saya, model berwarna
putih metalik ini menarik pada
bahagian spoiler belakang yang
diperbuat dari bahan plastik yang
menarik . Pada bahagian lampu
hadapan ianya pula dikemaskan
dengan plastik lutsinar warna biru.
Pada bahagian tapak kereta pula
ianya berwarna hitam.
Apa yang kurang menarik adalah
pada lampu brek belakang. Ianya
kelihatan kurang menyerlah.
Apapun kita enjoy dengan sport rim
kereta ini yang kelihatan mantap.
Memang menarik!

Hot Wheels 2012 HW Thrill Racers - Space 12 JET THREAT 4.0

Jet Threat 4.0
Model No:3 dari 5 Model bagi
siri 'Thrill Racers - Space 12''
Hot Wheels Keluaran Tahun 2012
No: 193 Dari 247 Model
Ya! apa yang menarik tentang model
ini adalah ianya mengingatkan saya
pada drama bersiri di awal era 80an.
Siri Sains Fiksyen 'Buck Rogers',
ops! bukan 'Buck Rogers' tetapi
'Battlestar Galactica'. Bahagian sayap
motosikal 'Battlestar' akan terbuka
bila mode penerbangan diaktifkan!.
Lebih kurang seperti sayap Jet Threat ini.
Siapa yang masih ingat lagi siri
'Battlestar Galactica'?

Hot Wheels 2011 HW PREMIERE Astro Funk

HW PREMIERE - Astro Funk
Model No:27 dari 50 Model bagi
siri 'HW PREMIERE'
Hot Wheels Keluaran Tahun 2011
No: 27 Dari 244 Model
Apa yang menarik Hot Wheels ini
adalah pemberian percuma .
Mujur yang percuma semua tidak
serupa, kalau tidak pun, tidak apa.
Terima Kasih Hot Wheels!.

Hot Wheels 2011 HW City Work Rapid Response

HW CITY WORKS - Rapid Response
Model No:7 dari 10 Model bagi
siri 'HW City Works'
Model Tahun 2011
No: 177 Dari 244 Model

Poster Hot Wheels 2011

Jangan di Ucap Selamat Tinggal...
Peluang berburu masih ada, kalau tahap pontianak
masih ada paku, tahap serigala jadian, kena ada
peluru perak, tahap naga pula perlu senapang
gajah... kalau tahap gaban pula perlu banyak wang!
Ha! Ha! Ha! Ha! Selamat Berburu!

2011 HW PREMIERE RENNEN RIG 19/244

HOT WHEELS RENNEN RIG 19/244
di sebalik selimut putih...
Awesome Hot Wheels Truck...
Koleksi Percuma, Dapat Percuma...
Senyum Percuma :)

HOt WHeeLS REJECT Yang Merugikan

HW MAIN STREET 11 / 68 EL CAMINO 167/244
Siri Perkhidmatan Awam @ Jalan Utama
Siri Main Street 2011 ini adalah model
no: 7 dari 10 dan list ke 167 dari 244.
Nampak seperti tiada cacat cela, tetapi
apa yang Rosak dan apa yang Rugi?
'Made in Malaysia'
Kita tengok bahagian belakang, terlebih
tekanan dan retak sewaktu pemasangan?.
Ianya tidak sekata dan begitu jelas.
Kita tengok bahagian depan pula, pemasangan
yang tidak sempurna, mungkin disebabkan
masaalah yang sama sewaktu proses
mencantumkan bahagian atas dan bawah.
Bila kita membeli, sememangnya kita perlu
meneliti produk terlebih dahulu, namun pasti
ada juga yang terlepas pandang.
Kerosakkan pengilangan adalah sesuatu yang
merugikan pengeluaran. Adalah lebih malang
jika dibeli pelanggan. Pelanggan yang tidak
kisah maka pengeluar bertuah, pelanggan yang
cerewet maka bagaimana pula? lebih-lebih lagi
kolektor dan bukan sekadar kanak-kanak yang
hanya membeli atau dibelikan untuk bermain.

Terus terang saya katakan adakalanya saya
begitu lama berada di rak Hot Wheels untuk
memilih dan mencari. 2011 sememangnya
banyak pekara yang tidak menarik dalam
membuat pemilihan, sama ada disebabkan
pengilang atau penjual.

Pengilang / Pengeluar
Terdapat kerosakkan kecil seperti warna
yang tidak sekata, pelekat logo yang rosak,
penyambungan tidak sekata, pemasangan
tidak sempurna, retak, calar, dan apa lagi?

Penjual
Kotak dipotong, dilipat, di stapler, di pin,
harga tinggi, Plastik kemek, pelekat harga
di bahagian depan dan sukar ditanggalkan
dan apa lagi?

Mungkin selepas ini saya terpaksa juga
memilih dan terpaksa membeli tanpa
berpuas hati untuk memiliki Hot Wheels
jika disebabkan pekara-pekara di atas :( .

Namun jika dapat percuma saya tidak
kisah, he! he! he!

Apapun saya berharap agar kualiti
Hot Wheels dapat dipertingkatkan.

Tentang operator pengeluar, QC, QA, dan
lain-lain, itu semua urusan Syarikat dalam
meningkatkan mutu pengeluaran, imej dan
pencapaian, atau asal Hot Wheels ada
pembeli / kolektor perlu lebih berusaha... .

Namun jika dapat percuma sesiapa pun
tidak kisah, he! he! he!

2011 Hot Wheels Battle Force 5

Hot Wheels Battle Force 5
Kereta Hot Wheels Siri Battle Force Dari Pakcik....

Kereta Nombor 4 : Saber
Kereta Nombor 5 : Buster Tank
Kereta Nombor 6 : Zelix
Semua masih dalam bungkusan.
Antara 3 ini, Buster Tank paling Best!

Hot Wheels Amc Gremlin 2010

Hot Wheels Amc Gremlin 2010 7/10
HW PERFORMANCE
No:137/244Bahagian mana paling menarik?

VOLKSWAGEN BEETLE 40 TAHUN HOT WHEELS

VOLKSWAGEN BEETLE 40 TAHUN
HOT WHEELS 1968-2008
Keluaran Istimewa dari Hot Wheels pada 2008.
Volkswagen beetle dengan cemin warna merah...
01/04 Hot Wheels ( 2008 ) 08 129/172 M6903 3L
iNdAhNyA VoLkSwAgEn BeEtLe!

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.