Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label colgate. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label colgate. Papar semua catatan

Colgate Sensitive Pro-Relief

Sakit gigi dengan minuman sejuk?
Boleh cuba dengan Colgate.
"Disyor mencuba, perlu percuma"
Sampel ubat gigi Colgate percuma.
Isteri barter dengan anak buah tukar dengan
ubat gigi kanak-kanak.
Menambahkan lagi koleksi sampel dan ubat gigi.
Yang ini untuk simpan, kalau dapat lebih baru
boleh cuba, kalau dapat banyak? bolehlah
buat kongsi - kongsi dengan rakan - rakan.

Mug 'New Colgate Fresh Confidence'

Mug Colgate
Free Your Mouth For Hours
Info Foto
Foto di atas iaryylr gunakan software Adroid
'FX Camera' versi 2.2.1 dan untuk frame dan latar
belakang iaryylr menggunakan software Adroid
'Photo & Pic Collage' versi 1.2.9 .

Colgate Plax

Cawan Kertas Colgate
Cawan persampelan yang berwarna merah garang.
Boleh di dapati di pasaraya terpilih.

Collezione di tazze e bicchieri

Questo calice è un souvenir da Colgate.
Konon-konon orang itali lah tu!
pening juga olahan bahasa dari
gugel, lucu pun ada.
Ya! gelas yang seperti kubis ini juga adalah
gelas emboss, rasanya ramai kolektor gelas
souvenir pun sudah memilikinya.

Gelas Emboss Dari Colgate

Gelas Colgate Emboss
Gelas lutsinar yang bergelang.
Bukan gelang kaki atau gelang
tangan, tetapi gelang pada gelas.

Koleksi Gelas Colgate

Gelas Colgate Tapak Emboss
Dengan seri bunga Smurf
Ada beberapa warna tidak silap.
Yang ini gelas dengan gelang biru.
Gelas-gelas baru souvenir sekarang
sudah tiada lagi yang emboss.
Itu yang kurang menarik :) .

Colgate Plax Ice Baharu

Colgate Plax Ice
12 Jam Perlindungan Anti Bakteria
'macam X-Men'
iaryylr tidak guna Colgate Plax, tapi yang ini
dapat percuma. 'Colgate Plax Ice' ini adalah
barang persampelan yang dibotolkan.
Cuma 20ml sahaja untuk sekali mencuba.
Dari untuk sekali guna, baik disimpan
sebagai koleksi barang persampelan.
Botolnya pun comel dan menarik.
Kalau dapat lebih baru boleh cuba... .

MUG UPIN IPIN COLGATE 2010~2011

EDISI TERHAD KOLE UPIN IPIN DARI COLGATE
Makan ubat gigi, tidur ubat gigi, Pagi jangan lupa gosok gigi!
Tadi tengok TV nampak iklan Colgate ada keluar kole
edisi terhad lagi. Ada 4 grafik Upin Ipin kesemuanya.
Maka saya teringat Edisi Terhad Mug Upin Ipin yang
dikeluarkan pada bulan 6 ~ Julai 2010. Ada 4 tema
yang menarik. Belum entri lagi rupanya mug mug ini.
Dibawah ini adalah gambar mug-mug Upin Ipin 2010.
Apa yang menarik, terdapat gambar Upin pada satu
bahagian & Ipin pada satu bahagian yang lain.
Semua tema & ilustrasi adalah dari rancangan yang
pernah disiarkan dikaca tv. Itu yang menarik.
Hari ini Kita lihat dari siri 'Detektif Upin dan Ipin'.
Betulkah yang atas Upin & yang bawah Ipin?
Ya kawan-kawan, dapatkanlah 4 jenis kole edisi terhad
Upin & Ipin 2011 dipasaran! amat sesuai digunakan
sewaktu menonton siri kartun animasi Upin & Ipin
sambil makan keropok ikan cecah sos cili.

MUG COLGATE UBAT GIGI ARNAB KE-2

Kole Colgate lagi...
Setelah terjumpa kole Colgate pada 8 Julai , maka pada 14 Julai
pula saya beli satu kole Colgate Arnab sebagai pasangannya.
Tetapi rasaya kedua-duanya Arnab jantan pula... .

MUG COLGATE UBAT GIGI ARNAB

GIGI ARNAB PUTIH DAN BERSIH
Ha! tengok arnab itu, pandai hendak gosok gigi...

Mengapa cawan besar ini berada ditanah? apa pun jawapan
disitulah tempat asal sebelum dialihkan ke dalam plastik.
Sebenarnya sewaktu lihat tanah bekas kebun yang telah
diratakan memang meninjau apa yang ada sebab tanah yang
ditambak adalah campuran dari bahan buangan binaan seperti
batu-batan,kayu,besi,kaca,tembikar dlln.Gambar foto memang
tidak cantik sebab camera h/p sudah kelabu asap. Dalam
tinjauan ada jumpa pinggan lama tapi dah pecah, botol minyak
wangi, bateri national, botol plastik dlln, cuma bateri national &
mug saja yang saya ambil sebab itu yang tertarik. Ada juga
terjumpa anak ular tedung sepanjang 3 kaki, baru hendak hempap
dengan batu.., toleh saja sudah ghaib.., mungkin jin agaknya...,
atau anak ular itu telah menyusup ke dalam tanah yang tidak rata
tanpa disedari. Emm, bila direnung-renung gigi arnab itu saya rasa
mungkin mug itu ditanah sebab ada kaitan dengan
arnab yang suka korek tanah....?.
( hobi & koleksi Julai 2010 )

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.