Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label darlie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label darlie. Papar semua catatan

TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION #1

"TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
Bilakah peperangan ini dapat ditamatkan?
Perang robot atau mahluk asing?
Cukuplah semuanya angkara manusia....
"TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
"TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
 Kerana manusia juga robot rebutkan ubat gigi!
Walau robot tidak bergigi!.
Kita ada gigi, ada gosok gigi atau tidak?
TRANSFORMERS "AGE OF EXTINCTION"
 Atau beli ubat gigi semata-mata nak dapatkan
KOLE TRANSFORMERS PERCUMA!
Koleksi Kole "TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
Kole EDISI TERHAD ini adalah
PERCUMA!, dengan pembelian 2 kotak ubat gigi
Darlie Enamel Protect 200 gram.

iaryylr baru dapat 1 kole sahaja buat permulaan.
Mug "TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION" Mug
Ada dua pilihan antara Bumblebee dan Optimus Prime,
iaryylr pilih "OPTIMUS PRIME"
Promosi Darlie "TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
Promosi untuk kole ini dipercayai hanya di pasaraya terpilih,
ini kerana terdapat 3 lagi corak kole TRANSFORMER
di lokasi lain yang turut mengancam kolektor, kaki mug,
TRANSFORMER dan souvenir.

Di sebuah pasaraya besar, sekejap sahaja 3 kotak kole
"TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
habis di tebus pembeli ubat gigi Darlie 


Apapun rehat dulu, tak mahu tergesa-gesa untuk
melengkapkan set, mana tahu esok lusa terjumpa
di pasar karat, tak ada ubat gigi untuk souvenir tak apa
asal dapat minimakan kos. 

Ubat Gigi Darlie

Tinggal kotak saja...
Jika diperhatikan, tema dan corak kotak ubat gigi
dari jenama Darlie saja yang sering bertukar
mengikut hadiah yang ditawarkan berbanding
jenama ubat gigi lain di pasaran.
Banyak hadiah yang terlepas sebab tidak terkejar
maka kuranglah kotak yang dapat disimpan.

DARLIE LOONEY TUNES

Pinggan DARLIE LOONEY TUNES Musim Luruh
Penat menyapu sampah daun luruh, Si TAZ menyepahkan
semula, nasib tak boleh dimakan kalau tak dah kena
sembelih Si TAZ dimasak sambal cili kedondong.
Ya!, Ubat Gigi Darlie memang tak sunyi dengan souvenir.
Entah berapa banyak pinggan, gelas, cawan dan
sebagainya yang telah dikeluarkan untuk pengguna.
Bagai sepanjang tahun ada saja tarikannya.

KOLEKSI MUG DARLIE Y2K

Mug Darlie yang dikeluarkan sempena tahun 2000
Menampilkan Mickey Mouse sebagai karektor.
Kalau ada Mickey tentu ada Minie kan?
Ada cerita menarik menjelang tahun 2000? Y2K?

Koleksi Gelas - Darlie

Gelas Darlie Tapak Emboss
Gelas kaca berombak berwarna biru laut.
Siri gelas gelas emboss...

Mug Darlie Minie Micky Mouse

M-I-C-K-E-Y M-O-U-S-E
Mickey Mous, Kuek! Kuek! Kuek!
Mickey Mouse, Kuek! kuek! kuek!
Mug Darlie Februari 2012
Minie keseorangan tanpa Mickey
Tak kisah kata Minie sebab Mickey
telah tinggalkan insuran berjumlah
berpuluh juta buat Minie.. .

Anak Kambing Yang Kehilangan Ibu

Anak Kambing Untuk Di Jual
Sebab telah kehilangan ibu.
Sudah malam masih ucap "Good Morning!"
( Koleksi Pinggan Mangkuk Berkokok )

Lembu Punya Susu Sapi Punya Nama

'Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama'
Apapun pepatah bahasa, ini lembu comel.
Moo! Moo! ( nak makan! naka makan! )
Pinggan Darlie 'Good Morning'
Selamat Pagi Semua!

Pinggan Bunga Darlie

Bukan Pinggan Darling Tetapi Darlie
Inilah pinggan tahap mangkuk yang sesuai diguna
untuk menghidangkan Mee Jawa, Mee Kari,
Mee Sup atau apa sahaja mengikut kehendak
pemilik pinggan seperti di atas.

Koleksi Gelas Darlie - Awan Nano

Gelas Seksi ... Auw!
"tak nampak apapun?"
"ha! baru nampak, macam magik pula!"
Gelas untuk minuman sejuk, bila tuang
air berwarna baru menyerlah temanya.

Gelas Darlie Bunga Kebangsaan Kita

Gelas Darlie Bunga Raya
Gelas Kontot yang diperkuat dengan
Aura Seri Bunga Raya
Jika ubat gigi dengan ramuan Bunga
Raya pasti menjadi ubat gigi serbaguna
yang boleh diguna sebagai seri muka.
Antara percaya atau tidak saja :) .

Keluaran Ubat Gigi Yang Tidak Untuk Dijual

Ubat Gigi Apakah Yang Tidak Untuk Dijual?
Mengapa tidak untuk dijual?
Siapa yang tidak mengizinkan untuk dijual?
Ubat gigi 'Double Action Enamel Protect' pula itu,
Ya! inilah barang persampelan dari Pakcik Negro.
Pakcik Darlie yang sentiasa tersenyum menampakkan
baris gigi yang putih berseri, tak tahulah gigi yang
asli atau palsu. Palsu, asli, tampal, apa pun perlu
diberus juga dengan ubat gigi. Kalau nak berus gigi
dengan sabun mandi atau shampoo rambut pun
boleh juga jika anda hendak mencuba atau cuba-cuba.
Ha! ha! ha! ha! 1 juta kali Ha!
shhhh! jangan beri tahu sesiapa tau... shhhhh!
"biar pecah diperut jangan pecah dimulut"
iaryylr pernah tergosok gigi dengan pencuci muka!
Kan hampir sama sahaja saiznya!
Ha! ha! ha! ha! 1 juta kali Ha!
ingat ia! jangan beritahu sesiapa o.k!?
"biar pecah diperut jangan pecah dimulut"

Khasiat Arnab Dan Burung

Khasiat Arnab & Burung, sebenarnya juga dapat membantu
dalam penjagaan atau bagi mereka yang ingin memiliki
gigi yang kuat dan sihat .
Oleh itu pastikan kita pandai makan daging arnab dan
burung untuk menyihatkan lagi gigi kita.
Memakan daging arnab atau burung juga dapat
membantu ekonomi negara, penternak dan juga
dapat menyelesaikan masaalah kekurangan
daging ayam dimusim perayaan.
Masakkan seperti Rendang Arnab atau Burung 3 rasa
juga boleh dipopularkan dan diperkenalkan di seluruh
negara hingga ke peringkat antarabangsa.
Mahu resepi masak Arnab dan Burung?
Untuk resepi yang lebih enak tetapi agak seperti
masakan eksotik bukan resepi zaman neolitik,
bolehlah masak sekali arnab dan burung yang
telah disembelih sekali dalam masakkan.
Jangan buat-buat alpa pula, pastikan sudah dicabut
bulu dan dibersihkan terlebih dahulu... .
Apa yan diperlukan adalah daging arnab dan burung
tanpa isi dan cuma dibelah tengah. Hempedu,
jantung, hati dan segala isi perut tidak diperlukan.
Bahagian lain seperti kepala, tonggeng, hujung kaki
juga perlu dipotong agar lebih menyelerakan.... .
Cara-caranya yang tidak mudah dilupa adalah seperti
berikut dan bukan seperti biskut....
1-Masukkan rempah sup bunjut dalam burung.
2-Lumurkan luaran burung dengan rempah kari,
kalau tiada rempah kari boleh juga dilumur
dengan sedikit rempah meggi kari.
3-Masukkan pula burung berkari ke dalam arnab,
jangan pula pandai-pandai nak sumbat arnab dalam
burung sebab tidak muat, lainlah kalau Burung Helang
atau Burung Hering, tapi burung itu kita tidak
boleh makan, Maksudnya perlu burung yang boleh
dan dibenar makan seperti Burung Puyuh ke atau
Burung Merpati, Tapi jangan pula Merpati Sejoli,
sebab Merpati Sejoli jika ditangkap secara tidak
langsung ini akan mengganggu ekosistem.
Lagipun rasa masakkan akan kurang harmoni.
4-Untuk lebih citarasa klasik dan okestra, boleh juga
sumbat apa saja didalam arnab seperti halia, serai
atau Bunga Kantan asal jangan santan.
5-Bila semuanya sudah siap, bolehlah difikir-fikirkan
cara bagaimana untuk memasaknnya...
Ha! ha! ha! ha!, maaf ya! hendak masak bagaimanapun
iaryylr tidak tahu sebenarnya.... hu! hu! hu! hu!

GELAS KONTOT EMBOSS DARLIE

Gelas Kontot Lama Darlie
Tempah Khas dengan Emboss Tampak Retro...

MUG SNOOPY DARLIE

Mug Snoopy Darlie
'Feel cool , Feel clean , Feel Darlie'
'Merah & biru yang tidak berunsur Politik'
Snoopy rasanya pergerakkannya macam itik...
apa pula yang Snoopy petik?
Dah dapat, ambil saja....

GELAS DARLIE LUKISAN BUNGA ORKID

Gelas Darlie Siri Lukisan Bunga - No:2 Bunga Orkid
Siri gelas pendek yang berlekuk ke tapak... .
Gelas yang berirama....

GELAS DARLIE LUKISAN BUNGA

Gelas Darlie Tema Bunga
Gelas Darlie Siri Lukisan Bunga N0:1
Bunga Apa?
Gelas ini lain sikit sebab berlekuk-lekuk pada
bahagian bawah ketapak. Tidak diketahui berapa
corak dikeluarkan untuk siri keluaran ini.

GELAS DARLIE MINNIE

Gelas Minnie Tanpa Mickey
Sebab Minnie sudah jumpa Darlie....
Darlie pula kehilangan Darkie....

MUG BUGS BUNNY DARLIE 2011

Mug Bugs Bunny Looney Tunes Dari Darlie
Depan
Belakang
Bawah
Dalam
Mug percuma ini dapat dimiliki dengan pembelian
2 ubat gigi Darlie ' All Shiny White' selagi stok masih
ada dipasaraya yang mengambil bahagian.

Terdapat 4 set atau watak yang ditawarkan, iaitu...
Bugs Bunny - Tassie @ Taz - Sylvester - Tweety

Mug ini cantik dan berkualiti, tema kartun lucu
memang menceriakan.

MUG KACA DARLIE BUNGA TULIP

KOLE KACA DARLIE, ada lagi!
Pandangan dari dalam
Pandangan dari kiri
Pandangan dari kanan
Mug sebegini minum air sirap sejuk tambah lagi
air batu, perghhhh! bagai berkabus kelilingnya,
bila kita pusing-pusingkan mug ke kanan atau
ke kiri..., bunyi air batu berlaga dengan mug ini
bagai berirama senandung semalam..... .
koleksi mug darlie

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.