Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Sudut Pamer Dalam Kenangan

Inilah Salah Satu Sudut Pamer Di Rumah Pada 2010.
Sekarang semuanya dalam kotak atau plastik sahaja.
Tidaklah banyak, tetapi susah juga menjaganya.
Ada yang disumbat bawah meja, bawah kerusi,
atas almari, almari dapur, dalam beg... memang
carca-merba. Itu yang masuk kotak dan plastik.
Bila dalam bekas, baru senang pindah-randah.
Beberapa orang kawan hendak melihat bagaimana
iaryylr pamer barang di rumah sebenarnya. Segan
juga, tetapi hendak buat bagaimana? sudah tiada
sebenarnya, jadi kongsi sajalah apa yang ada walau
gambar lama. Kalau ada lagi gambar-gambar lama
di sudut lain, mungkin boleh kongsi juga.
Siapa dahaga, jemput minum dulu ya!
Kadang-kadang terfikir juga entah apa-apa :) .
Yang sukar, bila kita sudah simpan koleksi di
tempat tertutup atau tidak ingat dimana sorok,
maka barang yang baru dapat tidak dapat disimpan
sama, itu yang longgok dulu setempat. Mungkin
sebab tiada 5s atau tag. Kadang-kala bukan semua
barang boleh disimpan bersama atau boleh kedap
udara sangat, seperti sesetengah plastic cup
boleh reput retak dibuatnya :) .
Gelas pun kalau banyak susah hendak disusun.
Tetapi gelas boleh diletak di mana-mana sahaja.
Kita juga boleh susun bertingkat-tingkat.
Jadilah seperti rumah bertingkat-tingkat.
Tetapi jangan tumbang, nanti semuanya boleh
pecah, kalau ada lebih tidak apa, kalau ada satu?.
Dulu memang janji dapat 1, tetapi sekarang kalau
boleh perlu ada lebih, sekurangnya 2.
Campur aduk? biasalah, baru sedap makan rojak!.
Sememang tiada tempat khusus. Tunggu sahaja
pindah rumah, tapi entah bila?, tunggu sajalah
KWSP, itupun kalau ada lagi, atau syarat tidak
diketatkan waktu bersara memandangkan
duit KWSP pun tiap-tiap tahun jadi isu diguna
pakai untuk tujuan berat sebelah kepolitikan.
Namun KWSP juga kalau tiada seperti tiada
simpanan lepas bersara, itupun kalau sempat.
Jika kita mencarum, dapat juga tambahan dari
caruman wajib syarikat. Maklumlah zaman
sekarang kebanyakkan kita telah dididik betapa
penting dan perlunya duit dalam kehidupan.
Hendak sedang-sedang sahaja pun perbelanjaan
kian meningkat, Hendak berbasikal ke tempat
kerja seperti yang disarankan beberapa tahun
lalupun bagai membunuh diri, sedang yang
menyarankan enak berpemandu.
Lepas dahaga terasa haus? samalah saja maksudnya!
Kalau minum Coca-cola lebih nikmat diminum sejuk.
Pilih saja gelas mana hendak diguna.
Kebanyakkannya barang bajet juga, tidak
memerlukan kos yang tinggi, namun kadang-kala
sakit gigi atau sakit kepala juga, ha! ha! ha!.
Mana tidak bila semua Souvenir keluar serentak.
Kalau hendak barang lama atau baru di pasaran,
hendak bajet perlulah mencarinya di merata-rata tempat.
Tidak kisah dapat barang atau tidak, asal santai
dan dapat makan-makan, itu yang menyeronokkan!.
Kadang-kadang hairan juga, barang dikedai cantik,
Simpan di rumah mula merosak, perlu penjagaan
berbanding elok sahaja dibiar begitu dimana asalnya.
Tidak kisahlah apa yang hendak dikumpul dan
untuk apa disimpan, asal ianya tidak menyalahi
undang-undang Majlis Perbandaran, daerah,
negeri, negara, antarabangsa mahupun antaraplanet.

"Semoga Anda mendapat barang yang di idam"

10 ulasan :

nikths berkata...

Fuyyo! .Banyak betul,terbaik bro.Saya pn tak pamirkan,bungkus masuk kotak je.Sekarang bilik stor dah sendat.Anak-anak dah makin besar.Yang lelaki boleh kongsi2 bilik,yang pompuan tentu kena bilik sendiri..pening2.

zul permatang badak berkata...

banyak....satu hari tak cukup untuk tengok2.....
koleksi mengimbau kenangan....
memang saya minat.....

Spallan berkata...

kena ada muzium souvenir ni bro...

Si Galau berkata...

:D wah bnyak bnget..
tpi keren :3

Tanpa Nama berkata...

Wow, banyak barang yang sudah iaryylr kumpul.
Macam-macam ada.
Jika nak senaraikan satu demi satu, pasti perlu ambil masa yang lama haha.
Barang2 ini apabila dipamerkan bersama-sama kelihatan menarik sekali.
Tahniah dan teruskan usaha,iaryylr ;D

Koleksi Aku Punyer!!! berkata...

banyak sungguh koleksi iayylr..menarik sekali bila tengok di susun kemas mcm dalam gmbr tuh..barang yg tiada harga pada org lain tapi bila disusun dengan baik mcm ni akan menjadi cantik dan amat bernilai untuk diri kita sendiri pon itu sudah memuaskan hati sebenarnya...tidak jemu mata memandang koleksi iayylr nih...teruskan usaha iayylr!! majulah koleksi untuk diri sendiri & Negara...

Iaryylr berkata...

Bro Nikths,
Ya bro, Anak-anak yang membesar perlu diberi perhatian. Syabas kerana berkorban ruang minat demi anak-anak. Namun teruskan usaha :). Terima kasih Bro Nikths.

Zul Permatang Badak,
Sikit-sikit tu sempat juga tu, sempat lagi kita pekena lempeng, jemput-jemput, cenkodok sambil menikmati kopi panas, sambil mengimbau kenangan sewaktu membesar :). Terima Kasih kerana berkunjung :).

Si Galau,
Ya, terima kasih si galau kerana sudi berkunjung, jumpa anda di puncak kejayaan! :)

Why Collect,
Terima kasih whycollect, memang sukar buat keputusan antara simpan dan pamer, mungkin pamer barang baru dapat di ruang khas sebelum mengemasnya :), meletakkannya bersama jenisnya.

Koleksi Aku Punyer,
Terima Kasih K.A.P, atas sokongan pada usaha iaryylr, Semoga Anda berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, termasuk bidang mengumpul barang-barang ni :)

Si Galau berkata...

maksudna sob :D ?
kagak ngerti ane yg dmaksud dpuncak kejayaan :D

fairus berkata...

WAH.. DAH BOLEH BUAT MUZIUM / GALERI.. ORANG NAK MASUK RUMAH CHARGE RM 1.00... ;)

Iaryylr berkata...

Si Galau,
oh saya maksud saya 'di puncak kejayaan' Maksudnya semoga Si Galau berjaya mencapai cita-cita, perolehi apa yang dihajat, Selesa dengan kehidupan dan sukses. :).

Fairus,
Jika 10 tahun akan datang mungkin juga, tetapi buat masa ini masih belum cukup, walau sudah lama mengumpul, tetapi baru saja serius 3 ~ 4 tahun ini, he he he. Macam langit dengan bumi lagi lagi, he he he. Apapun cadangan yang menarik! :), kena kumpul lagi dan lagi. Pun bajet juga ini :).

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.