"Gunting dalam lipatan"
Gunting lipat serbaguna dan tahan lasak ini pasti semua
Gunting lipat serbaguna dan tahan lasak ini pasti semua
orang pernah guna atau lihat. Pasti juga sedikit sebanyak
ianya dapat menjentik kembali nostalgia lama
sama ada suka atau duka.
Shear Brand Folding Scissor |
Gunting lipat buatan China ini berjenama SHEAR BRAND.
Jika tidak silap ada 3 saiz atau cuma 2 saiz sahaja?.
Satu yang kecil dan satu yang besar. Tak pasti ada
berapa jenama yang berada di Malaysia.
Gunting seperti ini masih boleh didapati di kedai
atau di pasaraya cuma membezakannya adalah yang
baru cuma bersarungkan plastik tidak berkotak
seperti di atas dan yang baru agak kurang berkualiti.
Namun itu dari apa yang boleh dilihat di daerah ini.
Gunting Lipat |
Gunting lipat ini boleh juga dipanggil gunting keselamatan
memandangkan rekaannya yang mempunyai ciri-ciri
keselamatan. Gunting lipat ini juga biasanya dibekalkan
dalam peti kecemasan atau "First Aid Kit" lama.
Gunting lipat ini mengingatkan iaryylr pada atuk
yang menggunakannya untuk menggunting cengkih
rokok. Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak
yang penuh imaginasi, iaryylr bermain dengan
gunting ini sebagai kapal terbang robot yang boleh
bertukar jadi super jet dan kenderaan darat.
( http://hobby-collection.blogspot.com )
Tiada ulasan :
Catat Ulasan