Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

HOt WHeeLS REJECT Yang Merugikan

HW MAIN STREET 11 / 68 EL CAMINO 167/244
Siri Perkhidmatan Awam @ Jalan Utama
Siri Main Street 2011 ini adalah model
no: 7 dari 10 dan list ke 167 dari 244.
Nampak seperti tiada cacat cela, tetapi
apa yang Rosak dan apa yang Rugi?
'Made in Malaysia'
Kita tengok bahagian belakang, terlebih
tekanan dan retak sewaktu pemasangan?.
Ianya tidak sekata dan begitu jelas.
Kita tengok bahagian depan pula, pemasangan
yang tidak sempurna, mungkin disebabkan
masaalah yang sama sewaktu proses
mencantumkan bahagian atas dan bawah.
Bila kita membeli, sememangnya kita perlu
meneliti produk terlebih dahulu, namun pasti
ada juga yang terlepas pandang.
Kerosakkan pengilangan adalah sesuatu yang
merugikan pengeluaran. Adalah lebih malang
jika dibeli pelanggan. Pelanggan yang tidak
kisah maka pengeluar bertuah, pelanggan yang
cerewet maka bagaimana pula? lebih-lebih lagi
kolektor dan bukan sekadar kanak-kanak yang
hanya membeli atau dibelikan untuk bermain.

Terus terang saya katakan adakalanya saya
begitu lama berada di rak Hot Wheels untuk
memilih dan mencari. 2011 sememangnya
banyak pekara yang tidak menarik dalam
membuat pemilihan, sama ada disebabkan
pengilang atau penjual.

Pengilang / Pengeluar
Terdapat kerosakkan kecil seperti warna
yang tidak sekata, pelekat logo yang rosak,
penyambungan tidak sekata, pemasangan
tidak sempurna, retak, calar, dan apa lagi?

Penjual
Kotak dipotong, dilipat, di stapler, di pin,
harga tinggi, Plastik kemek, pelekat harga
di bahagian depan dan sukar ditanggalkan
dan apa lagi?

Mungkin selepas ini saya terpaksa juga
memilih dan terpaksa membeli tanpa
berpuas hati untuk memiliki Hot Wheels
jika disebabkan pekara-pekara di atas :( .

Namun jika dapat percuma saya tidak
kisah, he! he! he!

Apapun saya berharap agar kualiti
Hot Wheels dapat dipertingkatkan.

Tentang operator pengeluar, QC, QA, dan
lain-lain, itu semua urusan Syarikat dalam
meningkatkan mutu pengeluaran, imej dan
pencapaian, atau asal Hot Wheels ada
pembeli / kolektor perlu lebih berusaha... .

Namun jika dapat percuma sesiapa pun
tidak kisah, he! he! he!

8 ulasan :

Spallan berkata...

rileks bro, ini semua cabaran bagi para kolektor. kadang-kadang dapat yang tak cun, kadang-kadang dapat yang ok dan kadang-kadang dapat yang rare, yang penting kita mau sentiasa peka dengan barangan dalam tangan. check betul-betul, ya tak. .....errrr, tapi bro, itu hotwheels versi "battle-damaged" kot. :)

Iaryylr berkata...

ya bro cabaran tu, oh ya hijau kuning buat promosi beli 2 percuma 1, poster 2011, siri 2012 pun ada... tu yang dapat percuma 8 semalam... ha ha ha!... camna kereta 139/244 buick grand national penzoil tu.. dah dapat yang kelabu ke? sebab tak silap bro sudah ada yang kuning dan putih. Kalau ikutkan hot wheel keluarkan 244 setahun tetapi kalau edisi - + 3 warna untuk keluaran tertentu... ayoyo! mungkin 400 jenis ooo, kalau harga standard RM7.50 X 244 : RM1830, X 400 : RM 3000.. untuk set lengkap standard dan additional sebab tu kalau time offer kena grab lebih dan pilih mana yang berkenan ho ho ho! :) yehaa!
Setiap resit 1 poster tapi 1 poster saya tukar dengan poster kartun car 2011

sanibagus berkata...

Itu category error.. ada pengumpulnya.. (error carded.. valuenya berbeza)

Iaryylr berkata...

ya memang benar tu bro, seperti duit error, semuanya bernilai bagi pengumpulnya :)

Tanpa Nama berkata...

Hi iaryylr,
Nampaknya perkara ini agak lazim berlaku kepada mana-mana kolektibel.
Walaupun dikeluarkan dalam satu masa dan tempat yang sama, pasti ada yang berbeza atau tinggi sedikit finishing daripada yang lain. Bagi jenama yang selalu mementingkan mutu tinggi, pasti pula harga mereka lebih tinggi, umpama ceramik daripada Noritake, Jepun. Jadi kesimpulannya, mutu sesuatu kolektibel biasanya bergantung kepada harga. Haha, itu cuma pendapat kami sahaja. Selamat mengumpul, iaryylr :)

Iaryylr berkata...

ya juga tu, semuanya kait mengait, warna warni dunia kolektibel memang unik, tetapi jika sesuatu keunikkan dari pelbagai perpepsi itu bukan sesuatu yang sukar didapati... maka ada ruang kekurangan rasanya.. namun inilah dunia kolektibel :) yehaaaa!

Thomas Lee berkata...

Saya tak pernah check pula dlm banyak2 yg saya beli utk anak.

Iaryylr berkata...

Asal anak gembira, kita juga tersenyum ceria :)

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.