Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

GELAS MERINDA PEPSI 5 TINGKAT

GELAS KACA PEPSI DAN MERINDA
Sebelah Pepsi...
Sebelah Merinda...
Mengapa 5 tingkat ya? oooo sebab jalur tu.... .

SPRITE PLAYING CARDS

KAD DAUN TERUP SPRITE
Oleh Coca-Cola Company
2009. The Coca-Cola Company
Made In China. All Rights Reserved.

COCA-COLA PLAYING CARDS

DAUN TERUP COCA-COLA
2009. The Coca-Cola Company
Made In China...

COCA-COLA "CAN" GLASS

Gelas Coca-Cola McDonald NO: 1 Tahun 2011
Gelas Kaca Lutsinar Warna Kelabu
Gelas Coca-cola dengan rekabentuk tin minuman
Coca-Cola yang mengujakan.
Baru dapat pada 28/4/2011, tetapi apa yang saya
idamkan adalah edisi kolektor semuanya dalam
1 kotak seperti edisi 2009 & 2010. Walau bagaimana
yang ini pun sudah berpada, cuma letih hendak
tunggu 6 minggu. Jika 2009 Warna Merah Jambu
meletup, tahun lepas rasanya warna lime atau hijau
yang sekejap habis ditempat saya.
Pada tahun ini nampaknya warna-warna popular
disusun bermula pada minggu ke-empat.
Tidak sabar untuk melengkapkanya kerana telah
lama menanti gelas jenis ini yang telah lama
dikeluarkan diluar negara.

Selamat datang ke Malaysia gelas Coke!

KAMERA LEVI'S 2010

KAMERA PAKAI BUANG LEVI'S
Bukan sebarang kamera.....
200 ASA Exposures - 24 x 35mm AGFA Film Single Use
Minat kamera lama, tapi belum cukup bajet untuk
buat koleksi, dapat sikit cukuplah dulu. Sekarang
main dulu kamera begini, lagipun dapat percuma.
Nampaknya nak kena cari teman untuk kamera ini...

Something For Everyone... Maxis Broadband

Beg Maxis Broadband
Beg saya dapat bukan sebab guna atau beli produk
maxis, tetapi dapat waktu beli barang koleksi.

Mangkuk Sunquick KIG Malaysia

Mangkuk Lama Sunquick
Wah!, emboss mangkuk Sunquick ini.
Keluaran KIG Malaysia

BEKAS KUIH NESCAFE

Balang Kecil Atau Bekas Kuih Nescafe
Cuma Ada tiga, tidak cukup 1/2 Dozen.
Selepas ini kena cari bekas kuih Lipton pula seperti
milik Bro Nikths . Ada dua jenis pula... hu hu hu!.

7 MUG KOPI AGROMAS UNTUK 14 PEK KOPI

KOLE KOPI AGROMAS 2011 DENGAN 7 REKAAN
Antara jenis kopi pracampur Agromas....

Kopi Pracampur Dengan Habbatus Sauda
Kopi Pracampur Dengan Ginseng
Kopi Pracampur Dengan Gano
Kopi Putih Pracampur

Ini kalau lengkap 7 kesemuanya memang Syok!
Saya baru ada 1 mug dengan tema
'Kopi Pracampur Dengan Habbatus Sauda'
Kopi pracampur yang halal, mug pun halal juga!
Hendak dapat 7 kesemuanya kalau ikut kira-kira
kena beli 14 pek, 1 pek hampir RM10, 2 pek RM20.
14 pek hampir RM140, Kalau saya tauke kedai
runcit atau kedai kopi, memang saya dah borong
kesemuanya, he he he!. Kalau hendak beli jual
balik pun agak sukar juga rasanya. Tidak apa,
ada satu pun o.k, mana tahu dapat percuma... .
koleksi mug april 2011

Minute Maid Pulpy Dari Coca-Cola Company

Bekas Tin Kedap Udara Minute Maid Pulpy
"Orange Fruit Drink"
Percuma dengan membeli produk Minute Maid,
A&W dan entah apa lagi bernilai RM20 ke atas.
Tanda dibawah tin kedap udara.
Memang syok dapat tin ini, kalau ada lebih boleh
buat simpan gula-gula raya nanti, he he he!.

KELLOGG'S VINTAGE TIN

Kellogg's Corn Flakes Classic & The Original And Best
Fortified With Vitamins And Iron
Kok! Ko Ko Kokkkkkkkkkkkkkk!
Nampaknya makin meriah dunia tin ini, ada saja
pemberian percuma atau bungkusan semula
menggunakan tin dari pelbagai jenama.

KELLOGG'S VINTAGE TIN

Kellogg's Corn Flakes Classic & Toasted Corn Flakes
Battle Creek Toasted Corn Flake Co.
- Hasil mengendap di blog Bro Spallan -
"Kerana hendak cepat di pasaraya, Saya tidak perasan
tin ini ada kemik pula pada bahagian tepi!"

GOLD CHOICE WHITE COFFEE 2011

Gold Choice Kopi Putih Campuran Segera
Percuma Ikan Emas Dan Sebiji Buah Kopi!
what a feeding!
Ini dia seekor ikan emas sedang guna straw...
Taste of Original... Break for Fun
Panjang punya straw , sedut punya sedut...
Sedut biji kopi? hu hu hu!
Ada 3 corak dengan tema ikan!, cuma beli sebungkus
dan percuma 1 mug selagi stok masih ada!.

MUG QUAKER 2011

Mug Quaker Quakes Chocolate Drink
Percuma dengan setiap pembelian 'Quakes Chocolate
Drink' 750g, selagi stok masih ada.
Kalau hendak Mug ini cepat kenalah dapatkan
cepat, kalau hendak lambat, tunggu saja di kedai
hobi atau kedai barang baru dan terpakai.
Hasil maklumat terkini Bro Nikths dan entri Bro
Spallan, dapat juga Mug 2011 ini. Sebenarnya
agak sukar untuk meronda dipasaraya dalam
beberapa minggu ini memandangkan tugas yang
perlu diselesaikan, keluar pagi balikpun malam saja.
2 kali sudah demam dalam 4 minggu. Tetapi waktu
sehari dua balik awal, sempat juga mendapatkan
beberapa barang yang ditawarkan, he he he!.

BIRTHPLACE OF KENTUCKY FRIED CHIKEN

Colonel Harland Sanders
Koleksi Mug Lama
Mug Kfc pandangan sisi
Mug Kentucky Fried Chicken
Mug Collection
Mug ini dipercayai adalah mug peringatan atau
keluaran sempena ulang tahun kfc yang entah
keberapa tahun. Menurut sumber hanya ada 2
jenis yang dikeluarkan. Satu seperti diatas,
dan satu lagi Pemandangan
'Sanders Court & Cafe Kentucky' pada 1940.

NATIONAL VHS EXCITING VIDEO

National VHS EXCITING VIDEO COASTER
Teringat waktu guna bateri National....

GELAS F&N ORANGE

Gelas Fraser & Neave Gelas F&N Orange
Entah mana gelas ini menyorok....

GELAS GREEN SPOT (M) BHD

Gelas Green Spot Malaysia
Perbandingan 2 gelas
Kiri - The Amoy Canning Corp'n (s'pore) Ltd
Kanan - The Amoy Canning Corp'n ( M ) Bhd
Gelas Green Spot Dari Selangor

SOVENA KOREA

Beg Percuma Dari Sovena Korea
Beauty up your life....

GELAS COCA-COLA HP INVENT

Gelas Coca-Cola HP Invent?
Gelas yang dikatakan percuma dengan pembelian
barangan HP, atau dengan harga RM39.90??
Seperti tertera dikotak yang merahnya Mak Ngah!.
Agak besar juga gelas yang berwarna hijau ini,
Kita bandingkan dengan gelas Coca-cola McD.
Ya, pandangan dari atas....
Wah!, gelas coca-cola 16 oz / 473 ml rupanya....
Bila dikeluarkan tidak pula saya diketahui.....
Harga terkini tidak saya ketahui.....

コカコーラ・コレクション - McDonald's 2007

Ada apa Dari McDonald & Coca-Cola Pada 2007?
Mengapa ada coca-cola? Kalendar ke?

Kenapa ada Menu? Menu ke?
Ya Geng! inilah dia lapik tetikus atau nama glamour
lagi berkelip-kelip 'mouse pad' Mcdonald keluaran
tahun 2007, dapat melalui McDelivery.
Pemberian percuma 3 dalam 1 !
Entri sempena memeriahkan lagi penantian 'can glass'
Coca-Cola di Malaysia selepas mendapat info sensasi
dan terkini dari Bro Nikths Jom Kumpul, dengan
entri beliau 'Coca-Cola Buat Hal Lagi!'

GELAS LAMA COCK BRAND

Gelas lama Cock Brand, ingatkan Ayam Brand?
Terlalu banyak jenama ayam rupanya, melalui
pencarian dari sudut geografi, sejarah dan sumber
internet akhirnya gelas ini dipercayai adalah gelas
'Cock Brand' sebuah jenama minyak masak.

Gambar ini sumber dari Sime Darby Edible Products Limited
Ada sesiapa pernah guna minyak ini?

Rupa bentuk Gelas 'Cock Brand'
Pandangan tapak gelas, dari bawah.
Beginilah kalau ada hobi, sedikit sebanyak kena juga
ambil tahu, jika salah tolong tunjukkan ya!
koleksi gelas April 2011

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.