Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Klip Serbaguna Dutch Lady

Klip Dutch Lady 
Boleh buat klip bungkusan plastik susu tepung
yang dibuka, juga bungkusan makanan ringan.
Promosi April di beberapa stesen minyak
terpilih. Rasanya seperti selagi stok masih
ada dan promosi di beberapa lokasi baru
pada bulan-bulan berikutnya.

Key Chain Marvels Avengers

Promosi terkini di GSC, Rantai Kunci Avengers!
4 Rantai Kunci Adiwira edisi terhad!
iaryylr pun tak pasti boleh dapat atau tidak
di kesibukkan ini. Promosi 27/4 ~ 5/5 2012.
Peminat yang terlibat pasti punya cara!.

Senja Di Negeri Sembilan

Senja Biru Di Port Dickson
Photo : April 2012
SAMSUNG PL150 VLUU PL150 SAMSUNG TL210 SAMSUNG PL151

Pen Souvenir Sunkist

Anugerah Pen Yang Sentiasa Bagus!
                                                 Jatuh Kepada Pen Oren Sunkist
Promosi Sunkist pada April 2012
Belilah sebotol buat stok minuman, dapat
juga pen souvenir buat koleksi alat tulis.

Nestle Milo Hi-Cal

Dengan 1 Semangat Dan 3 Tema Berbeza
Milo Hi-Cal dengan Semangat Kesukanan!
'Grab N gO!'
Si iaryylr tu sedang sedia untuk melakukan rembatan
kencang, sebab itu lelaki dan perempuan tu cepat - cepat
memanjat untuk mengelak dari terkena bola!

Pinggan Bunga Kangkung

Pinggan Bunga Kangkung
Pinggan yang punya cerita berpada...
Kisah muda, tua dan yang tiada,
Suka duka mewarna minda.
Pinggan dara dan uda..
Pinggan Kanda dan dinda,
Pinggan Bonda dan Ayahanda.

Riang Mesra Bersama Milo, Nescafe, Maggi & Kit Kat

Riang Mesra Petronas Bersama Nestle
"SMS Dahulu Dan Menang!"
nestle milo nescafe maggi kit kat
Peraduan telah berlalu dari...
1 Ogos 2011 Hingga 2 Oktober 2011
Milo - Nescafe - Maggi - Kit Kat
nestle milo nescafe maggi kit kat
10 tahun akan datang pasti banyak perubahan
pada pembungkusan produk, dengan adanya
borang peraduan ini sekurangnya bolehlah
di jadikan rujukkan berkaitan

Anak Kambing Yang Kehilangan Ibu

Anak Kambing Untuk Di Jual
Sebab telah kehilangan ibu.
Sudah malam masih ucap "Good Morning!"
( Koleksi Pinggan Mangkuk Berkokok )

Sup Kepala Ikan Jenahak

Tengahari Panas Terik, Makanlah Sup Kepala Ikan Jenahak
Perghhh! sehingga menjilat jari, habis dihirup kuahnya,
habis dihirup kuahnya....
Ikan Jenahak masak sup memang menyelerakan...

Lembu Punya Susu Sapi Punya Nama

'Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama'
Apapun pepatah bahasa, ini lembu comel.
Moo! Moo! ( nak makan! naka makan! )
Pinggan Darlie 'Good Morning'
Selamat Pagi Semua!

Pinggan Bunga Darlie

Bukan Pinggan Darling Tetapi Darlie
Inilah pinggan tahap mangkuk yang sesuai diguna
untuk menghidangkan Mee Jawa, Mee Kari,
Mee Sup atau apa sahaja mengikut kehendak
pemilik pinggan seperti di atas.

Nescafe - Peraduan SmS & Menang

Peraduan bermula dari 1 April - 12 Mei 2011
Guna terowong masa untuk menyertainya!
Kembali pada tahun 2011 : RM 2.5 Juta,
Kembali pada tahun 2010 : RM 5.2 Juta,
Tahun-tahun sebelumnya RM22 Juta bagi
setiap tahun. Harga Tetap, Ha ha ha ha!
Best wooo! dapat Samsung Galaxy Tab!
Hadiah mingguan RM50!
Syarat mudah menyertainya...
Borang saja iaryylr kumpul, masuknya tidak... .

Bateri Energizer dan Tumbler Istimewa

Beli Bateri pun boleh dapat barang percuma!
Tapi tumbler ini terus di beli pada tahun lepas.
Tahun ini dapat lagi di pasaraya besar.
Beli lagi untuk di guna pula.

Penyakit Blogger Tension

Tension, Too Tense, Arghhhhh! Hyper Tension!
Mana tidak cukup tidur jika bersengkang mata
setiap masa, kita juga perlu merehatkan
tubuh badan, minda dan jiwa. 
Jangan bertangguh lagi!, kalau sampai jam 4 pagi
masih tidak pandai tidur lagi, tengoklah jam tu!
Kerja sampai bila pun tidak habis, balik rumah
main internet lagi, bila nak rehat, apa lagi?
nikmatilah Soupy Snax! yehaaa!
Ada lagi ke di pasaran?

Tin Libresse

Tin Libresse Emboss Menarik
Tin Serbaguna yang stylo. Menarik untuk
dijadikan koleksi jenama Libresse atau
menambah koleksi tin yang ada. Ini adalah
kerana Libresse sering menawarkan
Souvenir percuma yang begitu  menarik.
Untuk tin ini ada 6 corak untuk di rebutkan.
Tinggal 2 lagi untuk lengkapkan set.
Agak sukar nampaknya, apapun cuba
Kumpulkan 6 kesemuanya!

MUG LIPTON

Minum Lipton panas setiap hari.
Atau sebelum bersama...
Kena pula dengan cengkodok sepinggan.
di waktu petang..., laa dah malam rupanya.

KOALA'SMARCH

Tag 'Koala's March' 2011
Koala, Beruang Koala's yang sentiasa ceria
walau hanya tinggal kepala.... .
Ngeri woooo!

Kraftangan Serawak

Jom Pergi Serawak!
Bulan 2 yang lalu, adik pergi jalan-jalan cari makan
ke Serawak. Selain iaryylr dapat kek lapis Serawak,
tidak ketinggalan dapat juga cenderamata berupa
hasil kraftangan dari puak etnik di sana.
Iaryylr pun belum sampai lagi ke sana. Mungkin
jika ada kelapangan agaknya nanti :).

Kolej Tunku Abdul Rahman

Mug Pendidikan 
'Kolej Tunku Abdul Rahman'
Mug yang juga menarik untuk dikumpul.
Juga kole yang asyik untuk diperhatikan.
Ada sesiapa punya cerita berkaitan ?
~ Koleksi Mug ~
Kit Kat 100 Tahun Nestle Di Sisimu
Kit Kat oh! Kit Kat!
Merahnya Mak Ngah! macam zaman dulu!
Coklatnya sudah lama habis, tinggal bekasnya saja :)

Mug Pepsi David Beckham

Mug Pepsi David Beckham
"Seperti yang pernah di paparkan di blog Pak Haji"
Mug Bola Sepak
Sempena Musim Bola
Masih banyak mug Pepsi yang iaryylr belum dapat,
pelan-pelan kayuh harga pun makin naik, tetapi
ada juga kadang-kadang jumpa juga.

Peraduan 'Nescafe Gold Mug'

'Peraduan Mug Emas Nescafe'
Adakah anda pernah menyertainya pada 2010?
Peraduan yang menawarkan hadiah hebat gila!
Hadiah Utama x 1 Pemenang 'Nescafe Gold Mug Eksklusif'
Hadiah Harian 'Loket Emas nescafe Gold Mug'
Cara menyertai adalah dengan mengira jumlah mug
Nescafe yang terdapat pada borang berkenaan.
dan seperti biasa perlu bukti pembelian berupa
penutup botol, label atau pek Nescafe.
iaryyl ada masuk, tapi tidak menang, ha! ha! ha! ha!

Labu Kaca Koja Air

Labu Kaca Koja Air
Macam-macam rupanya labu kaca yang ada di Malaysia,
tetapi iaryylr cuma ada yang jernih, Dapat pun di
sempadan selangor, bolehlah sebagai permulaan.
Iaryylr pun tidak pernah cuba guna lagi untuk
menikmati air yang di katakan lebih nyaman.

CAWAN NESCAFE GOLD HITAM EMAS

Koleksi Cawan Nescafe Gold

Di tempat kerja sekarang iaryylr minum Nescafe Gold.
Mana tidak minum kalau Boss bawa sebotol.
Hari tu Boss ada bawa bekas susu Nescafe Gold,
tapi sebab iaryylr cuti, kawan lain sudah tempah.
Melepas pun tidak juga sebab 2 hari selepas itu 
iaryylr dapat bekas yang serupa termasuk cawan ini.

F&N Pet Bottle Holder

Pemegang Botol Pet F&N Fruitree
 - Sambungan Entri 2 April 2012 -
Kira-kira 1 minggu lebih yang lalu, iaryyr baru nampak
poster souvenir ini di sebuah 7E di Klang. Sangka
 iaryyr cuma 1 warna, tapi di poster warnanya merah.
Nampaknya kena lagi cari di minggu ketiga april kalau
ada lagi. Sayang sekali bila jurujual kata dah habis,
tapi katanya poster baru pun baru tampal semalam.
Kalau dah habis tidak perlulah tampal poster.


Gelas Edisi Terhad Shahir AF

Gelas Kabus Percuma!
Gelas Edisi Terhad Shahir AF
Brand's untuk tenaga minda yang hebat!
Ada 3 gaya dari Shahir, tapi iaryylr cuma
dapat gaya nombor 1 sahaja.
Dapat pada tahun lepas. Samalah
beli gelas percuma pati ayam.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.