Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label tabung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tabung. Papar semua catatan

Tabung Syiling 50 Sen 2020

Tabung 50 SEN
Ini baru betul-betul menabung
50 Sen dengan tabung 50 Sen!
COIN BANK / SIRI BUNGA RAYA
 Tabung Syiling ini pasti begitu menarik di masa
mendatang, ini kerana siri syiling kedua tidak lagi
dikeluarkan. Syiling siri ketiga pun baru 2 tahun.
Syiling Siri Kedua
Tabung ini pasti lebih menarik jika di gandingkan
bersama koleksi syiling dan matawang memandangkan
saiznya yang besar mampu mencuri perhatian.

Koleksi Tabung - SHELL

Koleksi Tabung kali ini yang biasa-biasa sahaja.
Pasti ribuan pengguna Shell dan kolektor memilikinya.
Namun iaryylr baru dapat sebelum bulan puasa 2013.
Koleksi Tabung / SHELL
Berbentuk bagai titisan minyak.
Nampaknya bertahun juga baru berjaya masuk koleksi.
Pernah nampak di stesen minyak, tapi minta tak dapat.
Dapat satu pun jadilah :) .
'Koleksi Tabung iaryylr'

TABUNG TIN APPETON

Tabung Besi Appeton
'Vitamin C untuk Kanak-kanak'
"Chewable Pastilles For Children"
Appeton A-Z Kid's Vitamin C
Tabung ini tidaklah lama sangat, mungkin
beberapa tahun lepas dikeluarkan... .
Jom, menabung!
- Koleksi Tabung Iaryylr / Koleksi Appeton -

PRUDENTIAL INSURE

Tabung Seramik Prudential Insure
buat apa ikut pintu belakang...
kalau ada pintu depan...
Cuma bumbung yang berlubang,
boleh masuk hujan...

TABUNG TIN WRIGLEY'S BIRU

Wrigley's Jenama Gula-gula Getah Yang Popular,
Cari tabung hijau dapat pula tabung biru laut...
Jom menabung....., keting ketok bunyinya!
Jika dah penuh bolehlah buat belanja makan-makan....
'koleksi tabung iaryylr'

Bola Golf Berkaki Untuk Berlari...

Bola Golf Luar Biasa, bersaiz kira-kira 2 kali ganda!
Mengapa dan untuk apa?
Bola golf ini memang pelik sikit sebab agak berbeza.
Cuba tengok bawah tu, ada kaki berkasut merah
pula... , mungkin agar mudah melarikan diri dari
dipukul kayu golf , tetapi kalau bola golf sebesar
ini, perlukah pemukul yang lebih besar?
Jawabnya tidak perlu, sebab ianya bukan untuk
dimainkan , tetapi untuk disimpan sebagai
hiasan dan juga sebagai bekas menabung...
Ini kerana ianya adalah "Tabung Bola Golf"

TABUNG TIN LADY'S CHOICE


TABUNG TIN LADY'S CHOICE

LADY'S CHOICE COIN BANK
Peanut Butter "Good For Me!" For You?
Mari menabung, sampai bekas kembung!
Bila dah kembung boleh beli sekilo ikan kembung,
cepat-cepat buat laksa sambil makan jagung...
Sedap sungguh kuah laksa dari ikan kembung!
Enak aroma bau di sedut sampai besar lubang hidung!
Tabung yang boleh dibuka tutup dan diperbuat dari
logam besi sesuai untuk anak, suami dan juga isteri.
Bila sudah penuh boleh juga buat makan Bakso!...
Bakso yang masih panas supnya! perghhhh!
dengan bebola daging yang harum dicecah sambal
kicap bawang putih!, yang suka masam-masam boleh
perah limau yang menghijau. Kalau Bakso sup daging
campur pun sedap dimakan sambil minum air soda!..
Asyik dimakan pada waktu pagi atau tengahari.

wah! tengah lapar rupanya saya! ha ha ha!

TABUNG UNTA AMBANK GROUP

Senyum sengih seekor unta yang sakit diMalaysia.
Kerana memikul tempayan yang amat besar setiap hari.
Pengorbanan seekor unta yang harus dihargai.
Menjadi pengajaran buat generasi.... .

'Koleksi Tabung Bank iaryylr'

TABUNG KFC UNTUK DIMILIKI

TABUNG KFC
Untuk mereka yang ingin menabung & pengumpul tabung,
pengumpul barangan kfc dan sesiapa saja yang berhajat...
Tabung Seramik KFC Tiada Yang Percuma
Tabung KFC 2010 ini dibeli tunai RM7.90 sebab bukan
ahli kelab, jika ahli ada diskaun tidak silap seringgit.
Dibeli pada minggu lepas waktu pulang kerja.

KRAFT SINGLES COIN BANK

TABUNG DUIT KRAFT SINGLES 2010
Tabung berbentuk lembu ini, iaitu maskot bagi Kraft Singles
saya dapat pada Jumaat lepas 29 Oktober 2010.
Sebenarnya perlu membeli Kraft sigles 24 keping, tetapi sebab
iklan belum keluar, maka saya beli sahaja 2 bungkus Kraft
Singles 12 keping dan tebus.

TABUNG PRINGLES

PRINGLES COIN BANK
Tabung edisi terhad ini saya beli bulan lepas, sebenar saya
pernah miliki yang bewarna hijau tetapi entah kemana
hilang, mungkin tumbuh kaki.
Tabung ini mungkin berusia 5 tahun keatas , jika
ada sesiapa ada info sudilah berkongsi maklumat disini.
Maklumlah sudah tua... .

TABUNG PLANTA

TABUNG PLANTA SEMPENA 80 TAHUN
Tabung sebesar tin planta sebenar..
Gara-gara entri dari blog ...dah masuk kotak, berkejar saya
untuk mendapatkan tabung Planta. Akhirnya pada tarikh
20 Julai 2010, maka tabung Planta tersebut menjadi hak
milik tanpa geran seperti yang dipaparkan. He he he... .
hobi & koleksi tabung 20 julai 2010

TABUNG SHELL

SHELL COIN BANK
Tabung berbentuk titisan cecair ini memang menarik kerana
'sebutir beras ibarat setitik peluh petani'.
Walau nampak seperti tiada kena mengena pepatah dengan entri ini,
namun jika tiada minyak untuk jentera & pengangkutan bagaimana
kerja & hasil tani hendak diuruskan pula kan?.
Tabung ini saya beli di Klang dan dipercayai berasal dari Temasik.
Berdasarkan pencarian di internet.
hobi & koleksi tabung 23 Julai 2010

CAMPBELL'S COIN BANK

Tabung Campbell's
Satu lagi tabung yang masuk dalam senarai, entah bila ianya
dikeluarkan dan mengapa, yang pasti untuk pemiliknya
menabung, tapi tabung-tabung saya kosong sahaja hi hi hi!.
hobi & koleksi tabung 23 Julai 2010

TABUNG SARDIN AYAM BRAND 50TH MERDEKA

TABUNG TIN SARDIN AYAM BRAND
apa jenis ikan pun kita panggil ikan sardin juga...
Ikan Mackerel Dalam Sos Tomato
Setelah Tabung Ayam Brand, keluaran khas buat pengumpul dan pengguna
produk Ayam Brand, sempena 50 tahun Negara Merdeka dari penjajah
1957-2007. Dipersembahkan oleh pengumpul2 diblog masing-masing
sebagai info berguna kepada semua, maka kini giliran saya pula
menghangat kembali. Ya, tabung ini saya baru dapatkan dari
Lan Antique Collection pada ahad lepas bersamaan 11 Julai 2010.
Saya memang idamkan tabung ini agak sekian lama.
Sardin Ayam Brand juga termasuk dalam barang koleksi kerana
ianya jenama yang dipercayai sejak 1892. Waktu dulu mungkin 2
jenama ikan sardin tin sahaja dipasaran, tidak seperti sekarang.. .

Sebut pasal ikan sardin tin ini, teringat saya keluaran ikan sardin tin jenama
SUDI, yang tidak lama berada dipasaran pada tahun 1992 . Jenama itu
menjadi ingatan kerana tidak silap saya ianya keluaran syarikat penyanyi
terkenal yang tidak asing lagi dan telah kembali ke rahmatullah. Beliau
yang saya maksudkan adalah Allahyarham Dato'Sudirman Hj. Arshad.
Pada tin sardin itu tertera wajah beliau sama seperti di Tin Soda Sudi
yang meletup dipasaran. Bangga saya minum air Sudi.
hobi & koleksi / tabung / 11 Julai 2010

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.