Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label compact disc. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label compact disc. Papar semua catatan

Kotak Milo Permainan Pengembaraan

Jom teroka lautan dengan kapal selam! 
Nestle Breakfast Cereals kali ini membawakan siri promosi terkini
"Discovery - explore YOUR WORLD"
Bijirin Serapana Milo Nestle - Kapal Selam Hijau
Jika dengan siri bijirin serapan Nestle 170 gram seperti Milo,
KOKO KRUNCH dan Honey Star? terdapat 3 buah buku  nota beraktiviti
percuma ditawarkan ( 1 buku nota pada setiap kotak promosi ),
3 permainan CD cabaran pula menjadi pilihan untuk
dikumpul dengan siri bijirin serapan Nestle 330 gram.
(Percuma 1 CD pada setiap kotak promosi 330 gram )
Permainan Pengembaraan - CD 1 Artik , CD 2 - Lautan - CD 3 - Hutan
Nak kumpul 3 cd permainan kesemuanya, perlu beli 3 kotak,
Perghhh! mana cukup bajet, pun tak habis makan nanti keluar
pula promosi lain. Sebab lebih suka Milo, dapatkan sahaja
 1 CD Cabaran Discovery nombor 3 iaitu 'Cabaran Hutan'.
Lainlah kalau dapat percuma begitu sahaja :) .
- Koleksi Milo -

Pepsi Music World

Pepsi Music World
Dapat CD ini di Sabah, terpakai. Tidak tahu Ori atau tidak?.
Bawa saja pulang dari dibuang,

Bumper Raya UJang 2012


Beli UJang isu Bumper Raya
dapat sticker Roadtax dan sticker Kereta
juga DVD Kisah Keluarga Pak Usin

Iwan Syahman - Segalanya Allah

Bertemu Iwan Syahman
Pada Bulan 7 2011 yang lalu ( tidak silap ) Saudara
Iwan Syahman telah membuat promosi album
baru yang berjudul "Segalanya Allah" di
siri jelajah Pasaraya Gergasi. Maka di kesempatan
itu dapatlah iaryylr bertemu beliau yang jauh
berubah. Perubahan Positif dari segala segi.
Tiada lagi imej Glamour dan dangdut.
Kesempatan yang terhad itu dapatlah iaryylr beli
CD terbaru dengan harga istimewa dan poster.
Poster dan CD istimewa sebab telah ditandatangani
oleh Iwan Syahman sendiri.
Semua lagu CD Original sudah didengari.
Rasanya inilah CD Nasyid pertama iaryylr beli,
 He! he! he! he!....

KALENDAR BERPUTAR & KALENDAR CD HP

KALENDAR BUKAN SEBARANG KALENDAR
Kalendar unik berputar, biji mata pun berpinar!

Kalendar HP percuma dengan pembelian majalah
Chip pada Disember 2005. Kita putar ikut bulan!
Terdapat juga kalendar cd interaktif percuma
dan kupon diskaun baranganHP didalamnya.
Kita putar Roda Impian!

AQUARIA KLCC

CD-ROM MULTIMEDIA PELAWAT
'An Ocean Of Discovery'
Dapat Percuma atau sekali dengan tiket waktu
mengunjungi Aquaria KLCC tidak silap saya pada
tahun 2006. Sekarang masih sama atau tidak?.

'Visitor Multimedia CD-ROM'
Kalau kita selak jerung tu ada pelan lantai untuk
tingkat 1 dan 2 sebagai peta lokasi.
Menarik juga dapat tengok penyelam bagi makan
jerung, nasib jerung tidak makan penyelam.

BIG MAC BEST MALE HITS

Mc Donald's "BEST MALE HITS"
'enchanced CD'
CD kompilasi artis lelaki terhangat ini dikeluarkan pada
tahun 2005. Percuma dengan pembelian set Big Mac
pada waktu promosi tersebut. Ianya bukan untuk dijual
dan dikeluarkan untuk tujuan promosi di Mc Donald's
oleh SONY BMG Music Entertaiment. Apa yang lebih
menarik pada cd ini untuk pc adalah terdapat permainan
komputer Big Mac, Big Mac Cursor, Screen Saver &
hiasan dinding Mc donald untuk skrin komputer.
Ada 3 cd yang dikeluarkan untuk promosi ini, iaitu

1: "BEST MALE HITS"
2: "BEST FEMALE HITS"
3: "BEST LOVE SONG"

Artis dan lagu dalam kompilasi "Best Male Hits" ini

1: Good Charlotte / Lifestyles Of The Rich And Famous
2: Switchfoot / Meant To Live
3: Rooster / Come Get some
4: John Legend / Don't You Worry 'Bout A Thing
5: Guy Sebastian / Angels Brought Me Here

JULANGKANLAH PEMAIN BADMINTON NEGARA

CD julangkanlah... "Making the heroes of tomorrow"
CD lagu ini dibeli sewaktu promosi KFC, mungkin
sebelum pada 2004. Ianya dibawakan oleh
ntv7,KFC dan Pizza hut bersama Persatuan
Badminton Malaysia.
CD lagu ini menampilkan penyanyi Krisya untuk
vokal versi bahasa melayu & bahasa inggris dan
Zhao Bo Hwa untuk versi bahasa Mandrin untuk
lagu 'julangkanlah'
Hanya satu lagu dalam 3 versi terdapat pada cd ini.
CD muzik ini dikeluarkan adalah kerana '"ulangkanlah"
mencerminkan semangat dan impian untuk
mengembalikan kegemilangan badminton Malaysia.
Ianya menyuarakan galakkan, harapan dan
tekad untuk membina impian baru dan generasi
baru wira badminton untuk masa depan.

K
oleksi CD iaryylr

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.