Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

PREGO HANDMADE MAGNET

Ronda Pasaraya K4 minggu lepas terjumpa pula botol Prego
'Pasta Sauce Traditional' dengan pelekat tambahan
'FREE HANDMADE MAGNET' apa lagi? beli jangan tak beli!
'Fridge Magnet' yang diberikan percuma disertakan didalam
kotak istimewa, maka Kuranglah risiko kerosakkan.
Inilah 'Fridge Magnet' Prego menarik yang saya dapat.
Berkeadaan baik, berseri tanpa retak.
Selepas dapat baru perasan, di kotak rupanya ada 3 gambar
magnet peti sejuk yang ditawarkan, dan saya baru dapat 1.
Dapat 1 o.k juga, hendak dapatkan lagi 2 belum gaji pula.
Bila dapat gaji 'fridge magnet' belum tentu ada.....

MUG MILO MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA

MUG MILO MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA
Mug Milo 2004

Official Nutritious Chocolate Malt Drink Of The
Malaysia Contingent to the Athens Olympics

MAGGI PAPER CUP

CAWAN KERTAS MAGGI TERKINI

Ada atau tiada Gigi, Anda berhak makan Maggi!

Maggi, Sedap Dimakan Begitu Saja!

KNORR PAPER CUP

Cawan Kertas Knorr

Cawan kertas jenama Knorr ini saya dapat sewaktu merasa
telur dadar yang dimasak oleh 'promoter' menggunakan serbuk
perasa Knorr. Telur dadar yang dimasak diisi kedalam cawan
sebelum diagihkan kepada pengunjung yang lalu berhampiran.

GELAS SUNQUICK CORAK BATIK

GELAS SUNQUICK BERCORAK BATIK
Merah Kuning warna berseri , minum Sunquick hari-hari!
Tidak habis-habis gelas Sunquick! Lagi entri Gelas Sunquick!
Gelas sunquick ini mengingatkan pada gelas 1 Now 1 Nescafe
Gelas ini adalah sumbangan Emak angkat Isteri kira-kira
hampir 4 tahun yang lalu. Gelas ini bersenang lenang
di dalam stor sebelum berpindah milik. Usia gelas ini tidak
diketahui kerana ianya awet muda dan masih belum diguna.

BOTOL LAMA HORLICKS

BOTOL HORLICKS LAMA ?
Botol saiz kecil ini saya minta dari Nenek Raya lepas. Ianya
tidak berpenutup lagi. Penutup yang berwarna coklat itu
sebenarnya adalah penutup lagenda botol Nescafe.
Botol ini kilat bersinar selepas dicuci. Kilauannya memukau
mahluk-mahluk yang bergentayangan seperti 'UFO'.
Tertera pula nombor ekor berhantu 6923...., jangan beli tau!

BOTOL GULI SIN CHAN

AIR SODA DALAM BOTOL GULI SINCHAN SEKELUARGA
Air botol soda jenis botol guli ini saya beli di kedai 100 yen.
Buka semua kedai 100 yen menjual produk yang sama.
Apa yang menarik terdapat juga barangan Pepsi, Cocacola &
sebagainya turut dijual. Ada juga saya membeli beberapa tin
air minuman berkarbonat sebagai tambahan koleksi.
Saya membelinya pada awal september 2010.

CASTROL DRINK JAR

CASTROL DRINK JAR PLASTIC INJECTION MOULD
Inilah bekas air yang telah lama berada di rumah, mungkin
telah berusia 8 tahun. Ianya sudah lama tidak digunakan.

COCA-COLA USB FLASH DRIVE

'THUMB DRIVE' COCA-COLA
Hasil pencarian 22 oktober 2010 di 'Buy Sale Trade' Subang.
Ini adalah kali pertama menjejakkan kaki di BST Subang.
Flash Drive 4gb bernilai RM25 ini saya beli di BST Subang.
Sebelum membeli saya tidak yakin ianya berfungsi baik,
namun demikian saya meminta pekerja BST mengujinya.
Setelah disumbat di komputer kedai katanya 'O.K'.
Saya membuat pembayaran dan menuju ke CC Sunway
buat kali pertama untuk meninjau barang tetapi tiada apa
yang boleh dibeli, ada bekas milo plastik dan tumbler caltex
jernih tetapi tiada selera pula hendak membeli. Berbalik
pada thumb drive coke tadi saya mencubanya di rumah
tetapi sayang ianya gagal berfungsi dan didapati ROSAK.
hobi & koleksi coca-cola 22 Oktober 2010

GELAS NESCAFE DARI NESTLE

GELAS NESCAFE SEPTEMBER 2010 PERCUMA!
Dengan Pembelian Pek Promosi Nescafe Classic 100Gram
Barang Percuma Dari Nestle Nescafe Sememangnya
'Setiap Keluaran Pasti Menawan'
Gelas percuma ini 'simple' seperti gelas susu tetapi menarik.
Untuk lebih asyik sewaktu menggunakan gelas ini, tambahlah
susu atau 'coffee-mate' agar jelas tertera jenama 'Nescafe' itu.
Untuk lebih menunjukkan keterujaan, minumlah depan cermin,
atau minta kawan, isteri, suami atau anak ambil gambar anda
menggunakan gelas ini. Kalau nak ambil gambar sendiri pun
boleh juga dengan telefon bimbit anda yang canggih itu.

Untuk gaya yang lebih ceria dan 'klasik' sebab Anda minum
Nescafe' Classic' bolehlah Anda rujuk dari Blog Saudara B.R.
'GAYA BERGAMBAR ORANG DULU-DULU'
Cuba gantikan objek dipegang dengan gelas Nescafe.
( Blog Blues Rider, ' Mengimbau masa silam yang Blues...' )
hobi & koleksi gelas september 2010

SUDU NESCAFE 2010

SUDU NESCAFE
Percuma dengan pembelian Nescafe Classic
'Asal duit dapat barang,asal barang dapat barang'
'Free gift' Nescafe memang menarik perhatian pengumpul,
Jenama Nescafe sememangnya tidak perlu diperkenalkan.
Bila hadiah sudu nescafe sudah diumunkan, sememangnya
ianya dinantikan peminatnya di pasaraya berhampiran.
Sudu ini saya dapat awal bulan September 2010. Tarikh ini
mungkin tidak penting pada hari ini tetapi ianya maklumat
berguna yang diperlukan oleh pengumpul dimasa hadapan.
Hobi & koleksi sudu September 2010

BOTOL GULI AIR SODA

BOTOL GULI AIR SODA
Nampak guli dalam botol? itu adalah 'geliga botol' yang asli!
Air soda botol guli ini adalah yang terkini. Ianya keluaran
dari negara Jepun. Saya membelinya beberapa tahun lalu.
Ianya masih terdapat di pasaran & dijual di pasaraya tertentu.
Botol ini agak kecil dan unik, warna hijaunya memikat.

BEG SERBAGUNA NESTLE MILO FUZE

BEG NESTLE MILO FUZE BEG NOMBOR 3 DARI 4
'RE-ENERGIZE YOUR DAY'
Percuma dengan setiap pembelian Milo Fuze 3 dalam 1 selagi stok
masih ada, kalau sudah tiada maka tiadalah lagi dapat dibawa
pulang selain barang belian tanpa hadiah percuma. Kadang -
kadang kalau pekerja di kaunter penebusan jenis malas pun
bermasaalah juga, ada kata tiada & sebagainya.
Beg ini saya dapat awal bulan 9, cuma ada no:3 dari 4 rekabentuk.
Dapat 1 pun o.k juga...

GS BATTERY KEY CHAIN

PEMEGANG KUNCI 'GS BATTERY'
Rantai Kunci 'GS BATTERY' ini saya beli yang terpakai kerana
Jenama 'GS BATTERY' itu seperti ada keunikkan tersendiri.

TEA BOH PAPER CUP

TEH BOH 3 dalam 1
Minum-minum percuma, seisi rasa merasa di pasaraya pada 2
minggu yang lalu.. .Saya membawa pulang cawan kertas 'BOH'
sebagai tambahan koleksi sedia ada. Memang seronok dapat
benda-benda ini. Teh Boh 3 dalam 1 ini pula amat sedap rasanya
seperti aroma minum pagi di warung kopi, di warung,
nikmatnya lebih 'terapi minda' dari di 'cafe' terkenal. Kena pula
dengan nasi lemak kampung tambah telur goreng tabur garam.
Memang 'BOH' ada umphhh! itu yang beli lebih walau tiada
barang percuma di berikan pada waktu pembelian.

PEK PROMOSI UBAT GIGI DARLIE

Pinggan Raya bersaiz 8" Percuma dengan pembelian Ubat Gigi Darlie
Pinggan percuma ini terdapat 2 corak, Saya baru dapat 1 dari 2. Cuma
beli 1 ubat gigi Darli pek promosi pinggan Raya bernilai kira-kira
RM5 untuk1 pinggan percuma. Terdapat logo Darlie dibawah
pinggan tersebut, tidak seperti Pek Promosi Mangkuk Seramik
Percuma, tiada logo. Perlu simpan kotak pula sebagai bukti ianya
percuma dari Darlie. Pek promosi pada bulan 10 ini pula,Darlie
menawarkan Mug Snoopy edisi terhad tetapi mesti beli 2 kotak
pek promosi terlebih dahulu , bernilai kira-kira RM15. Entah
apa pula yang ditawarkan pada pek promosi bulan 11 nanti,
Jika ada, Kita tunggu, kalau menarik boleh beli, kalau tidak
menarik buat apa beli?
hobi & koleksi pinggan percuma sept 2010

WALL'S PAPER CUP

Cawan Kertas Wall's dengan motto 'Hidup Biar Sedap!'
Cawan kertas ini sangat kecil, boleh didapati di sudut promosi
ais krim Wall's di pasaraya sewaktu aktiviti merasa ais krim
di jalankan. Kalau besar sikit baru puas merasa tahap nikmat.
Kalau hendak lebih puas kenalah beli sekotak ais krim.. .

HORLICKS PAPER CUP

Cawan Kertas Horlicks 2010
Ada apa degan Horlicks?
hobi & koleksi paper cup Sept 2010

TEA POT PAPER CUP

CAWAN KERTAS SUSU CAP TEKO
Kalau Anda ada duit lebih, simpanlah setin susu pekat manis Susu
Cap Teko lama yang masih boleh didapati dipasaran.

1 NOW 1 NESCAFE

BEKAS MINUMAN PANAS '1 NOW 1 NESCAFE'
'Tumbler' plastik Nescafe ini tidak silap ingatan Saya telah berusia
lebih 4 tahun, baru jumpa penutupnya minggu lepas. Kalau rendah
dari ini saya tinggal penutup sahaja, hendak buat entri pun tidak
lengkap, kalau hendak melihat adik kepada 'Tumbler' ini iaitu
'Tumbler' Necafe 2 dalam 1, silalah berkunjung ke Blog Bro Rasli
di raslibotoloren.blogspot.com

Tulisan timbul '1 NOW 1 NESCAFE' pada penutup bekas ini.
Nescafe sedap diminum panas atau sejuk....

TABUNG PRINGLES

PRINGLES COIN BANK
Tabung edisi terhad ini saya beli bulan lepas, sebenar saya
pernah miliki yang bewarna hijau tetapi entah kemana
hilang, mungkin tumbuh kaki.
Tabung ini mungkin berusia 5 tahun keatas , jika
ada sesiapa ada info sudilah berkongsi maklumat disini.
Maklumlah sudah tua... .

GELAS SUNKIST

GELAS PLASTIK 'SUNKIST JUICE'
Gelas percuma ini agaknya dengan pembelian Sekotak Juice Sunkist
pada awal tahun 2010. Saya yang beli tetapi saya juga yang lupa....
Kalau gelas ini diperbuat dari kaca tentu lebih menarik!,
Rekaannya retro memang dipuji tetapi sayangnya plastik.

GELAS CHINESE HONEY BEE'S QUEEN

GELAS LAMA JENAMA BEE'S QUEEN
'Chinese Honey'
Gelas Kaca Permaisuri Lebah
Dulu beli madu dapat gelas, hendak atau tidak mesti kena ambil gelas
itu juga, sebab bekas madu itu sendiri adalah gelas. Bukan saja gelas
sebagai isian madu malah terdapat mug mug yang pelbagai.
Sekarang masih ada lagi madu dijual dalam mug walau kebanyakannya
dijual dalam botol atau bekas tiub plastik. Berkenaan gelas di atas,
tidak diketahui berapakah usia sebenarnya kerana tidak diketahui
bila dan akhir waktu diimport ke Malaysia. Walau bagaimanapun
dianggarkan sekitar 20 tahun. Awal 80'an memang pernah nampak
gelas seperti ini berada di rumah dibeli ayah dan di rumah atuk sudah
tentulah dibeli oleh atuk. Cuma saya tidak tahu adakah ada variasi
grafik lain pada keluaran gelas ini. Gelas ini saya ambil dengan izin
nenek pada waktu Raya lepas. Berat bersih madu dalam gelas ini
adalah 283 gram seperti yang dinyatakan dan Madu Asli. Ianya
diimport oleh Nam Leong Co., tidak diketahui adakah Syarikat
lain juga turut membawa masuk jenama ini ke Malaysia.
Jika tersalah info harap maaf ya, dan jika anda ada maklumat
berkaitan sudilah berkongsi bersama disini.
hobi & koleksi Gelas

JARUM SUNTIKAN ADA DARAH SIAPA?

Bahaya! jarum suntikan ditemui di kedai!
Awas! Bahaya di pasaraya! Jangan jadi mangsa!
Bukan darah manusia, bukan juga darah haiwan, apatah lagi darah
pontianak memang jauh sekali... kalau semunya bukan sudah tentu
darah 'cekik darah'. Sebenarnya saya adalah mangsa kedai Jepun
100 yen itu sebab tertarik dengan pen yang unik ini. Bukan hendak
promosi sebab tiada dapat apa pun tetapi sekadar berkongsi info.
Dulu memang suka beli benda-benda pelik. Tentang Pen Jarum ini
memang ramai yang terkena di tempat kerja, kena sakat... .

PEPSI JEPUN 500ML

AIR TIN PEPSI JEPUN 500ML SETINGGI GUNUNG FUJI
Perbandingan dengan tin Pepsi Malaysia 325ml
Bahagian belakang tin Pepsi Jepun 50oml
Pepsi Jepun ini masuk koleksi waktu membeli-belah di Jepun,
konon saja , sebenarnya beli di Kedai 100 Yen, iaitu kedai
barangan Jepun yang bertapak di Malaysia. Bukan saja Pepsi,
malah barangan air soda lain seperti Coca-cola Jepun pun ada.
Rasanya untuk minum 2 orang bolehlah kalau seorang minum
sampai habis mahu berlubang perut.. tapi orang Jepun O.k saja.
hobi & koleksi Pepsi September 2010

MUG 100 PLUS ATAU MUG AYAMAS ?

MUG BERPENUTUP, TERKINI DARI 100 PLUS & AYAMAS
Percuma! dengan setiap pembelian Seekor Ayam Panggang
Ayamas berserta sebotol 100 PLUS 1.5 liter

Sisi Kiri Logo 100 PLUS

Sisi Kanan Logo Kedai Ayamas
Pandangan dari atas, kelihatan penutup mug yang bewarna oren.
Entah mengapa penutup mug ini bewarna oren?

Mug ini saya dapat pada awal september 2010, ianya masih boleh
didapati di kedai Ayamas berdekatan sehingga stok masih ada atau
tamat promosi. Sesuatu yang jarang terjadi telah terjadi, 2 logo
pada satu mug, inilah strategi perniagaan.
hobi & koleksi mug sept 2010

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.