Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

"SNIPER FEELING 3D" REVIEW Konon!

Gaji Perdana Menteri vs Menteri Besar
vs Pemain Game Android

Pendapatan Penembak Tepat
"SNIPER FEELING 3D"
Dengan misi menembak penjenayah di bandar,
  ( City Square ),  lanun di perairan / perkapalan ( dok )
dan musuh di padang pasir ( gudang / pekan lama )
Pemain mampu memperolehi pendapatan sampingan
sehingga $600 Juta coins!, bersamaan RM200K?.
Lihat jumlah pendapatan yang tidak boleh ditunaikan.
$622869239 COINS
Banyak bukan? 

O.K! hari ini sengaja  iaryylr buka cerita lain, tetapi
masih lagi berkisar tentang minat. Minat dengan aplikasi,
 permainan Android dan Apps, atau permainan telefon bimbit.
Pasti ramai yang mengucapkan "Selamat tinggal 'Java Game'!"
Kini gelombang APK permainan Android pula. 
Tinggalkan cerita PSP dan MP4 Game, kerana cerita
hari ini adalah tentang permainan telefon bimbit Android.
apps "SNIPER FEELING 3D" Apk
yang telah dipasang pada telefon bimbit Samsung Grand
Duos pada beberapa bulan lalu.

Lepas pasang boleh main terus, memang agak sukar
pada permulaan untuk mengawal permainan, namun setelah
sensitif kawalan dilaraskan mengikut kesesuaian,
barulah mudah untuk menyahut cabaran.
Yang percuma ada sebabnya, Apk ini banyak
iklannya, tetapi terima sahajalah untuk berseronok.
Sudah percuma banyak komplen pula, ha! ha! ha!
Bagi yang sudah bermain dengan
"SNIPER KILLER 3D"
pasti tiada masaalah kerana tidak jauh bezanya.

Bukan senang nak senang, dan begitu juga susah.
Banyak level untuk setiap cabaran, tetapi hanya di tempat
yang sama sahaja. Menarik tetapi letih hingga tidak
mahu bermain lagi, nak 'factory setting' telefon bimbit.
"SNIPER FEELING 3D"
ini menyeronokkan kerana pilihan senjata yang boleh
dipertingkatkan. Syok guna Sniper, boleh zoom dan
tembak musuh dengan tepat walau di mana musuh
berada, cuma kecepatan kita untuk menghadapi
serangan musuh atau lawan adalah penentu kejayaan.

Dalam permainan ini, pemain hanya boleh membawa
2 laras senjata dan bom tangan, walau bagaimanapun
ianya hanya boleh digunakan pada satu-satu  masa.
Terdapat 7 rifle sniper menjadi pilihan pemain.
Pemain perlu kumpul 'COINS' secukupnya untuk
menbuka kunci senjata ( UNLOCK )
Sniper Rifle No: 1 : Walther WA 2000?
Sniper Rifle No: 2 : Cheytac Intervention?
Sniper Rifle: 3?
Semakin naik level maka semakin banyak lawan,
lawan juga semakin kuat walau tidak minum MILO,
jadi kita perlu tingkatkan pertahanan dengan membeli
perlindungan dengan menggunakan 'COINS' yang
terkumpul hasil dari upah menumbangkan lawan.
Bila banyak duit ( COINS ) , maka boleh juga digunakan
tanpa was-was untuk membeli stok ubat, peluru dan
bom tangan. Kalau ada bazooka kan menarik!.
Sniper Rifle No: 2
M107 .50 Caliber Long Range Sniper Rifle (LRSR)?

Agak tidak puas main sebab tempat terhad, pemain tidak
boleh bergerak ke arah lawan tetapi boleh mengubah
kedudukan dan posisi. Sudah 'Sniper Feeling 3D'
tajuk di beri, takkan tidak faham-faham lagi.

Main punya main adakalanya pemain boleh keluar
pula dari kawasan permainan, merayau di sekitar
kawasan, tapi sayang tiada musuh untuk ditembak.
Permainan sudah silap atau "Game Error" sebenarnya.
Di bawah adalah satu lokasi rahsia di luar medan
pertempuran.  Lihat jumlah bom tangan, pun sudah beribu
jumlahnya. Entah bagaimana dibawanya.
Nak serang siapa?, nak bom apa?, tak ada apa-apa.
Bagai hidup seorang.
Juga salah satu lokasi di luar kawasan pertempuran.
Dapat ke kawasan ini beerti sudah tidak boleh
berpatah kembali, ini kerana pemain telah terkeluar
dari kawasan had pertempuran atau Game error
pemain perlu keluar dari permainan dan main semula.
Kalau asyik kalah dan nak cepat tingkatkan pertahanan,
persenjataan dan membeli stok ubat, bolehlah beli
'COINS' secara terus.

Berikut adalah Senarai harga syiling untuk membeli
kelengkapan persenjataan dengan cepat.
Bermula 6000 coins boleh dibeli dengan harga $0.99,
berakhir 1 Juta 'COINS' dengan harga $99.99.
iaryylr ada lebih 600 Juta COINS, jadi 
6000 COINS bersamaan  $0.99
1 JUTA COINS bersamaan $99.99
Jadi 600 JUTA : Jika Dollar $99.99 X 600 : $59,994
X 3.5 = RM209,979?
Sayang, seperti mendapat duit ghaib sahaja,
tidak boleh buat apa-apa. Tidak boleh ditunaikan.
Duduk diam-diam.

Di bawah Sumber Dari https://play.google.com
Penerangan
Sekarang anda mempunyai misi baru ! Sekumpulan pengganas telah menduduki bandar S , merampas penumpang yang tidak bersalah sebagai tebusan.Sebagai upahan yang baik dan misi anda adalah untuk menghapuskan semua pengganas dan menyelamatkan tebusan. Di sini anda perlu tenang, anomali analisis dan cepat, agresif , teknik menembak tepat , membolehkan kepala anda untuk bertenang, untuk menikmati permainan yang mencabar ini sekarang!
★ ★ ★ Ciri-ciri:
★ mod permainan Level: Mod permainan untuk tahap yang tidak terhad dan ada sistem penarafan bintang yang membolehkan anda menyimpan sejuk pada akhirnya, untuk mencuba bagaimana kuat keupayaan anda, sejauh boleh memecahkan ia !
★ Pelbagai senario permainan: pelbagai senario permainan yang berbeza, terdapat dok, City Square , gudang bahan buangan.
★ sistem senjata Kaya: boleh menjadi senapang pelbagai sniper, pistol, senapang sub-machine gun dan penggantian bom tangan.
★ musuh Penuh wujud: musuh di mana-mana , ada bersembunyi di dalam tanah di belakang bangunan , dan ada bersembunyi di bumbung , yang memerlukan mata yang berminat anda untuk mengesan dan menghapuskan mereka.
★ mod pertempuran Fleksibel: Pertempuran itu boleh dibeli atau tambahan kit perubatan jatuh HP, dengan menaik taraf pertahanan dan serangan pemain mendapat keupayaan untuk menguatkan, mengalami proses yang unik berjuang menyeronokkan.
★ operasi Wikipedia: operasi skrin sentuh penuh , jadi anda hanya menggerakkan jari , anda boleh dengan cepat menangkap bayang-bayang musuh dan menembak, adalah sangat mudah.
★ adegan pertempuran sengit: kesan visual realistik dan muzik pertempuran terbaik di dunia, mempunyai perasaan yang menembak gila.
★ ★ ★ Bagaimana bermain
★ skrin sentuh untuk memasuki mod menembak.
★ Slaid skrin boleh diputar untuk bergerak perspektif.
★ Klik ikon di sebelah kanan butang " F" untuk api , berputar ikon untuk bertukar-tukar antara senjata yang berbeza.
★ Klik butang di sudut bawah kanan penguatan bulatan silang boleh dihidupkan penglihatan; ikon watak klik boleh berdiri, mencangkung pensuisan postur.
★ Klik ikon dalam kit atas perubatan yang sesuai boleh menambah HP, klik ikon untuk pengeboman bom bom tangan.
★ Selepas mod penguatan ke dalam penglihatan, Dengan melaraskan tuil untuk jarak yang sesuai dari zoom kanta.
Antara muka utama boleh dipilih untuk peta permainan , lengan pembelian, pusat membeli-belah untuk membeli emas ujian sensitiviti permainan, perkongsian kandungan permainan.
Download Android

3 ulasan :

fairus berkata...

SAYA JARANG MAIN GAME.. HANYA MAIN KALAU BEBETUL TAKDE KERJA.. TENGAH MENUNGGU, ATAU SEBELUM TIDUR, UNTUK LELAPKAN MATA..

fairus berkata...

SAYA JARANG MAIN GAME.. HANYA MAIN KALAU BEBETUL TAKDE KERJA.. TENGAH MENUNGGU, ATAU SEBELUM TIDUR, UNTUK LELAPKAN MATA..

rainbeaumabery berkata...

Citizen Promaster Titanium - Home - TITanium - Titanium Arts
The "Promaster" Titanium galaxy watch 3 titanium is a titanium vs ceramic flat iron high quality apple watch stainless steel vs titanium bronze finish that is burnt titanium handcrafted with titanium material, titanium charge iron and aluminum.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.