Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label matawang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label matawang. Papar semua catatan

Seringgit Lama Dari Puchong

Misteri Seringgit Lama Dari Puchong...
"Jangan biarkan hidup anda di selubungi, Misteri..."

Pada Februari 2012, iaryylr dan rakan
setugas melalui Lebuhraya Puchong
kerana menghantar peralatan yang
perlu diperbaiki, Setibanya di Tol, iaryylr
menyerahkan RM 10 kepada rakan setugas
yang memandu ketika itu. Sebaik sahaja
rakan setugas mendapat duit baki terus
dia terkejut dan menyerahkan baki pada
iaryylr, mana dia tidak terkejut jika
iaryylr mendapat Seringgit Lama yang
masih cantik tidak berkedut, cuma warna
sahaja yang sedikit ada berubah.
Inilah Seringgit lama dengan tandatangan
Gabenor BNM ke-4: Tan Sri Dato’ Jaffar bin Hussein
(Jun 1985 – Mei 1994)
Menarikkan duit lama datang sendiri ?
Kadang-kala memang kita mendapat sesuatu
apa yang kita minat secara tiba-tiba.
Tentu banyak cerita tentang bagaimana
wang lama ini masih boleh berlegar.

RM 2 Yang Bertukar Pemilik

RM2 Prefix AF 1996964 UNC
'Tan Sri Dato’ Ahmad Bin Mohd Don'
Cerita Pasal Duit RM2 Akademi Fantasia
Inilah RM 2 yang telah lama disimpan oleh
orang lama yang tinggal di Jalan Kebun.
Akhir bertukar milik kepada iaryylr setelah
beliau mengetahui akan Hobi iaryylr
pada bulan Disember 2011.
( Terima Kasih Wak Shamsi )
Apa yang pelik pada duit ini, iaryylr hanya
boleh letak tanda 'contoh' sahaja pada
bahagian muka depan. Naik seram pula :) .
Mungkin sekadar kebetulan.
Rasa seronok pula, teringin kumpul RM 2.
- koleksi matawang Malaysia -

Hendak Duit FN atau Satu Ringgit Lama?

Antara duit FN & Satu Ringgit lama...
Keduanya dalam satu... dan 2 dalam 1
Sah atau tidak ini duit FN?

BANK NEGARA MALAYSIA RM5 LAMA QK

Bank Note RM5 Ahmad Don Siri 7
Duit Ringgit Lama RM5 Ahmad Don QK
Canadian Bank Note
Wang ini saya dapat dari isteri beberapa minggu
lepas, ada juga dapat RM1 & RM2.
Sumbangan dari mereka yang menghargai hobi.
Terima Kasih iaryylr ucapkan!

SAUDI ARABIA MONETARY AGENCY - 1 RIYAL

The fifth issue of Saudi Banknotes
Obverse: King Abdullah bin Abdul Aziz al-Saud
Sisi depan: Pusat ciri sisi depan mata wang Islam pertama, Di atasnya,
muncul nama Badan Kewangan Arab Saudi, jumlah dan tarikh Royal
berdasarkan Keputusan yang dikeluarkan, dan nama Raja Abdullah dalam
bahasa Arab. Di sebelah kanan wang kertas gambar yang mewakili
Raja Abdullah dan nombor siri.Dalam gambar, nilai wang kertas dicetak
dalam bahasa Bahasa Arab.Pada bahagian bawah, tanda tangan
Menteri Kewangan dan Gabenor SAMA dicetak.

Reverse : Building of the headquarters of the Saudi Arabian Monetary Agency
Sisi belakang: Sebuah gambar ciri-ciri pembangunan pejabat pusat
SAMA. Di atas, muncul nama "Badan Kewangan Arab Saudi" dan nilai
wang kertas dalam bahasa Inggeris. Di bahagian bawah ke sebelah
kanan nota bank, nilai wang kertas dicetak dalam Bahasa Inggeris dan
lambang kerajaan dipaparkan.

Tahun Isu Kelima ini dikeluakan : 2007
Saiz : 123 mm x 62 mm
Warna : Hijau Terang

Untuk maklumat lengkap sila ke...The Fifth Issue

Riyal adalah unit Mata Wang Saudi Arabia dengan kod SAR.
Tukaran 1 Riyal kepada Ringgit Malaysia pada hari ini
1 [Saudi Arabia] Riyal = 0.8663 [Malaysia] Ringgit

Maklumat diatas saya dapat dari Saudi Arabian Monetari Agency & money converter,
manakala mata wang Saudi Arabia yang dipaparkan adalah dari koleksi sendiri.

Koleksi Matawang Asing

MATAWANG SAUDI ARABIA 1 RIYAL

SAUDI ARABIA 1 RIYAL PAPER MONEY 1984
SAUDI ARABIA MONETARY AGENCY -1 RIYAL
Beberapa helai wang kertas Saudi Arabia telah saya dapat dari
Ayahanda & Bonda setelah mereka pulang dari menunaikan Umrah.
( koleksi matawang asing bukan mahluk asing iaryylr 2010 )

MATAWANG TAIWAN NT$100

TAIWAN NT$100 / TWD( TAIWAN DOLLAR )ISU 2 JULAI 2001
Gambar Bangunan Chung-San /
Duit kertas Taiwan ini adalah sumbangan Emak Angkat Isteri.
Duit Taiwan ini seperti RM10 Lama dan berSaiz P X L 145 x 70mm

koleksi matawang asing iaryylr

MATAWANG CHINA 50 YUAN 2005

CHINA CURRENCY / CHINESE YUAN
MATAWANG KERTAS CHINA 50 YUAN Siri 2005
( 50-yuan bill of the new print of the fifth version of the Renminbi )
Renminbi banknotes of the 2005 series
Koleksi Yuan / Yuan collection
Duit kertas ini diberikan oleh isteri beberapa hari yang lalu
setelah mendapat sumbangan dari Ibu angkat.
Nilai 50 yuan ini bersamaan lebih kurang RM24.19 setelah
diperiksa melalui 'currency converter' sebentar tadi... .
koleksi matawang asing iaryylr

MALAYSIA COINS COLLECTION - 1 RINGGIT

DUIT SYILING 1 RINGGIT PERTAMA 1971 ~ 1986
Tahun Keluaran 1971,1980,1981,1982,1984,1985 & 1986

1 Ringgit Copper-Nickel
Date : 1971 - Mintage : 500 - Proof
Date : 1971 - Mintage : 2.378,995

Malaysia Coins Collection
Malaysia Banknotes,Coins & Medals

Gambar adalah hasil dari :
Scanner : HP OfficeJet 5500

Commemorative Coin - Duit Syiling Peringatan

Commemorative Coin - Syiling Peringatan
9TH S.E.A GAMES COMMEMORATIVE
9TH S.E.A GAMES COMMEMORATIVE
NINTH SOUTHEAST ASIA GAMES
9TH S.E.A GAMES COMMEMORATIVE
1 Ringgit Copper-Nickel
Date : 1977 - Mintage 11,000 - Proof
Date : 1977 - Mintage 1,000,000
Minted By Franklin Mint

Malaysia Coins Collection
Malaysia Banknotes,Coins & Medals

Gambar adalah hasil dari :
Scanner : HP OfficeJet 5500

KOLEKSI MATAWANG MALAYSIA - RM50 MERDEKA

KOLEKSI MATAWANG MALAYSIA - RM50 MERDEKA
Align CenterAtas Muka Depan / Bawah muka Belakang

RM50 Dengan Logo Peringatan Kemerdekaan yang Ke-50

Koleksi Iaryylr 2010

KOLEKSI MATAWANG MALAYSIA - RM100

RINGGIT MALAYSIA 100
Duit /wang bernilai RM100 ini yang mempunyai tahap
gred UNC (UNCIRCULATED). Saya mendapatkannya semalam
sebelum membuat pembayaran di sebuah kedai. Seorang
uncle India memborong barang perhiasan dan membayar
tunai.Sewaktu beliau membuat bayaran saya dapati
wang RM100 tersebut bersama beberapa keping RM 50.

Saya bukan pengumpul tegar tetapi peluang seperti ini
membuat saya tersenyum hingga ketelinga. RM1OO ini
anggaran nilai sekarang adalah RM200 @ keatas. Jika
wang gantian ( replacement Note ) ZU, nilai dengan
Gred UNC harganya RM500 @ Keatas.

Syiling Lama Malaya And British Borneo

Queen Elizabeth II 1953-1962
Queen Elizabeth The Second - 10 CENT
Currency Issued by the Board of Commissioners of Currency,
Malaya And British Borneo (1952-1967)
Edge : Milled - Weight : 2.82g
Diameter : 19.5mm
Composition : Copper Nickel
Date : 1953
Mintage : 20,000,000

Wow ! dengan keluaran sebanyak 20 juta keping
berapa juta pula yang tinggal sekarang?
Namun dalam simpanan saya cuma sekeping
10 cent dari 20 juta keping.
20 juta keping bersamaan 2 Juta Dollar?
Jika nilai jual beli kini Rm3 sekeping harga terkini kali
20 juta keping bersamaan RM60 Juta?, tetapi itu
tidak mungkin terjadi kerana harganya sudah tentu
jatuh menjunam jika masih berlegar 20 juta keping
syiling disekeliling kita(betul ke Matematik saya ini ?).
esok saja saya periksa.... jom kerja...!

Koleksi Barang Lama - Duit Syiling

COMMISSIONERS OF CUPRENCY MALAYA 1948

Numismatic Collection : Post-Colonial Money
Duit Syiling Lama Malaya ( George VI King )
Malayan 20 Cents Coin
KING GEORGE THE SIXTH
This coin was issued by the

Board of Commissioners Of Currency Malaya in 1948.

--------------------------------
Currencies of the Board of Commissioners of Currency
Malaya Coins
The Board of Commissioners of Currency Malaya came into being in October 1938 and started to issue currency in 1939. The obverse side had the inscription ‘George VI King and Emperor of India’. However, after the Indian Independence Act 1947, the British Parliament assented to omit the royal title of Emperor of India’ from the coins. Accordingly, the coins issued for Malaya from 1948 to 1950 had the inscription ‘ King George The Sixth’ on the obverse.

Sumber : Bank Negara
--------------------------

Duit Syiling Malaya
Duit Syiling lama Commissioners Of Currency Malaya
ini masih mudah didapati dan harganya juga tidak
menentu walau boleh ditentu.Syiling COCM ini
dikeluarkan dari tahun 1948 hingga 1950.
Syiling dalam simpanan saya bertarikh tahun
1948 dan telah berusia 62 tahun.

Hobi & Koleksi

King George V Straits Settlements Coin

Syiling Lama king George V Straits Settlements
( 1910~1936 )
George V King And Emperor Of India
Nilai : 10 Cent Bahan : Perak + Tahun : 1927
Usia : 83 Tahun Kondisi Nilai Lusuh :RM4+ ?

Untuk harga bergantung pada kualiti , dan lain-lain,
nilai pasaran pula biasanya hanya pakar dapat menilai ?.
Namun jika kita semak harga jualan gila-gila juga
masih mendapat sambutan kerana bermacam sebab.

Duit Syiling Lama Straits Settlement

Duit Syiling Lama - Straits Settlement
KING EDWARD VII ( 1901 ~ 1910 )
King Edward VII And Emperor - 10 Cent
Nilai : 10 Cent Bahan : Perak + Tahun : 1910
Usia : 100 Tahun Kondisi Nilai Lusuh :RM4+ ?

Duit syiling ini masih mudah didapati , dan saya cuma
simpan satu sebagai syarat memuaskan hati sahaja.


SISIPAN INFORMASI

KING EDWARD VII ( 1901 ~ 1910 )
King Edward VII And The Emperor - 10 Cent

KING GEORGE V Straits Settlements ( 1910 ~ 1936 )
George V King And Emperor Of India - 10 Cent

MALAYA 1942 - 1945
JAPANESE GOVERNMENT

MALAYA 1948 - 1951
Malayan 20 Cents Coin
KING GEORGE VI( 1948 ~ 1951 )
KING GEORGE THE SIXTH - 20 Cent
Board of Commissioners Of Currency
Malaya in 1948

Malaya And British Borneo ( 1952-1967 )
QUEEN ELIZABETH II ( 1953 ~ 1962 )
Queen Elizabeth The Second - 10 CENT
Board of Commissioners of Currency,
Malaya And British Borneo ( 1952 - 1967 )



Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.