Krat Plastik Coca-Cola & Botol 'O' Tanpa Ais
Semua kolektor pasti sudah ada krat plastik ini.
Lucukan iaryylr pun baru miliki tahun lepas.
Mungkin sebab nampak masih boleh didapati
itu yang buat tidak tahu, tetapi bila lambat
tidak dapat, ambil dulu. Susah juga jika
banyak krat dari pelbagai jenama sebab tiada
ruang bersesuaian untuk simpan. Hendak
simpan di kampung nanti jadi tempat
pembiakan nyamuk pula, sudahlah kompaun
denda jika kedapatan terbiaknya
jentik-jentik telah dinaikkan baru-baru ini.
Siap boleh dipenjara lagi! .
Tahun 2012 ini bolehlah buat operasi sikit
di kawasan ini, kalau hendak botol berair
rasanya sudah tiada lagi, tapi krat dan
botol 'O' itu adalah berkrat-krat.
Krat ini pun harganya boleh tahan di
pasaran kolektibel dan juga pasaran barang
lusuh, kalau dibuang berkrat-krat nanti
tinggal botol 'O' sahajalah bergelimpangan.
Plastik pun ada harga juga.
Kadang-kadang nampak krat ini diguna
semula oleh pekedai atau di pasar sebagai
tempat meletak botol kicap, botol sos dan
juga botol cencaluk?.
Krat pun boleh jadi tempat lipas bertelur.
Periksa dan basuh bersih krat sebelum
disimpan. Nanti lipas jadi pendatang halal
pula tanpa program 6p, akhirnya jadi
warganegara pula di rumah pemunya.
Telur lipas kalau menetas yang keluar bukan
10 ekor, malah lebih dari itu.
Selamat mencari & Selamat mengumpul :) .

5 ulasan :
dahsyat beno siap ngan crate bagai haha. legend ah ko beb.
RUMAH NENEK SAYA ADA SATU.. DIA TARUK DEPAN RUMAH SAJA.. SAYA NAK AMBIL TAPI TAK TAHU NAK TARUK MANA..
Siap dengan crate.
Memang canggih.
Tahniah iaryylr :)
Crate coke pun collectible juga
tapi saya tak ada tempat lagi.
deaf-angel,
crate nie pun saya kena angkut juga sikit-sikit sebab tak ada pula tempat simpan botol nanti, ha ha ha!
fairus,
itulah nak taruk mana yang problem, he he he.
Whycollect,
sikit saja whycollect, untuk simpan botol, hi hi hi!
Thomas,
Ya tiada tempat dan ruanglh salah satu sebab kita tak dapat angkut apa yang kita fikirkan boleh disimpan, mungkin peluang bagi mereka yang lain :)
Catat Ulasan