Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION #1

"TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
Bilakah peperangan ini dapat ditamatkan?
Perang robot atau mahluk asing?
Cukuplah semuanya angkara manusia....
"TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
"TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
 Kerana manusia juga robot rebutkan ubat gigi!
Walau robot tidak bergigi!.
Kita ada gigi, ada gosok gigi atau tidak?
TRANSFORMERS "AGE OF EXTINCTION"
 Atau beli ubat gigi semata-mata nak dapatkan
KOLE TRANSFORMERS PERCUMA!
Koleksi Kole "TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
Kole EDISI TERHAD ini adalah
PERCUMA!, dengan pembelian 2 kotak ubat gigi
Darlie Enamel Protect 200 gram.

iaryylr baru dapat 1 kole sahaja buat permulaan.
Mug "TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION" Mug
Ada dua pilihan antara Bumblebee dan Optimus Prime,
iaryylr pilih "OPTIMUS PRIME"
Promosi Darlie "TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
Promosi untuk kole ini dipercayai hanya di pasaraya terpilih,
ini kerana terdapat 3 lagi corak kole TRANSFORMER
di lokasi lain yang turut mengancam kolektor, kaki mug,
TRANSFORMER dan souvenir.

Di sebuah pasaraya besar, sekejap sahaja 3 kotak kole
"TRANSFORMERS AGE OF EXTINCTION"
habis di tebus pembeli ubat gigi Darlie 


Apapun rehat dulu, tak mahu tergesa-gesa untuk
melengkapkan set, mana tahu esok lusa terjumpa
di pasar karat, tak ada ubat gigi untuk souvenir tak apa
asal dapat minimakan kos. 

KOMBO FIFA WORLD CUP COCA-COLA

"FIFA WORLD CUP" BRASIL
OFFICIAL PARTNER
samsung grand, coca-cola, aeon big, koleksi coca-cola, malaysia
Promosi Coc-Colla Terkini FIFA WORLD CUP

"2014 FIFA World Cup Brazil"

Demam bola, makan bola, tidur bola! kali ini betul punya
bola Coca-Cola yang menarik perhatian.
Promosi terkini di Aeon Besar, beli 2 pek 6 tin dan
tambah RM39.90 untuk sebiji bola Coca-Cola.
 Bajet pun ada sikit, Sambar terus 1 set.

Dengan pembelian bola Coca-Cola dari pasaraya ini, maka
tinggal 2 biji lagi bola Coke untuk di tebus dari program
7e & Coca-Cola yang mewajibkan mengumpul mata
dengan pembelian produk Coke, kumpul resit dan pos.
( Parah! Parah! )
samsung grand, coca-cola, aeon big, koleksi coca-cola, malaysia
PROMOSI COCA-COLA - BOLA COCA-COLA
 Bila bola sudah dimiliki, maka boleh pulang dengan gembira.
samsung grand, coca-cola, aeon big, koleksi coca-cola, malaysia
COCA-COLA PIALA DUNIA 2014  BRAZIL
Bola merah yang bergaya, buat bermain di Hari Raya.
"Koleksi Coca-Cola"

Demam Bolasepak CHOOL RHINO

FOOTBALL FEVER
BRAZIL "FIFA WORLD CUP 2014" BRASIL
Tahun ini, ramai yang terjangkit wabak deman bolasepak.
Walau tidak berminat, walau tidak demam, pasti akan selsema,
tekak kering, batuk-batuk, sengal tulang dan sebagainya.

Menjelang Piala Dunia 2014 ini, banyak syarikat
mengambil kesempatan untuk mempromosikan
produk dengan souvenir, program penebusan,
peraduan dan sebagainya berkaitan temasya sukan
bolasepak yang terunggul.

Bagi iaryylr nak kejar semua tak dapat, jadi sekadar ada.
Seperti souvenir rantai kunci dengan pembelian sebotol
"COOL RHINO" 350ml.
Ada 6 corak kesemuanya, mewakili 6 negara,
tetapi iaryylr cuma ada satu sahaja.
Cool Rhino 2014
Dapat Si Badak dari Negara Argentina.
Koleksi Rantai Kunci
Bolehlah asal ada, kalau dapat percuma lagi menarik!.
"Koleksi Rantai Kunci"

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.