Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label dutch lady. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dutch lady. Papar semua catatan

Hari Kantin Dutch Lady

Hari Kantin Dutch  Lady
"Sewaktu kita bersekolah rendah dan menengah,
pasti kita ikuti acara Hari Kantin di sekolah."

Dulu, masing-masing perlu membawa makanan
dari rumah, atau setiap kelas perlu menyediakan
makanan pilihan untuk di jual pada Hari Kantin.
Hasil kutipan semua masuk tabung sekolah.
Waktu di sekolah rendah iaryyl sering terfikir,
mana peruntukkan? mengapa perlu banyak aktiviti
untuk menyedut duit. Terfikir juga mungkin semua
itu untuk membayar gaji para guru dan perbelanjaan
sekolah seperti air dan elektik. Nak bertanya, takut.

O.k! sekarang bila sudah tua, iaryylr terjumpa pula
buku ini di jual di sebuah kedai runcit.
Souvenir Dutch Lady
Wah! rupanya sebuah Buku Memo Hari Kantin.
Hari Kantin Buku Memo
 Mengimbau kenangan alam persekolahan yang ROCK.
Sekarang Hari Kantin Bersama Dutch Lady
 Nak tulis memo apa ya?
Kotak lucu Dutch Lady
Nak conteng apa ya?
Wah! ada jadual lagi di sediakan!
Jika berpuluh tahun yang lalu, pasti menarik jika
dapat buku memo ini.
Lebih seronok berpuluh tahun yang lalu bila dapat
pelekat untuk di lekatkan pada buku memo hari kantin.
Lebih bahagia jika dulu dapat susu kotak Dutch Lady.
Dulu zaman Dutch Baby.
Apa pun Selamat Hari Kantin :) .

Klip Serbaguna Dutch Lady

Klip Dutch Lady 
Boleh buat klip bungkusan plastik susu tepung
yang dibuka, juga bungkusan makanan ringan.
Promosi April di beberapa stesen minyak
terpilih. Rasanya seperti selagi stok masih
ada dan promosi di beberapa lokasi baru
pada bulan-bulan berikutnya.

Koleksi Mug Susu - Mug Dutch Lady

Kole Dutch Lady "Transform Food To Energy"
Jom lawan main papan luncur dengan atuk!
Pantun Seloka

Hidup muda terumbang-ambing,
Muka toya wajah sebu,
Atuk minum susu kambing,
Cucu minum susu lembu...

GELAS DUTCH LADY

GELAS DUTCH LADY
'Spread The Goodness Of Milk'
Maaf Geng, Gambar tidak memuaskan...

KRIMER MANIS DUTCH LADY

DUTCH LADY SWEETENED CREAMER
Tidak Sesuai Bagi Bayi!
Susu Krimer Dutch Lady dalam tin dengan berat bersih 505g
nampaknya sudah tiada dipasaran beberapa tahun lalu?.
Susu tin Dutch Lady ini mungkin boleh didapati lagi.
Menurut tokey kedai, susu tamat tempoh begini diorang
buat beri minum anjing, entahlah betul ke tidak. Kalau baru
tamat tempoh tu o.k juga. Tapi kalau dah beberapa tahun
mungkin tidak. Mungkin juga dulu dia banyak stok lama.. .

MANGKUK DUTCH LADY

MANGKUK DUTCH LADY
emboss pada bawah mangkuk....
Memang cantik dan kemas pada pandangan saya,,,,,
Pun ada satu saja dalam simpanan, hu hu hu!

KALENDAR DUTCH LADY 2011

Dengan Pembelian 2 Kotak kecik Susu Dutch Lady Di 7/11
pada bulan november yang lalu maka inilah hasilnya...
Kalender mini bersaiz poket percuma!.
Bahagian dalam muka depan tertera cuti umum
Bahagian muka setrusnya, Kalendar bulanan bernota.
Bahagian akhir untuk nota ringkas...
Sayang ada satu sahaja, entah ada lagi atau tidak?

GELAS DUTCH BABY - SUSU PERISA ROS

GELAS DUTCH BABY - MINUMAN SUSU PERISA ROS
Gelas lama Dutch Baby ini memang sukar ditemui.
Tetapi jika anda mudah temui tidak tahulah saya.
Dahulu Dutch Baby Kini Dutch Lady.
Kilang Dutch Baby tersebut terletak di sebelah Kilang
lagenda terkenal yang berakhir dengan penutupan
iaitu 'National Aerated Water( KL )' yang terletak di
Petaling Jaya. Ibarat bangun sama-sama jatuh
masing-masing pula.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.