Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

NELSON'S FAMOUS FLAGSHIP #1

Build Lord Nelson's HMS Victory
Build - Explore - Craft
'Peluang Anda Menjadi Pembina Kapal Perang'
juga peluang Anda menjadi Ahli Pelayaran...
Kelasi, Tukang Masak, Pembantu Kapten, Juru Peta...
Hobi membuat atau memasang model memang sudah
lama di Malaysia, seperti model robot Gundam,
kenderaan perang atau sebagainya.
Namun apa yang saya entrikan ini adalah bagaimana
kita boleh membuat bina kapal perang lama di
perairan longkang Malaysia, ha ha ha! ini lah ibarat
kapal selam tidak boleh selam, kapal laut tidak boleh
timbul atau tenggelam selepas dibaiki.... manakan
tidak? sebab yang ini hanya model replika yang boleh
dijadikan hiasan, itu pun jika berjaya disiapkan!.
( 2 buku panduan disertakan )
Harga permulaan untuk Anda menjadi pembina kapal
laut ini adalah RM9.90, tidak perlu sebarang sijil
untuk anda berjaya, cuma kos untuk isu seterusnya,
ketelitian, kesabaran, kesungguhan yang menjadi
pemangkin untuk anda menggapai impian berprestij.

Baik buruk setiap hobi sememangnya ada, namun
bergantung pada diri kita, kalau ikut pandangan
negatif, peratusan keinginan akan menurun.
Bagi pendapat saya, hobi memasang bina model kapal
perang ini atau sebagainya adalah sesuatu yang
agak mencabar. Bukan senang rupanya.... .
Kita sebenarnya boleh melakukan sendiri atau
jadikan hobi seperti ini sebagai hobi atau aktiviti
kekeluargaan. Seperti si ayah bina bahagian ini,
si emak memasang bahagian itu, si anak pula
menyiapkan sebahagian yang lain, pasti kerjasama
seperti ini akan lebih mengeratkan hubungan.
( DVD langkah kerja dan set permulaan )
Didalam fikiran ini, andailah setiap yang saya kenal
menyumbang setiap isu seterusnya, maka tercatatlah
mereka itu sebagai pelayar bersama gagah perkasa untuk
merentasi lautan yang luas, maka sebagai sebahagian
anak kapal pasti akan mendapat imbuhan bergantung
pada hasil pelayaran yang belum punya hala tuju lagi.
( Bahagian belakang dan depan isu pertama )
Jika krew-krew kapal sudah cukup dan bersedia
membelah badai, maka iaryylr lah Nahkodanya!
Ha! Ha! Ha! Ha! berangan sungguh rupanya... .
( Kalau tempah satu set, maka inilah cenderamatanya )
( Yang tidak tahan isu seterusnya RM 29.90 Arfghhh! )
Selamat Belayar.... alamak! banyaknya kapal lanun!
bom! bom! kebabommmmm!

Tiada ulasan :

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.