Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

HYATT KINABALU INTERNATIONAL - MATCH BOX

KOTAK MANCIS HOTEL HYATT KOTA KINABALU
HYATT KINABALU INTERNATIONAL - MATCHES
Mancis : Hyatt Kinabalu International
Jenis : Kotak - Mancis Keselamatan
Saiz : akan up-date
Pengilang : Tidak diketahui.
Sumber: Koleksi Kotak Mancis Iaryylr
Tarikh Milikan : -+1994
Harga : Percuma


kotak mancis / match box / matches / safety match

SAFETY MATCH BOX CYCLE & CARRIAGE GROUP

Kotak Mancis Keselamatan & Kereta Mewah
MERCEDES-BENZ - Safety Match Box
CYCLE & CARRIAGE GROUP

Kotak Mancis lama ini dipercayai berusia lebih 20 tahun.

CYCLE & CARRIAGE GROUP
adalah sebuah syarikat besar pengedar kereta mewah
Mercedes Benz di Malaysia dan Singapura hingga kini.
Di Malaysia - Cycle & Carriage Bintang Berhad adalah
sebuah syarikat yang tersenarai di bursa saham.

Mancis : Cycle & Carriage Group - Mercedes Benz
Jenis : Kotak - Mancis Keselamatan
Saiz : akan up-date
Pengilang : Tidak diketahui.
Sumber: Koleksi Kotak Mancis Iaryylr
Tarikh Milikan : -+1994
Harga Dibeli : Percuma

SELANGOR CLUB COMMEMORATIVE MEDAL

SELANGOR CLUB COMMEMORATIVE MEDAL
90 TH ANNIVERSARY 1884 - 1974
Medallion Peringatan Sempena 90 Tahun Kelab Selangor
Bahagian Belakang
Medallion Peringatan Sempena 90 Tahun Kelab Selangor
Pingat Peringatan berbentuk syiling dengan diameter
luaran 50mm. 'Commemorative Medal' ini telah berusia
36 tahun dan dipercayai diperbuat dari logam perak.

SELANGOR CLUB COMMEMORATIVE MEDAL

SELANGOR CLUB COMMEMORATIVE MEDAL
90 TH ANNIVERSARY 1884 - 1974
Medallion Peringatan Sempena 90 Tahun Kelab Selangor
( Bahagian Hadapan )
Medallion Peringatan Sempena 90 Tahun Kelab Selangor.
Kini 2010, maka usia Kelab Selangor Malaysia 126 tahun?
Manakala usia Commemorative Medal ini 36 tahun.
Pingat Peringatan berbentuk syiling dengan diameter
luaran 50mm dan berketebalam 3.5mm.

KOLEKSI MATAWANG MALAYSIA - RM100

RINGGIT MALAYSIA 100
Duit /wang bernilai RM100 ini yang mempunyai tahap
gred UNC (UNCIRCULATED). Saya mendapatkannya semalam
sebelum membuat pembayaran di sebuah kedai. Seorang
uncle India memborong barang perhiasan dan membayar
tunai.Sewaktu beliau membuat bayaran saya dapati
wang RM100 tersebut bersama beberapa keping RM 50.

Saya bukan pengumpul tegar tetapi peluang seperti ini
membuat saya tersenyum hingga ketelinga. RM1OO ini
anggaran nilai sekarang adalah RM200 @ keatas. Jika
wang gantian ( replacement Note ) ZU, nilai dengan
Gred UNC harganya RM500 @ Keatas.

GELAS MAGNOLIA GLASS

GELAS MAGNOLIA
Rekabentuk gelas lama 80-an , tetapi saya tidak
tahu bila gelas magnolia ini telah dikeluarkan.
Ada sesiapa mengetahui akan gelas magnolia ini?
Saya ada 5 biji gelas ini walau gelas ini tidak berbiji.

GELAS F&N LAMA - KOLEKSI GELAS IARYYLR

GELAS LAMA JENAMA F&N
Terdapat pelbagai jenis gelas F&N lama tetapi
saya cuma ada satu , ada duit baru boleh tambah
gelas , harga pasaran dijual antara RM15 ~ RM30bergantung pada keadaan dan persetujuan bersama.
Ada juga yang bernilai tidak sampai RM0.50sen
atau dibawah RM10, tetapi untuk mendapatkannya
perlu berusaha bertanya dan mencari dimana pasti.

GELAS LAMA - SEA GAMES XV

GELAS MINERAL POT PANMOUR

SEA GAMES XV KUALA LUMPUR 1989
MINERAL POT - the official drinking Water

Gelas Setinggi 4 i/2 inchi ini berkeadaan sangat baik,
dengan grafik logo Sukan SEA XV tahun 1989. Gelas ini
dipercayai diedar oleh Mineral Pot,sebagai minuman
rasmi Sukan Sea ke 15 pada tahun 1989.

Mineral Pot - Panmour
'Yor Daily Requirement For Healty Living'

Sukan Asia Tenggara 1989 atau Sukan Asia Tenggara ke-15
telah diadakan di Kuala Lumpur,/Malaysia pada 20 Ogos
- 31 Ogos 1989. Temasya ini dirasmikan oleh Sultan
Azlan Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-9. Walaupun Kemboja
tidak mengambil bahagian,Laos kembali mengambil bahagian
dalam temasya Sukan SEA kali pertama di bawah sebuah
persekutuan baru pada edisi kali ini. Vietnam juga
mengesahkanuntuk mengambil bahagian buat kali pertama.


Pungutan pingat Sukan Asia Tenggara 1989
Ked. Negara--------Emas--Perak--Gangsa--Jumlah
1----Indonesia--------102-----78------71--------251
2----Malaysia----------67-----58------75--------200
3----Thailand----------62-----63------66--------191
4----Singapura---------32-----38------47--------117
5----Filipina------------26-----37------64--------127
6----Myanmar----------10-----14------20---------44
7----Vietnam-------------3-----11-------5---------19
8----Brunei---------------1------2------24---------27
9----Laos-----------------0------1-------0----------1
( SUMBER dari WIKIPEDIA )

PINGGAN LAMA - ROS HITAM

PINGGAN LAMA ROS HITAM , MAWAR HITAM , BLACK ROSE
Pinggan ini saya beli di 'Cash Converter', harganya
RM3 termasuk 4 pinggan lain yang terpaksa dibeli
sekali kerana dijual secara pakej. Pinggan lain
adalah pingan biasa Malaysia,Fine China Made in
Japan yang sumbing,Flag & Crown bersalib tidak
boleh disimpan dan pinggan free Colgate.
Beginilah Saya, pengumpul kos rendah yang santai.
Pinggan ini dibeli pada 22 Jan 2010.

BAHAGIAN BELAKANG TERTERA 'MADE IN CHINA'

BASIKAL LAMA

BASIKAL LAMA BOLEH LIPAT
Basikal lama ini bukan basikal tua,tetapi basikal
jenis lipat. Hajat hati hendak baiki semula tetapi
belum dapat dilaksanakan ( Malas + Kos )
Usia Basikal ini sudah lebih 20 tahun.

foto : hobby-collection.blogspot.com

Mentol National

,
MENTOL LAMA NATIONAL
MENTOL KELUARAN SYARIKAT NATIONAL
MATSUSHITA ELECTRIC INDUSTRIAL

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.