Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

VINOLIA BABY POWDER

Tin Bedak 
VINOLIA BABY POWDER
Talkum lama khas untuk bayi, tapi dah tamat tempoh.
Walau luarannya berkarat tapi isinya masih putih.
Buatan England, bekas besi bertudung plastik.
Masih  berisi lagi, baunya pun masih segar seperti baru.

Bedak Lama Buatan England

TALKUM LAMA
Tin bedak yang berwarna coklat dan hijau ini mempunyai
penutup muncung yang diperbuat dari besi.
Kelihatan begitu klasik tanpa plastik.
Jika di lihat ton warna dan tin yang berkarat ini, kelihatan
seolah-olah ianya produk ketenteraan. Amat sesuai
digambar bersama bom tangan lama mahupun tengkorak
lama bertopi tentera... perghhh! .

                                                                                          
Bedak yang masih harum mewangi ini dipercayai
adalah bedak bayi atau bedak wangi berdasarkan baunya.
Tidak dapat dipastikan jenamanya memandangkan label
bedak ini telah pudar dimakan usia dan persekitaran.
Pada tapak tin bedak ini tertera

Dulang Minyak Cap Kapak

Dulang Minyak Cap Kapak Dan Minyak Bunga Merah
dengan gambar Taj Mahal yang indah... .
- Tin Tray -

Lapik Gelas Sunquick 4 Segi

Sunquick datang lagi...
dengan Coaster sunquick yang tak cukup set.

Korek Barang Selangor - KL Jan 2013

Korek, Hunting, Buru, Jember  Barang Lama Dan Souvenir 2013
Bulan Januari adalah bulan yang meletihkan bagi iaryylr
dengan hobi dan koleksi. Selain mendapatkanya di kedai
terpakai, pasar karat, jualan garaj dan belian internet,
iaryylr juga mencari barang di kedai-kedai terpilih.
Walau pun adakalanya memerlukan kos yang sama
atau lebih, perasaannya lebih menyeronokkan dan
lebih mencabar kerana berurusan dengan pekedai
atau orang yang tidak dikenali.
Berikut adalah antara hasil hasilnya...
FOTO 1
Selangor Ria
Pelita, bekas ubat nyamuk, sikat, cermin, wisel, sudu kek,
pisau dan entah apa dalam bungkusan. Harganya sudah
tentu harga biasa, tiada diskaun, kos lain adalah kos masa,
kos minyak, tol dan kenderaan. Nampak macam merapu
- rapu sebab beli wisel lama, pisau kek, pisau lama dan sikat.
Pisau lipat walau memang masih dijual dan mudah didapati
 tetapi jenama atau pembuatnya tak sama itulah yang di cari.
Dapat juga crate botol air lama tetapi cuma dapat satu.
" Bila dah tergerak hati, tangan pun pandai mencapai..."
Bila masuk kedai lama yang tinggal hujung nyawa,
 iaryylr tidak akan minta diskaun, tidak kira harga sebab
pekedai pun nak cari makan. Sudah itu sumber pencarian
mereka di akhir usia. Bila barang dibeli maka dapatlah
kita melihat kecerian yang terpancar di wajah mereka.
Yang penting ada bajet dan kosnya masuk akal.
FOTO 2
Selangor Ria
Barang MILO, Pergh! barang kesukaan ramai!, sayang
buku nota MILO dan buku sukan MILO semua cuma satu.
Ada juga nampak buku nota MILO lagi di kedai lain baru
baru ini tapi Aunty kedai tak mahu jual sebab dah jadi
buku hutang, atau sudah digunakan :).
Hasil yang meletihkan, begitu jauh perjalanan, walhal mungkin
boleh dapat dengan terus membeli di pasar karat. Yang
menariknya bila kita dapat barang yang masih berbungkus
atau barang baru tapi stok lama, harga murah sedikit dari
pasar karat, tetapi campur kos masa, minyak, tol dan
kenderaan, tung-tang tun-tang kail kuntang tarik tolak
lebih kurang sama kosnya dengan membeli. Ada lebih sapu
ada kurang sapu, tapi seperti biasa, bajet mesti ada.
Tauke kedai ini mengakui banyak barang telah dibuang,
ada yang diberi pada sanak saudara, yang haru banyak
baju old skool telah di beri pada kontraktor sewaktu
kerja-kerja membaiki atap kedai. Kedai Tauke ini pun sudah
di masuki kolektor atau pelari sebelum ini, jadi cuma
 tinggal barang tak diminati atau terlepas pandang sahaja
di kedai ini. Tauke kedai ini juga memberitahu bahawa
beliau pernah di tipu kolektor bila berurusan denganya,
Dengan Tauke janji RM100, bila ambil barang dari isteri
beliau, jual nama Tauke kata Tauke beri harga RM80 saja,
itu yang Tauke ingat. Di kedai lama ini Bukan sahaja dapat
barang MILO, dapat juga poster COKE.
FOTO 3
KL Ria
Botol dan crate Coca-Cola baru, Sprite dan Fanta iaryylr beli
di kedai makan manakala baner Coke dan poster Coke
Tauke kedai makan itu yang beri. Kata Tauke dia ada satu
almari barang COKE, dulu ada satu Mat Salleh singgah
kedainya dan minta poster coke lama di kedainya. Dia
beri sahaja katanya dengan bangga sebab Mat Salleh itu
orang pertama Kolektor Coca-Cola yang berkunjung.
Dulang COKE pula satu beli secara pos dan satu percuma
dengan pembelian air botol Coca-Cola. Di kedai makan
itu iaryylr dapat pembuka botol Coca-Cola dengan harga
luar biasa, harga "Kita Kawan" kata Tauke yang murah
senyuman dan ramah mesra melayan pelanggan-pelanggannya
yang menjamu selera dengan riang dan ketawa.
Aduhai balik jalan sesak gila!, pening! pening!.
FOTO 4
Selangor Ria
Pelita Gajah di atas iaryylr beli juga di kedai lama, tinggal
dua sahaja di situ, apa lagi?, sapu jugalah, boleh buat
modal kos kos perjalanan dan menampung hobi, itu
pun jika dapat dijual memandangkan ianya masih belum
panas sangat, cuma ianya semakin kuranglah.
Kolektor pun semakin ramai maka semakin meriah.
FOTO 5
Selangor Ria
Mangkuk dodol dari kedai FOTO 1 dan cawan kopitiam
 ini dari kedai yang berbeza, Sapu juga buat koleksi dan
untuk tampung hobi dan koleksi. Cawan Kopitiam?
iaryylr masih yang biasa-biasa sahaja :) .

Setiap kali hunting , iaryylr akan ditemani isteri , kami
akan cari barang sambil serapan atau makan tengahari
mahupun minum petang di kawasan berhampiran atau
di perjalanan. Tak kisah walau sekadar nasi lemak
kuih muih, cengkodok ataupun cempedak goreng.

Sampul Duit Ang Pow

Tahun Baru Cina beberapa hari lagi..., tapi baru
dapat 3 jenis angpow 2013, Coke, Drincho, FN
dan lain-lain masih belum dapat lagi.
Angpow yang banyak-banyak dalam gambar ini adalah
Angpow 2012 dan ke bawah. Dapat dari kedai lama pada
pada bulan jan 2013. Saya nak beli tetapi Aunty tak bagi,
katanya  "angkat sahaja"

Bola Milo FUZE SQUEEVE MORE No:2

Bola Nestle MILO Fuze
SQUEEZE MORE - OUT OF YOUR DAY!
Kalau dapat bola MILO ini sebanyak mungkin dan dibuat
bantal tentu dapat tidur lena dengan sarung bantal MILO.

BERUANG COCA-COLA 2013 No:1

Promosi Terhangat Coke Di 7-E Pada Januari 2013
Official COKE Coca-Cola Polar Bear Plush
 コカコーラ
 コカコーラコレクションちょっと整理! 
Ada 3 beruang kesemuanya, kecil dan menarik.
Tiada yang percuma, beli RM4.90 dengan pembelian 2
botol produk minuman keluaran Coca-Cola /  コカコーラ
Walaupun dijadualkan cuma 3 minggu untuk melengkapkan
set yang dikeluarkan secara berkala, namun untuk minggu
pertama masih banyak 7-E yang belum menerima beruang
promosi tersebut walau ianya telah di iklankan di akhbar.
Beruang Kedua
iaryylr telah berjaya mendapatkan beruang pertama dan
kedua sekali gus pada minggu pertama. Hanya di satu
tempat sahaja iaryylr jumpa kebocoran promosi ini.
Beruang Ketiga
Pada minggu lepas hampir dapat percuma bila bertanya
"beli 2 botol  dapat beruang coke kan?"
Sudah bayar baru iaryylr ingatkan juruwang bahawa
 beruang ini saya perlu tambah RM4.90.
Cuma ada satu jenis beruang sahaja di situ, sangkakan
yang ketiga rupanya terbeli juga yang kedua, ada juga 7-E
yang belum mengeluarkan beruang ketiga.
Ahad lepas lalu USJ Subang, singgah 7-E, 
untuk mendapakan beruang ketiga...., 
barulah berjaya lengkapkan set.

Cepat atau lambat, kemungkinan promosi
Beruang COKE akan berulang, tetapi kemungkinan
juga adalah suatu risiko.

Lapik Gelas SUNQUICK

Coaster Sunquick yang berwarna-warni ini masih berkeadaan
baru, masih berbungkus plastik. Mungkin pemberian
percuma dengan setiap pembelian sebotol Sunquick pada
beberapa tahun lepas, tetapi yang ini iaryylr beli di kedai runcit.
 Setakat ini,iaryylr cuma ada 5 reka corak  sahaja.
Ahaaa!, Nampak macam dah lengkap set, tetapi terjumpa
 pula lapik gelas Sunquick seperti ini dengan gambar buah
Mangga di blog Bro Nikths JOM KUMPUL.
Entah berapa keping agaknya semua?.
Paling syok minum Jus Nenas Sunquick, tapi tak semua
tempat ada jual, sekarang dah tak nampak lagi :( .

Bola Milo FUZE SQUEEVE MORE No:1

Bola! Bola! Bola! ini bola buat baling anjing, anjing pun boleh
telan dan tersenyum sinis sebelum ketawa "keh! keh! keh! keh! "
Ya! hasil dari Anggrik Mall, mana lagi?.
Bola Nestle MILO Fuze
SQUEEZE MORE - OUT OF YOUR DAY?
iaryylr nampak ada 3 jenis gambar moskot tu,  tapi iaryylr
baru dapat 2 jenis sahaja bola MILO ini yang lembut dan
boleh di picit picit. Menarik untuk buat lepas geram.
Hai, kena turun lagi Anggrik Mall untuk melengkapkannya.

Dulang Minyak Cap Kapak

TIN TRAY KALENDAR MINYAK ANGIN CAP KAPAK
THE AXE BRAND UNIVERSAL OIL
Metal Tin Calendar
Dulang Minyak Cap Kapak
Dulang kalendar ini iaryylr dapat dari sebuah kedai lama.
Walau kedai ini telah di korek kolektor dan pelari, namun
masih ada yang tertinggal atau barang yang tidak menjadi
pilihan. Perasaan beli barang dari penjual, kedai terpakai,
kedai antik adalah tidak sama dengan mencari dan membeli
dari pemilik kedai yang kadangkala meragui kunjungan
dan permintaan orang yang tidak dikenali, Sabar sajalah bila
 pemilik kedai menjadi seorang wartawan atau Inspektor
Sahab. Kerja lebih mudah bila terdapat pemilik kedai yang
sememangnya mengumpul barang-barang souvenir atau
lama untuk dijual di sudut kedai.

- CAP KAPAK -

SEAGULL BRAND SAFETY RAZOR

Mata Pisau Cukur Berkembar Jenama Seagull
Buatan Shanghai China.
Burung Camar yang diimport dari Negara China
SEAGULL BRAND SAFETY RAZOR
'Safety Razor Blades Double Edge'
Awas! mata pisau yang tajam mudah melukakan jari.
"Setajam-tajam pisau cukur, akhirnya berkarat jua!"

Tin Minuman Bertukar Wajah

Tin Minuman Malaysia
Beberapa tahun ini kita dapat lihat begitu banyak perubahan
tema grafik beberapa jenama minuman antaranya Yeo's, Lipton,
Coca-Cola, F&N, 100plus, Cheer dan lain lain.
Selain perubahan kekal, terdapat juga keluaran khas untuk
perayaan , acara ataupun peraduan khas.
Bukan sahaja pada tin minuman, malah kotak dan botol minuman.
Bagi iaryylr, tak terkejar semua ini, mana yang ada sahaja.
Mungkin kolektor Tin minuman tegar berjaya mengumpul
semuanya, pasti ianya suatu kepuasan yang tak terhingga.

iaryylr pun pernah menimbang tin tin minuman yang lama
telah di kumpul, dapatlah sedikit hasil nya... hu hu hu ...


TEKO MINI SUSHI KING

'Koleksi Teko Mini dan Sushi King'
Teko Sushi King
Teko kecil sahaja tetapi jenama lebih diutamakan
Teko Raja Ikan

Koleksi Gelas - Mobil

Gelas lama kuda terbang Mobil
'Vintage Mobil gas Glass'
Koleksi Gelas Lama
Setakat ini iaryylr cuma ada 3 jenis gelas kuda terbang.
2 berwarna jernih dan yang ini berwarna coklat.
Tidak pula diketahui berapa jenis kesemuanya.
Pejam celik dan celik pejam sekejap sahaja masa
berlalu, entri terakhir gelas pun pada 2 bulan yang lalu.
Ada yang belum sempat dikongsikan dan banyak lagi
yang belum dimiliki. Apapun masa terus berlalu.... .
- Gelas Mobil -

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.