Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

KOTAK MANCIS CLUB 47 PUB - MALAYSIA

KOTAK MANCIS - CLUB 47 PUB - MATCH BOX
THERE IS A DIFFERENCE AT NEW CLUB 47
ALAMAT UNTUK BERHIBUR
7 th FLOOR, CHO TEK BUILDING 135,
JLN TUANKU ABD RAHMAN KUALA LUMPUR
TEL : 82967
Mancis : NEW CLUB 47
Warna : Oren
Saiz : P 55mm x L 35mm
Keluaran : kilang mancis TAM Malaysia.

kotak mancis / match box / matches / safety match

MANCIS LAMA CLUB 47 - MALAYSIA

OLD MATCHBOX - CLUB 47 PUB - MANCIS LAMA
THERE IS A DIFFERENCE AT NEW CLUB 47
ALAMAT UNTUK BERHIBUR
7 th FLOOR, CHO TEK BUILDING 135,
JLN TUANKU ABD RAHMAN KUALA LUMPUR
TEL : 82967
Mancis : NEW CLUB 47
Warna : Biru
Saiz : P 55mm x L 35mm
Keluaran : kilang mancis TAM Malaysia.

Mancis lama dengan nombor telefon 5 angka ini
menunjukkan anggaran usia kotak mancis ini.
Keluaran : kilang mancis TAM Malaysia.

Saya tidak pasti bangunan tahun era 60an~70an
ini masih ada atau tidak.

update 8 march 2010 : Bangunan ini masih wujud.

kotak mancis / match box / matches / safety matches

MANCIS LAMA CLUB 47 MALAYSIA

OLD MATCHBOX - CLUB 47 PUB - MANCIS LAMA
Align CenterWELCOME !
DRINK & RELAX IN THE COOL COMFORT & IN
THE ATMOSPHERE OF BEAUTIFUL WAITRESSES
ALAMAT UNTUK BERHIBUR
7 th FLOOR, CHO TEK BUILDING 135,
JLN TUANKU ABD RAHMAN KUALA LUMPUR
TEL : 82967
Mancis lama dengan nombor telefon 5 angka ini
menunjukkan anggaran usia kotak mancis ini.
Mancis ini keluaran kilang mancis TAM Malaysia.

Anggaran harga sekotak mancis lama RM5.

Cubalah dail nombor telefon diatas, mana tahu
ada orang angkat ?

kotak mancis / match box / matches / safety matches

BOTOL COCA-COLA BOTTLE

BOTOL COCA-COLA LAMA @ BARU ?
Botol Coca-Cola
Ini bukan botol Coca-Cola untuk diminum tetapi botol
bahan untuk buat air coca-cola seperti yang tertera diatas
penutup - CONCENTRATE ( part 2 )
Koleksi Coca-Cola
Botol begini dipanggil balang, boleh buat isi biskut Raya.

Botol anak Balang ini saya beli di pasar pagi Stadium
Shah Alam tahun lepas. Botol ini memang susah didapati.

Minggu lepas pergi lagi, hendak membeli gelas coca-cola
lama, tetapi semua penjual sudah habis stok.
Itulah Saya waktu banyak pejam mata .

Gelas coca-cola lama berharga antara RM15 ~ RM30.
コカコーラ・コレクション
hobby-collection

ILUSTRASI PEDANG CHINA ANTIK KUNO

ILUSTRASI TEKNIKAL EVOLUSI PEDANG CHINA

IRON AND BRONZE CHINESE SWORD
MEDIEVEL CHINESE SWORD
ANCIENT CHINESE SWORD

Sebenarnya saya ada simpan sebilah pedang lama dan
tiada maklumat rasmi mengenainya dimana-mana
laman sesawang setakat ini dalam pencarian saya.

Mengikut Rakan cina saya bila saya bertanyakan akan
tulisan yang tertera pada pedang tersebut, beliau
memberitahu bahawa bahasa tulisan itu adalah dari
bahasa cina bermaksud lebih kurang ' orang yang
berkuasa dalam ketenteran bernama 'Ma' . Dia tidak
pasti sama ada 'Panglima Ma' , 'Jeneral Ma' atau
maksud lain berkaitan.

Pedang lama itu sudah berkarat, dan pada pendapat
saya ianya diperbuat dari campuran beberapa
logam besi dan tembaga sebagai pengenalan .

Bentuk pedang tersebut seperti gambar di atas,
'Bronze Sword Of Warring State' tetapi saya yakin
pedang tersebut bukan jenis diatas kerana ianya
mempunyai cuping dikiri dan kanan. Menurut Rakan
berbangsa cina yang lain , telinga itu juga berfungsi
sebagai pematah pedang lawan. Entahlah?.

Saya akan post secepat mungkin, mana tahu anda
dapat membantu saya mengetahui asal-usul pedang
unik tersebut.

Syiling Lama Malaya And British Borneo

Queen Elizabeth II 1953-1962
Queen Elizabeth The Second - 10 CENT
Currency Issued by the Board of Commissioners of Currency,
Malaya And British Borneo (1952-1967)
Edge : Milled - Weight : 2.82g
Diameter : 19.5mm
Composition : Copper Nickel
Date : 1953
Mintage : 20,000,000

Wow ! dengan keluaran sebanyak 20 juta keping
berapa juta pula yang tinggal sekarang?
Namun dalam simpanan saya cuma sekeping
10 cent dari 20 juta keping.
20 juta keping bersamaan 2 Juta Dollar?
Jika nilai jual beli kini Rm3 sekeping harga terkini kali
20 juta keping bersamaan RM60 Juta?, tetapi itu
tidak mungkin terjadi kerana harganya sudah tentu
jatuh menjunam jika masih berlegar 20 juta keping
syiling disekeliling kita(betul ke Matematik saya ini ?).
esok saja saya periksa.... jom kerja...!

Koleksi Barang Lama - Duit Syiling

COMMISSIONERS OF CUPRENCY MALAYA 1948

Numismatic Collection : Post-Colonial Money
Duit Syiling Lama Malaya ( George VI King )
Malayan 20 Cents Coin
KING GEORGE THE SIXTH
This coin was issued by the

Board of Commissioners Of Currency Malaya in 1948.

--------------------------------
Currencies of the Board of Commissioners of Currency
Malaya Coins
The Board of Commissioners of Currency Malaya came into being in October 1938 and started to issue currency in 1939. The obverse side had the inscription ‘George VI King and Emperor of India’. However, after the Indian Independence Act 1947, the British Parliament assented to omit the royal title of Emperor of India’ from the coins. Accordingly, the coins issued for Malaya from 1948 to 1950 had the inscription ‘ King George The Sixth’ on the obverse.

Sumber : Bank Negara
--------------------------

Duit Syiling Malaya
Duit Syiling lama Commissioners Of Currency Malaya
ini masih mudah didapati dan harganya juga tidak
menentu walau boleh ditentu.Syiling COCM ini
dikeluarkan dari tahun 1948 hingga 1950.
Syiling dalam simpanan saya bertarikh tahun
1948 dan telah berusia 62 tahun.

Hobi & Koleksi

King George V Straits Settlements Coin

Syiling Lama king George V Straits Settlements
( 1910~1936 )
George V King And Emperor Of India
Nilai : 10 Cent Bahan : Perak + Tahun : 1927
Usia : 83 Tahun Kondisi Nilai Lusuh :RM4+ ?

Untuk harga bergantung pada kualiti , dan lain-lain,
nilai pasaran pula biasanya hanya pakar dapat menilai ?.
Namun jika kita semak harga jualan gila-gila juga
masih mendapat sambutan kerana bermacam sebab.

Duit Syiling Lama Straits Settlement

Duit Syiling Lama - Straits Settlement
KING EDWARD VII ( 1901 ~ 1910 )
King Edward VII And Emperor - 10 Cent
Nilai : 10 Cent Bahan : Perak + Tahun : 1910
Usia : 100 Tahun Kondisi Nilai Lusuh :RM4+ ?

Duit syiling ini masih mudah didapati , dan saya cuma
simpan satu sebagai syarat memuaskan hati sahaja.


SISIPAN INFORMASI

KING EDWARD VII ( 1901 ~ 1910 )
King Edward VII And The Emperor - 10 Cent

KING GEORGE V Straits Settlements ( 1910 ~ 1936 )
George V King And Emperor Of India - 10 Cent

MALAYA 1942 - 1945
JAPANESE GOVERNMENT

MALAYA 1948 - 1951
Malayan 20 Cents Coin
KING GEORGE VI( 1948 ~ 1951 )
KING GEORGE THE SIXTH - 20 Cent
Board of Commissioners Of Currency
Malaya in 1948

Malaya And British Borneo ( 1952-1967 )
QUEEN ELIZABETH II ( 1953 ~ 1962 )
Queen Elizabeth The Second - 10 CENT
Board of Commissioners of Currency,
Malaya And British Borneo ( 1952 - 1967 )



HUMIDIFIER LAMA

HUMIDIFIER @ PELEMBAB RUANGAN
Humidifier jenama FAREHOUSE model GH-28 ini masih
berkeadaan baik . Ianya bukan sekadar pelembab ruangan
kerana memiliki dua fungsi utama iaitu , panas dan sejuk.

Humidifier ini sebenarnya berfungsi sebagai kipas angin
biasa, penyejuk ( perlu isi air ) dan kipas angin pemanas.

Saya mendapat unit ini dari Sifu Leong dari Sentul.

20 tahun lalu ada juga nampak benda begini tetapi besar
& perlu diletak air atau air batu, dirumah orang.

Telefon Lama Pertama

TELEFON BUATAN MALAYSIA
MANUFACTURED BY SAPURA HOLDING SDN BHD
UNDER LICENCE FROM SIEMENS AG. GERMANY
SH-32
S30054 - S5374 / A30054 - S5374 - N -.-7411

Ini adalah telefon lama rumah pertama yang masuk dalam
koleksi saya . Saya baru dapat 21 Februari 2010 pada jam
12:30 pagi di Andalas Selangor.
Bukan beli , pergi rumah keluarga angkat , nampak telefon
ini tersengih sampai telinga , waktu balik saya minta .
Dapat juga buah tangan bawa balik rumah.

Ini mungkin Telefon akhir era 80-an , dail pusing yang
ramping atau terakhir selepas talifon dail pusing yang
besar dan berat sebelum dail jenis punat tekan sebab
waktu rumah pasang telefon 1990 , dapat jenis punat.

Ada sesiapa yang mengetahui akan telefon keluaran
Sapura dibawah lesen Siemen German ini ?

Mengikut sumber ini telefon pertama keluaran Sapura?

ANTARA CAWAN ATAU CANGKIR & GELAS

Antara cawan , cangkir dan gelas , kadang-kala saya
juga keliru , walau bagaimanapun istilah @ takrif
kata bagi cawan & gelas telah saya paparkan disini.

Khusus Untuk Bekas Minuman

Kata : Cawan

mangkuk kecil bertangkai yang dibuat daripada tembikar
dan lain-lain untuk bekas minum; cangkir.

Sumber : Kamus Pelajar Edisi Kedua @ Klik disini

Contoh istilah dan huraian kata : Cawan

Cawan Mincam - Gelas untuk hidangan minuman
dengan campuran makanan yang bermuatan 8 auns.

Kata : Gelas

Takrif : 1 bekas minuman yang tidak bertangkai dan
biasanya dibuat daripada kaca. 2 bahan yang keras tetapi
mudah pecah dan dapat dilantasi cahaya; kaca.

Sumber : Kamus Pelajar Edisi Kedua @ Klik disini

Contoh Istilah dan Huraian Kata : Gelas

Gelas Poni - Gelas bermuatan 1 auns.
Gelas Kordial - Gelas yang bermuatan 1 1/2 auns.
Gelas Sopi - Gelas bermuatan 3 auns.
Gelas Daikuiri - Gelas Bermuatan 4 auns.
Gelas Dolmoniko - Gelas yang bermuatan 6 auns.
Gelas Pesta - Gelas bermuatan 9 auns.
Gelas Julep - Gelas bermuatan 12 auns.
Gelas Tom Collins - Gelas bermuatan 12 auns.
Gelas Serbaguna - Gelas yang bermuatan 12 auns.
Gelas Pilsner - Gelas tinggi biasanya bermuatan 12 auns

p/s : Untuk gelas , Terlalu banyak yang perlu dihuraikan
kerana saiz, isi padu dan keperluan penggunaan . Untuk
Kata,takrif, istilah sumber dan huraian lanjut sila Klik disini


ISTILAH ANTIK ATAU TAKRIF ANTIK

Tesaurus

Antik (adjektif)
Bersinonim dengan lama, kuno, klasik, primitif, usang, lapuk,
ketinggalan zaman, bahari, zaman dahulu, baheula;,

ISTILAH ANTIK ATAU TAKRIF ANTIK
Sila ke Laman Sesawang PRPM diJaringan
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=antik&d=1

BOTOL SUSU LAMA ANTIK

BOTOL SUSU LAMA ANTIK WARNA BIRU
Botol dengan aras penyukat
Baby Feeder
Botol Susu? , botol Susu lama ini dibeli pasar pagi Stadium
Shah Alam pada Hari ini 21 Februari 2010.( Raby Antiques )

Keterangan : Botol dengan aras penyukat : Ounch 1~4
Diameter : 2.75" Tinggi: 4"
Anggaran usia : 70 ~ 80 Tahun

Saya pernah lihat botol susu ini dilaman web sesawang
pengumpul barang lama & antik yang lain.

Gelas Lama Corak Buluh

Gelas Lama Corak Buluh
Gelas Lama Corak Buluh ini juga milik ibu.Tinggal 2 sahaja
dalam simpanan. Sayang sungguh kerana barang lama ini
baru sahaja saya ambil berat. Ini kerana Saya menyangka
ianya masih tersimpan rapi.

GELAS LAMA BAKAL ANTIK

Gelas Lama Era 70-an
Gelas lama berkaki ini adalah antara hadiah perkahwinan
Ayah & Ibu kira-kira 34 tahun yang lalu.

Saya Tidak tahu gelas ini buatan negara mana,kerana
tiada cop negara pembuat tertera.

Sebenarnya ini bukan gelas antik , tetapi bakal antik jika
dapat bertahan beberapa keturunan.

Hobi & Koleksi

KALKULATOR CASIO SL-760

CASIO CALCULATOR SL-760 BK Film Card
Kalkulator juga adalah barang lama yang dicari oleh
pengumpul barang lama atau pengumpul calculator.

Saya mendapatkan kalkulator ini dari Sifu Leong.

Model SL-760 BK atau SL-760 BKB ini adalah
kalkulator tenaga solar keluaran tahun 1986.
Untuk Keluaran siri SL-760 ini ianya dikilangkan
pada tahun 1985 sehingga 1987.

http://hobby-collection.blogspot.com

GELAS COCA-COLA - KOKA-KORA - KE KOU KE LE

COCA-COLA GLASS
Gelas Coca-cola lama ini , setakat ini saya cuma ada satu
sahaja. Belum cari untuk tambah dalam koleksi.
Sesiapa hendak jual , bolehlah menghubungi saya , o.k?.

'COCA COLA' - Nama dalam cina - 'KE KOU KE LE'

CAWAN LAMA BIRU

CAWAN @ CANGKIR LAMA BERWARNA BIRU
UMPAMA DELIMA BIRU
Cawan @ Ada yang memanggilnya Gelas Bertangkai

Cawan bewarna biru ini waktu saya kecil tersusun dalam
almari ibu. Tetapi Cawan ini kini tinggal 4 sahaja, Sayang .
Cawan ini telah berusia lebih 30 tahun , era 70-an.

Kata : Gelas

Takrif : 1 bekas minuman yang tidak bertangkai dan
biasanya dibuat daripada kaca. 2 bahan yang keras tetapi
mudah pecah dan dapat dilantasi cahaya; kaca.

Sumber : Kamus Pelajar Edisi Kedua @ Klik disini

Kata : Cawan

mangkuk kecil bertangkai yang dibuat daripada tembikar
dan lain-lain untuk bekas minum; cangkir.

Sumber : Kamus Pelajar Edisi Kedua @ Klik disini

http://hobby-collection.blogspot.com

TEKO tidak LAMA - TAPI seperti ANTIK

TEKO TIDAK LAMA SANGAT TETAPI BUKAN ANTIK
Pandangan Depan
Pandangan Belakang
Teko ini dibeli lebih 7 tahun yang lalu di Kuala Lumpur.
Teko ini nampak antik tetapi sebenarnya teko biasa,
Teko perhiasan buatan cina dengan harga belas ringgit.

Ada pelbagai bentuk yang menarik tetapi 1 saja dibeli.

Hati-hati membeli !

hobby-collection.blogspot.com

SENDUK TEMBAGA

SENDUK TEMBAGA LAMA
Senduk Tembaga ini tidak berkaitan dengan ular senduk,
senduduk atau ular ilmu penunduk , ianya sekadar senduk
yang digunakan untuk menyenduk nasi atau lauk .

hobby-collection.blogspot.com

PASU TEMBAGA

PASU TEMBAGA SEBAGAI PERHIASAN
Nostalgia di rumah keluarga.

hobby-collection.blogspot.com

Blog Koleksi Barang Lama Iaryylr

Blog Koleksi Barang Lama Iaryylr

BARANG BARU - LAMA - KLASIK - ANTIK
( dan juga baru tapi nampak lama .... 'awas!')
BARANG DAPUR - DEKORASI - PERHIASAN - HIBURAN - SEBAGAINYA

Selain minat dan bukan pengumpul tegar , Blog ini diusahakan selaras dengan usaha pemilik - pemilik laman webblog barang - barang lama atau antik sebagai nostalgia, untuk berkongsi minat dan pengalaman, pendapat dan info berkaitan, Jual beli & sebagainya yang positif. Dengan adanya blog - blog seperti ini dapat juga dapat kita mempelajari sesuatu agar hobi dan minat menjadi lebih bermanafaat.

Kita bukan saja dapat mengetahui info berkaitan malah dari sudut sejarah, geografi dan sains juga seperti , Asal usul dan nama, lokasi tempat jualan, bahan dan teknologi pembuatan.

( Saya? sudah tentu ingin mendapatkannya dengan harga yang berpatutan )

PASU - SETERIKA - KACIP ( bukan kacip fatimah ) - PINGGAN - GELAS - PEDANG - KERIS - BOTOL - KOTAK KAYU - MANCIS - SETEM - DEKORASI - TEMBAGA ( bukan juga buaya tembaga ) - KAYU - KRAFTANGAN DAN LAIN - LAIN.

http://hobby-collection.blogspot.com

GEMBOK LAMA - SQUIRE OLD ENGLISH

GEMBOK LAMA TAPI MACAM ANTIK
Squire Old English - 220
Forged Steel Shackle - Four Brass Levers

Gembok ini tidaklah lama sangat usianya , tetapi
adalah tidak kurang tujuh tahun dalam simpanan.

Iannya dipercayai masih dijual dipasaran kerana
5 tahun yang lalu ada dijual di Kampung Jawa.
Kedai pelbagai tu dah tutup. Mungkin juga stok
lama - lama , ada tak sesiapa nampak lagi dimana
ada dijual ?

Gembok - Mangga - Pad Lock - Shackle

http://hobby-collection.blogspot.com

PASU TEMBAGA

PERHIASAN TEMBAGA BERUPA PASU

Pasu tembaga kecil ini adalah pasu tembaga
yang agak biasa , tapi usianya dah lebih
2o tahun , usia sebenar tidaklah diketahui.

Yang saya tahu orang beri pada Abah dalam
20 tahun yang lalu.

Dulu Ibu guna sebagai bekas gubah bunga.

PINGGAN LAMA - BUNGA PEONIES

PINGGAN LAMA
Pinggan Bunga Peonies - Made In China

Pinggan lama pemberian Ibu.

http://hobby-collection.blogspot.com

PINGGAN LAMA - BUNGA PADI

PINGGAN LAMA
Ceper Bunga Padi

yang penting bukan plastik dan lama......

Pinggan lama ini Saya minta izin ambil dari Ibu hari ini.
Sudah lama nak ambil tapi tak terambil hingga
mungkin ada telah diambil @ diberi orang , Rezeki tu.

hobby-collection.blogspot.com

KOTAK KAYU - ANTIK

KOTAK KAYU LAMA ANTIK

Kotak Kayu Berukiran,Sesuai untuk menyimpan barang
kemas perhiasan atau apa saja yang cukup dimuatkan.

KOTAK KAYU - ANTIK

KOTAK KAYU LAMA ANTIK
Kotak Kayu Lama
Kotak Kayu Berukiran, Sesuai untuk menyimpan barang
kemas perhiasan atau apa saja yang cukup dimuatkan.

Walaupun Kotak kayu lama ini diperbuat 90% dari kayu
dengan pemegang plastik dan pengunci dari bahan besi
berkrom, namun ukiran flora menyerlah keantikan.

Bahagian dalam dilapik kain baldu merah dan bercermin.

SETERIKA ANTIK

SETERIKA LAMA @ SETERIKA ANTIK
SETERIKA AYAM

MEJA KOPI - ANTIK

MEJA KAYU LAMA ANTIK - MEJA KOPI
Meja lama berukiran kehidupan dan keindahan alam.

BOTOL MINUMAN

BOTOL MINUMAN JUS KAKTUS

Botol ini adalah bekas Jus Minuman Kaktus.
Keluaran Amerika.

BOTOL SUSU - ANTIK

BOTOL SUSU LAMA @ BOTOL SUSU ANTIK


Siapa yang pernah menggunakkan botol susu ini?

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.