17 JANUARY 2014
Dulu bela ikan, bela arnab, bela kucing, kini bela Tupai.
Memperkenalkan Tupai belaan Isteri Saya.
- Tupai Tanah Malaysia -
SEEKOR TUPAI TANAH - TREESHREW |
17 JANUARY 2014
Kami membelanya sejak ianya berusia kurang 2 minggu
Ini gambarnya sewaktu berusia kira-kira 4 bulan.
Bukan membeli atau menculiknya tetapi dijumpai rakan.
Nak di biarkan kasihan nak membela pun kena jawab.
Memelihara Tupai Tanah - TREESHREW |
17 JANUARY 2014
Telatahnya menghiburkan, pandai merajuk, suka
menyelongkar, suka belajar walau tidak berkemampuan,
pengingat, pandai marah, suka makan, suka bermain,
kenal orang dan sebagainya.
Tupai Tanah yang jinak - TREESHREW |
17 JANUARY 2014
Pejam-celik pejam-celik sudah 6 bulan berlalu.
Sekarang ada tugas yang dipikul adalah untuk mencari
pasangannya. Mungkin bila dah banyak baru
senang hati untuk melepaskannya dan hidup berdikari.
Membela Tupai Tanah - TREESHREW |
17 JANUARY 2014
Kalau barang koleksi rosak kerananya,
senyum sahaja, bukannya sengaja.
9 ulasan :
JINAK KE BANG? TAK LARI?
JINAK KE BANG? TAK LARI?
happiness dapat jaga dan kasi makan kat haiwan ciptaan Allah.
Fairus,
Jinak jinak tapi suka menggigit, gigit main-main. Tak lari, kalau lari dalam rumah pun sampai tempat yg dia tak pernah pegi dia akan keliru, waktu itu kita dah tangkap dia balik. Sifat ingin tahu dan menerokanya kuat.
deaf-angel,
Sama-sama, kadangkala kita rasa yang haiwan ini juga berjasa juga,... mengajar erti kesabaran dan sebagainya :)
Saya pn ada bela..blom celik mata lgi
Ade jumpe sekor..tp bingung. Nk bg mkn ape kecil lg..
Ad sekor,baru dapt...agresif,mgkin rse terancam.....dlm lingkungan 2 bulan...bukn ktogri jinak....first pegang dah kne gigit...tpi cube untuk bela....
Salam, tumpang tanya, tupai pinang boleh kawen dengan tupai buah tak ?
Catat Ulasan